Khairul Aming tidak menunggu lama untuk mengambil tindakan undang-undang, Maxis bakal kecut perut

KUALA LUMPUR: Pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming, tidak menunggu lama untuk mengambil tindakan undang-undang susulan kebocoran data peribadinya apabila terus menghantar surat tuntutan (LOD) kepada sebuah syarikat telekomunikasi yang didakwa terbabit.

Dalam laman sosial Threads beliau, anak kelahiran Kelantan itu turut mengesahkan beberapa tindakan tegas juga sudah dilakukannya membabitkan tiga agensi penguat kuasa yang bertanggungjawab menyiasat penyalahgunaan data itu termasuk kepada si pelaku kes itu.

Beliau berkata, peguamnya juga diarahkan untuk mengendalikan kes berkenaan sehingga selesai.

“Peguam saya sudah pun hantar LOD kepada Maxis. Laporan rasmi dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

“Laporan polis sudah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk buka siasatan ke atas pelaku. Laporan kebocoran data turut dibuat kepada Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP).

“Peguam-peguam saya akan ‘takeover case’ ni sehingga selesai,” katanya, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, usahawan sambal dan restoran terkenal Rembayung itu turut meluahkan rasa terkilan dan risau dengan kebocoran data peribadi itu.

“Sejujurnya rasa sedih dan seram sebab semudah tu je ‘privacy’ hidup boleh hilang.

“Maklumat telefon, ‘payment history’, ‘subscription’, sampai ke no. IC boleh akses MySara, semuanya bocor,” katanya.

Terdahulu, Khairul Aming mempersoalkan bagaimana maklumat berkaitan bil telefon peribadinya boleh diketahui pihak lain sehingga didedahkan secara terbuka di media sosial.

Menerusi hantaran di platform Threads, beliau meminta penjelasan daripada pihak telekomunikasi mengenai dakwaan kebocoran maklumat bil telefon peribadinya yang dikaitkan dengan seorang pengguna media sosial.

Persoalan itu dibangkitkan selepas seorang pengguna Threads mendakwa mengetahui butiran bil telefon Khairul Aming, termasuk menyatakan terdapat tunggakan sebanyak RM498, selain mengaitkannya dengan beberapa perkhidmatan tambahan (add-on digital purchase).

Kejadian itu mendapat perhatian Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil, yang mengarahkan MCMC mendapatkan laporan penuh berhubung dakwaan kebocoran maklumat peribadi membabitkan Khairul Aming, susulan kebimbangan wujud akses tanpa kebenaran terhadap sistem dalaman sebuah syarikat telekomunikasi.

Beliau dilaporkan berkata, pihaknya memandang serius perkara itu kerana aduan yang dikongsi Khairul Aming di platform Threads memberi gambaran terdapat individu yang tidak sepatutnya mempunyai akses kepada maklumat peribadi pelanggan serta inventori atau sistem milik syarikat telekomunikasi terbabit.

Sumber BN

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply