Terkini! Farah Lee Sempat Dedah Apa Tentera Isrll Buat Kapal Ditahan, Mohon Doa Orang Ramai!

Aktivis Farah Lee yang turut menyertai misi Global Sumud Flotilla mendedahkan tentera IDF memberi amaran dan pilihan semasa kapal mereka disekat di perairan antarabangsa menuju ke Gaza.

Dalam rakaman suara tular, Farah Lee memaklumkan tentera Israel memberi dua pilihan sama ada mengikut tentera ke negara Israel atau berpatah balik.

Namun, pilihan itu disertai dengan amaran keras bahawa jika mereka terus mara, tindakan lebih tegas akan dikenakan.

Farah Lee dan rakan delegasi tetap teguh

Walaupun berdepan ancaman yang begitu berat, Farah Lee menegaskan mereka tetap teguh meneruskan perjalanan misi kemanusiaan ini.

Dalam video yang dikongsikan, jelas kedengaran arahan serta ancaman yang dilemparkan oleh tentera Israel. Malah, mereka juga dilaporkan menyembur air sebagai amaran terhadap kapal yang bergerak.

SOS dari kapal Grande Blu

Delegasi Malaysia di kapal Grande Blu yang turut disertai oleh Farah Lee dan Danish Nazram turut menghantar mesej SOS kepada kerajaan Malaysia.

Dalam video yang dimuat naik di laman rasmi Sumud Nusantara, Farah Lee bersama Danish tampil merayu kepada kerajaan Malaysia agar segera campur tangan.

Menurut kenyataan Sumud Nusantara, kedua-duanya sudah ditahan secara tidak sah oleh rejim Israel di perairan antarabangsa.

Video Saat Akhir..

Buat yang tidak mengenali Farah Lee, sedikit info beliau.

Nama Farah Lee bukan lagi asing di media sosial mahupun dunia hiburan tanah air. Wanita ini mula dikenali ramai selepas mendirikan rumah tangga bersama pengacara terkenal, Ally Iskandar pada tahun 2012. Namun, perkahwinan tersebut tidak kekal lama apabila mereka bercerai pada Ogos 2016. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang puteri comel bernama Maream Esabel yang kini menjadi penyeri dalam kehidupan Farah.

Tangisan FARAH LEE Di Bumi Bosnia, Jadikan Dia Lebih Kuat Jalani Hidup  Sebagai Ibu Tunggal!

Walaupun bergelar ibu tunggal, Farah tidak pernah menjadikan status tersebut sebagai penghalang untuk terus melangkah maju. Beliau menyambung pengajian ke luar negara dan berjaya menamatkan Ijazah Sarjana dalam bidang Pendidikan Kanak-Kanak di Universiti Leeds, United Kingdom. Sebelum itu, Farah pernah menimba pengalaman akademik dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal di Korea Selatan, sesuatu yang jarang dikecapi oleh wanita seusianya ketika itu.

Selain cemerlang dalam bidang akademik, Farah juga aktif sebagai usahawan dan personaliti media sosial. Beliau pernah memulakan perniagaan kecil menjual tudung dengan modal yang dikumpul daripada biasiswa JPA semasa belajar di Korea. Keberanian mencuba sesuatu yang baru menjadikan Farah lebih berdikari dan matang dalam menguruskan kehidupan.

Farah Lee Sempat Kongsi Taktik Kotor Tentera Isr**l

Tidak hanya aktif dalam dunia bisnes, Farah turut dikenali sebagai wanita yang banyak berkongsi kisah hidup, pandangan peribadi dan cara mendidik anak di laman sosial. Setiap perkongsiannya sering mendapat perhatian kerana sarat dengan nilai positif dan inspirasi buat para pengikutnya.

Selepas beberapa tahun bergelar ibu tunggal, Farah akhirnya kembali mengecap bahagia apabila selamat mendirikan rumah tangga kali kedua dengan jejaka pilihan hati bernama Fuad pada Januari 2024. Kehidupannya kini lebih stabil dan teratur, malah ramai yang tumpang gembira melihat perjalanan hidupnya yang penuh jatuh bangun akhirnya menemukan kebahagiaan.

Dari seorang pelajar jurusan kejuruteraan, bergelar isteri selebriti, kemudian ibu tunggal dan kini seorang isteri semula, perjalanan hidup Farah Lee penuh warna-warni. Kecekalan, keberanian dan ketabahannya menjadikan beliau inspirasi buat ramai wanita di luar sana.

Sumber Ohmedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

 

Be the first to comment

Leave a Reply