Label Pembeli Bodoh Sebab Sanggup Beratur 6 Jam Demi ‘Kerabu Megi’, Isteri Syahmi Sazli Bersuara

Isteri Syahmi Sazli, Anissa bersuara selepas pembeli kerabu megi dikecam sanggup beratur 6 jam.

Pempengaruh media sosial yang juga isteri kepada usahawan popular, Syahmi Sazli iaitu Anissa Faizul tampil bersuara selepas pelanggan Kerabu Megi menjadi bahan kecaman netizen.

Isu itu tercetus apabila ada individu mempersoalkan tindakan orang ramai yang sanggup beratur berjam-jam untuk mencuba makanan viral itu di event Jom Santai Foodfest X Syahmi Sazli GM Klang.

Anissa mohon maaf, tiada lagi personal shopper

Menerusi perkongsian di media sosial, Anissa memulakan kenyataan dengan memohon maaf atas segala kekurangan yang berlaku ketika perniagaannya beroperasi di GM Klang.

Menurut Anissa, dia menerima segala komen negatif yang dilemparkan dan akan menjadikan teguran tersebut sebagai panduan untuk memperbaiki kelemahan.

Assalamualaikum, Anissa disini. Segala kesilapan di GM Klang teramatlah Nissa kesali dari hujung rambut sampai hujung kaki. Segala komen negatif, Nissa ambil dan jadikan point utk Nissa berbaiki.

Bagaimanapun, Anissa dilihat terkilan apabila pelanggan yang datang memberi sokongan turut menjadi sasaran kecaman.

Dalam hantaran yang sama, Anissa meminta orang ramai agar tidak mencemuh atau menghina pelanggan yang hadir menyokong perniagaannya.

Tapi janganlah cemuh/hina pelanggan yang sudi datang support perniagaan Nissa. Mereka bukan bodoh, mereka ada jiwa untuk support bisnes orang Melayu.

Anissa turut mengumumkan bahawa selepas ini tiada lagi khidmat personal shopper untuk mana-mana perniagaannya yang akan datang.

Terdahulu, tular komen netizen melabel pelanggan yang sanggup beratur sehingga 6 jam sebagai bodoh. Menurut netizen, tindakan itu seolah-olah tiada makanan lain di Malaysia, selain ada juga yang mengaitkannya dengan sikap terlalu mengejar makanan viral.

Sumber omm

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

 

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

 

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

 

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply