Tak sampai 24 jam “dilepaskan” Beego, Linda Hashim dedah rahsia besar yang dia lama simpan..

KUALA LUMPUR: “Sebelum Beego lafaz (cerai) memang sempat jumpa dan saya cakap terima kasih sebab hari ini memudahkan urusan.

“Perasaan sedih itu sebab saya punya perjuangan selama setahun lebih ini dah berakhir hari ini. Sedih tetapi rasa tenanglah, rasa macam dah tak perlulah nak hadap lagi dah benda sama.”

Demikian kata pelakon Linda Hashim mengulas tindakan bekas suaminya, Beego yang menceraikannya talak tiga di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Linda atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim, 41, berkata, hanya itu sahaja harapan dan doanya dan dia terharu apabila Allah mendengarnya.

Mengulas kenyataan Beego mengatakan kemenangan berpihak kepadanya dalam kes taklik, Linda berkata, perkara itu tidak perlu diperdebatkan.

“Kita tak perlulah nak cakap siapa menang, siapa yang kalah kan? Kalau nak ikutkan, sebenarnya banyak lagi kes yang saya boleh failkan. Dan taklik bukan satu.

“Taklik itu banyak. Cuma saya buka satu sahaja dulu. Dia nak menang, ambillah dunia ini. Tak apa, saya duduk kat bulan. (ketawa) Tak kisahlah kan. Tapi saya respeklah dia gentle hari ini. Itu sahaja.

“Saya menghormati keberanian dia. Memang secara dalamannya antara kami sahaja yang tahu. Benda pun kalau nak fight nak menang atau nak kalah, dia takkan.

“Sebab dia cakap dia menang hari ini, tapi sekiranya taklik itu tak sah, kita akan masuk kepada hakam, pada hakam saya pula menang. Jadi sebelum saya menang, dia menang dulu,” katanya kepada Harian Metro.

Linda berkata, apabila masuk ke proses hakam sahaja, kes tuntutan cerainya akan selesai.

“Memang kemenangan berpihak pada saya, dah nampak. Semua orang pun tahu kan benda itu. Saya pun tak expect dia kata dia nak menang atau apa.

“Tak fikir pun pasal benda itu. Tiba-tiba hari ini dengar pula dia macam itu kan. Tak apalah kita bagilah dia menang. Sebelum kita masuk hakam, sebelum saya menang, kita bagilah dia menang, tak apa,” katanya.

Bercakap perihal anak-anak, Linda berkata, semasa perceraian mereka yang pertama pada 2023, dia sudah membuat tuntutan hak hadanah dan anak-anak memang diberi kepadanya.

“Bila kami rujuk semula, benda itu dah batal. Kita batalkan benda itu. Tapi untuk selepas ini saya memang tahu dia takkan, biar emak (saya) yang menjaga.

“Anak-anak pun memang nak dengan saya. Biar atas tangan saya tak apa, lebih selamat. Okey, keselamatan itu. Jadi untuk fail hadanah ini perlu, sebab lepas ini senang untuk saya nak berurusan pihak sekolah anak, sebab nak kena ada hak penjagaan.

“Saya nak selesai semua sekali untuk sekarang. Dalam masa akan datang saya dah tak nak naik turun mahkamah lagi. Tiba-tiba dia pula macam ini. Kita hati manusia ini berbolak-balik.

“Sekarang memang ya, dia cakap anak-anak dia bagi. Besok tiba-tiba dia berbolak hati dia nak anak atau apa. Kita nak selesai, selesai sekarang. Nak ke tak nak?

“Nak, silakan ambil. Tak ada, biar saya saja yang jaga. Dia pun tahu sebenarnya memang saya saja yang jaga. Dia pun mungkin sibuk kerja ataupun mungkin selepas ini dia dah berumah tangga.

“Itu kehidupan dia, dan saya memang fokus pada anak-anak sekarang ini. Sebenarnya saya memang daripada anak saya kecil sampai sekarang memang saya saja yang jaga. Jadi dah terbiasa anak-anak dengan saya,” katanya.

Linda mengharapkan Beego memberikan kerjasama yang baik untuk kes hadanah dan dia berjanji tidak akan membebankan bekas suaminya dengan tuntutan wang bukan-bukan kecuali untuk anak-anak.

Sumber Bharian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply