Persembahan penyanyi Aina Abdul menerusi segmen ‘tribute’ kepada rakan artis, Allahyarhamah Siti Sarah menerusi lagu Ke Hujung Dunia menjentik jiwa ramai.
Nyanyian penuh emosi dan tersendiri yang dibawa artis berkenaan di malam Anugerah MeleTop Era 2021 (AME2021) pada Ahad.
Aina turut berkongsi beberapa hantaran mengenainya di Instagram.
Meninjau ke ruangan komen, para peminat menitipkan pelbagai reaksi.
Menariknya, suami arwah Sarah, Shuib turut sama meninggalkan komen terhadap persembahan berkenaan.
“Terima kasih untuk sagu nyanyian yang penuh dengan rasa,” tulis Shuib.
Misha Omar juga membawa lagu arwah dan kongsikan sesuatu di laman instagram beliau buat ramai sebak.
Penyanyi popular, Misha Omar mengakui tersentuh dan masih terkenang mengenai soalan yang pernah diajukan oleh rakan baiknya, Allahyarhamah Siti Sarah kira-kira 15 tahun lalu.
Menurut Misha, Allahyarhamah Sarah pernah bertanya kepadanya adakah akan ada segmen tribute khas buat mereka berdua andai suatu hari nanti mereka telah dijemput ilahi.
Kira-kira 15 tahun yg lalu atau mungkin lebih di suatu dewan besar, di sebuah latihan acara anugerah, kelihatan dua orang penyanyi muda sedang berbual santai.”Kak Chah rasa,bila sampai masa Kita, Ada ke segment tribute untuk Kita?” saya ketawa…memandangkan Kami baru setahun jagung ketika itu..
Saya kata kalau Kita Ada byk hits, InsyaAllah mesti adaa… Dia kemudiannya bertanya lagi ” Tapi nanti,siapa yg akan nyanyi lagu2 Kita?”Saya jawab lagi..” Selalunya segment tribute ni, diorg akan Kasi artis2 baru yg suara power & femes ..woohoo!! Bangga Kan? Tapi, kalau tgkkan umur Kita berdua, Kak Chah yg jalan dulu kott..Kak Chah lagi tua Dari Saahhh, kalau Kak Chah pergi dulu..Sahhh nyanyi lah lagu kak Chah ok?”.. kata saya sambil ketawa.. dia jawab.. ” Ehh, tapi kalau tgk umur Kita sebenarnya tak jauh kak..kalau Tua2 nanti mcmmana Sahhh nak nyanyi lagu Bunga Bunga Cinta? Mesti kena turunkan key bykkk..karang nanti dah tak bunyi menyanyi tu Kak, itu dah mcm bercakap…” Dia ketawa lagi..dan kali ini lebih lama….
Benarlah, Kehilangan akan mengajar jiwa menjadi kuat saat digigit kenangan. Kenangan pahit mahupun manis dengan seseorang yang telah pergi tetap juga akan menyiat dan menyentap jiwa.
Tugasan di AME 2021 malam tadi, amat berat utk saya galas. Kerana hal ini pernah saya bualkan bersama Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin. Setiap patah perkataan dalam lirik lagu Bersamamu hit me differently. Dilemma perasaan antara mahu menyanyi dan menangis tiba-tiba bersatu menjadi segumpal rasa tersekat di kerongkong, yang tidak juga saya temukan perkataan yg lebih tepat utk menggambarkannya..sukar!! satu pengalaman yg tak akan saya lupakan..
Impian Allahyarhamah Allah kabulkan, Ada segment tribute untuknya..yg menyanyikan lagu hits beliau bukan calang2 orgnya, @ainaabdul ..pasti dia bangga…masakan tidak, saya sahabatnya hati turut berbunga mendengar alunan Aina begitu baik melalui Ke Hujung dunia..Semoga kalian terhibur,.. semoga nama Allahyarhamah tidak lekang dalam Al fatihah,yasin & doa kalian… Al fatihah…
Komen Netizen,
Baca caption sambil nangis,setiap kali cerita arwah pasti menjentik hati. pengakhiran hidup yang baik.
Ya Allah.. Kak Mitch… berair mata saya baca caption… i grew up with both of your 1st songs. Its always Bunga Bunga Cinta VS Kesetiaan dulu. Namun bila dah berusia ni rasa kedua2 lagu ini mempunyai kekuatan yang berbeza. AME tak silap memilih Kak Mitch untuk mengalunkan lagu Arwah. Love you Misha Omar. One of the living singing legend to this day. Will always and forever be a fan of you
Sy peminat kedua2nya…sy ada semua album misha dan siti sarah…sy juga menyaksikan persaingan kalian berdua dlm industri…turun naik kalian…awalnya sarah lebih menyerlah…kemudian misha rampas dr sarah…masing2 berjaya dengan cara masing2…rezeki Allah dah tentukan…misha dan siti sarah tetap kekal sebagai penyanyi pujaan saya…selain siti nurhaliza dan ramai lagi yg bertakhta di hati ini..
This brought tears to my eyes kak mitch… sampai ke pagi ni ulang2 balik lagu ni.. You really did justice to this song. Thank you so much we really appreciate it
Video,
https://www.youtube.com/watch?v=qNvLkItx9ZA
Shuib kini memikul tanggungjawab sebagai bapa tunggal kepada empat orang anak selepas Siti Sarah Raisuddin meninggal dunia pada 9 Ogos tahun lalu selepas melahirkan anak keempatnya Ayash Affan dalam keadaan dijangkiti virus Covid-19.
Hasil perkahwinan bersama Siti Sarah, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia lima bulan.
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.