Tahniah Fizo Omar Selamat Timang Anak Kedua, Tak Sangka Bersalin Dua Minggu Lebih Awal

PELAKON Fizo Omar berkongsi berita gembira apabila isterinya, Fazeera Nazri Azrai selamat melahirkan anak perempuan pertama mereka pada pukul 12.39 tengah malam Sabtu di sebuah pusat perubatan di Serdang, Selangor.

Fizo atau Wan Hafizol Wan Omar, 37, berkata, bayinya itu dilahirkan dua minggu lebih awal dari tarikh sepatutnya namun bersyukur keadaan isteri dan anak mereka dalam keadaan baik.

fizo 2

Fizo bersama isteri dan anaknya, Maryam.

“Alhamdulillah… seorang lagi anugerah terindah dari Allah. Isteri saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan dua minggu lebih awal dari tarikh jangkaan bersalin.

“Keadaan isteri selamat dan bayi sangat comel,” katanya.

Kemaskini Fizo di instagram,

 

 

Untuk rekod Fizo dan Fazeera mendirikan rumah tangga pada Oktober tahun lalu di sebuah masjid di Hulu Kelang dan majlis resepsi pula diadakan secara tertutup di sebuah resort di Janda Baik.

Ini merupakan perkahwinan kedua buat pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyawa itu.

Fizo sebelum ini pernah berkahwin dangan usahawan, Mawar Karim pada November 2013 namun bercerai pada 10 Julai 2019.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Wan Maryam yang kini berusia lima tahun.

Antara komen ucapan tahniah,

 

 

 

 

Anak kedua Fizo Omar ‘Made in Janda Baik’

Selepas menjadi teka-teki netizen sebelum ini, isteri pelakon Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri akhirnya mendedahkan dia kini berbadan dua.

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, Fazeera membuat kejutan kepada Fizo dengan memberi alat ujian kehamilan pada bulan pertama perkahwinan mereka.

“Video ini diambil ketika bulan pertama perkahwinan kami, ia kejutan besar dia buat saya apabila beritahu hamil.

“Alhamdulillah, ini hadiah paling bermakna buat kami dan saya berdoa agar semuanya berjalan lancar,” tulisnya.

Rakaman video berdurasi 50 saat itu turut memperlihatkan wajah spontan Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 36, yang terkejut dan bertanya kepada isterinya mengenai perkara itu.

“Maksudnya awak hamil? Serius? Saya cintakan awak. Biar betul sayang? So made in Janda Baik la ni? Ya saya sangat gembira,” kata Fizo dalam video terbabit.

Lebih istimewa Fizo turut meninggalkan komen pada hantaran video berkenaan.

“Saya adalah bapa paling gembira saat ini. Saya cintakan awak sayang,” tulisnya.

Menerusi hantaran berasingan, Fazeera turut memuat naik foto ‘baby bump’ yang semakin membesar.

“Saya harap wajah kamu persis bapa anda yang menawan,” tulisnya.

Rata-rata netizen teruja dan mengucapkan tahniah serta mendoakan proses kehamilannya berjalan lancar.

Bagaimanapun, Fazeera tidak memaklumkan usia sebenar kandungannya.

Fizo bertemu jodoh kali kedua dengan Fazeera dan bernikah pada 21 Oktober tahun lalu dalam satu majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply