Karavan Lengkap Sedia Ruang Solat
Menerusi satu perkongsian video oleh akaun peminat pasangan tersebut iaitu @teambassofficial, tunang kepada Syed Saddiq yang dikenali sebagai Bella tampil memberikan pencerahan.
Bagi memastikan kebajikan dan ibadah Syed Saddiq terpelihara sepanjang larian empat hari tersebut, sebuah karavan khas telah disediakan sebagai tempat berehat.
Apa yang menarik, karavan tersebut bukan sekadar tempat berteduh biasa, malah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas yang sangat selesa.
“Saya sangat gembira kerana mempunyai karavan ini supaya Syed Saddiq boleh solat on time (tepat pada waktu) kerana perjalanan pun amat jauh selama empat hari. Tempat di dalam pun amat besar. Lengkap dengan tempat solat, tempat tidur, dapur dan tandas,” ujar Bella.
Tetap Sokong Walau Dari Jauh
Walaupun Bella memaklumkan bahawa dia tidak dapat menyertai larian berkenaan secara fizikal, dia tetap memberikan sokongan moral yang padu dari jauh demi bakal suaminya itu. Beliau turut menyeru orang ramai agar sama-sama mendoakan keselamatan Syed Saddiq sepanjang misi mencabar ini.
“Doakan semoga dia berjaya dan selamat. Saya tak dapat sertai dan hanya mampu beri sokongan dari jauh,” tambahnya lagi.
Larian Amal Demi Penduduk Muar
Untuk rekod, Syed Saddiq memulakan Larian Kesyukuran ini bermula dari Istana Kehakiman, Putrajaya dan menyasarkan penamat di Laman Maharani, Muar.
Misi larian yang dijadualkan berlangsung selama empat hari ini bukan sekadar cabaran fizikal biasa, sebaliknya ia membawa misi murni untuk menyasarkan kutipan dana sebanyak RM200,000 bagi membantu golongan yang memerlukan di kawasan parlimen beliau.
Sumbe MG
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.