Dalam Tempoh Dua Tahun, Ali Puteh Dedah Cuma Dapat Satu ‘Job’ Dengan Bayaran RM300, Keluarkan KWSP One-Off

Dalam tempoh dua tahun sejak 2020, pelakon dan pelawak, Ali Puteh, 33, hanya mendapat satu tawaran menjayakan program TV dengan bayaran sebanyak RM300 saja.

Ali ketika ditemui berkata, tawaran itu diterima pada Ramadan lalu untuk program mengaji Al-Quran di mana dia perlu membaca beberapa surah Al-Quran menerusi panggilan video.

“Itu saja tawaran diterima dalam tempoh itu. Saya dapat token bayaran sebanyak RM300,” katanya.

Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan berkata, sepanjang tempoh itu, dia menggunakan wang simpanannya untuk bertahan meneruskan kehidupan bersama keluarganya.

“Dua tahun lebih tak ada ‘job’ (tawaran kerja). Untuk program Muzikal Lawak Superstar dan Maharaja Lawak Mega di Astro itu lain sebab komuniti pelawak kecil. Tapi, untuk tawaran lain seperti lakonan, pengacaraan dan sebagainya, memang tak ada langsung.

“Dua tahun saya gunakan duit yang saya ada untuk bertahan dan kami berjimat cermat. Saya ada isteri dan anak yang perlu dibesarkan dan setakat ini, masih diberikan kelengkapan yang mencukupi bagi membesarkan mereka,” katanya kepada Harian Metro.

Ali yang pernah bertugas sebagai pengawal keselamatan turut mengeluarkan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 menerusi pengeluaran khas KWSP yang diluluskan kerajaan, baru-baru ini untuk dijadikan modal perniagaan dan membantu kehidupannya sekeluarga.

“Saya jadikan modal untuk perniagaan daging. Kalau nak diikutkan, jumlah RM10,000 itu tidak mencukupi, namun, saya buat ikut kemampuan saya.

“Kali terakhir saya mencarum adalah pada 2009 ketika saya masih bertugas sebagai pengawal keselamatan suatu ketika dahulu,” katanya.

Bagaimanapun, Ali bersyukur apabila dia mula menerima tawaran berlakon dan bakal muncul dalam sitkom Lot 69 yang akan ditayangkan di saluran Awesome TV bermula 11 Jun ini.

Antara komen-komen netizen,

Ambil Peluang Bantu Kehidupan Anak Arwah Dan Balunya.Inshaallah Akan Sentiasa Dimurahkan Rezeki Yg Tak Pernah Putus

Kesimpulannya, Sambunglah Mencarum Sendiri Di Epf Bila Dah Ada Job Nanti, Sekurang²Nya Dpt Membantu Hari Tua Anda Kelak. Inshaallah.

Ada Hikmah Disebalik Pe Yg Terjadi…Pepun Allah Tu Maha Adil Untuk Umatnya… Insyaallah Rezeki Sentiasa Ada…Amin2…Kita Sume Tkda Hak Dan Kuasa Untuk Jatuhkan Seseorg Tu Baik Atau Tdk Hanya Allah Mengatahui Segalanya…..Kita Sume Diokan Yg Baik2 Untuk Diri Sendiri Mahupun Org Lain…

Jgn Ketawa Disaat Rezeki Org Takat Tu Je, Mungkin Dia Sedang Di Uji Oleh Allah Sekarang Ni. Setiap Ujian Menandakan Allah Sayang Pd Hambanya..

Kita Yg Tgok Ni ..Jadikan Teladan .Amek Pengajaran ..Jgn Amek Hak & Aniayai Ibu Tunggal & Ank Yatim. Slgi Hidup Usaha Cari Harta Sndri Bukan Berebut Harta Org Wlupon Harta Adk Brdik Sndri.

Moga Dpt Bljr Dr Kesilapan ..Jgn Laa Berebit N Halang Harta Yg Milik Anak Yatim..Anak Arwah Abg Ko Tu Masih Bwh Tngjwb Ko Sehingga Dia Ckup Umor .. Moga D Buka Kn Balik Pintu Rezeki Tuk Ko N Keluarga

Kisah Ali Ni Utk Pengajaran Kita Semua.. Jaga La Hati, Jgn Aniaya Org., Dan Jgn Cuba Ambil Hak Orang Lain, Lagi2 Melibatkan Harta Anak Yatim Dan Juga Harta Pusaka.

Anak Abam Tu Kena Ambik Tahu Jgk Mkn Minum Pendidikan Dia Even Mak Dia Kerja Boleh Support Tapi Tanggungjawab Tu Ttap Ada.. Bkn Tuduh Ali X Tanggungjawab Tapi Cuma Ingatan Sesama Manusia..

Biarlah Die.. Itu Bahagian Dia. Jgn Dikutuk Dia N Beri Kata2 Hinaan Pdnya.Bhagian Kita Lain Plk .. Semoga Allah Beri Hidayah Pd Kita Semua.

Mulut Xjaga.. Klu Ya Pn Bgaduh Dgn Ipar Diam2 Sudah.. Bila Bising Benda Baik Skali Pn Org Nmpk Buruk. Kalau Benda Buruk Lagi La Org Nmpk Buruk.Org Ada Mata Nk Menilai.. Moga Dipermudahkn

Biarlah Skit, Asalkan Berkat Dan Halal. Jaga Kebajikan Ank Yatim Tu Dgn Ikhlas, Inshaa Allah, Rezeki Akan Melimpah Ruah.

Kalu Hang Jaga Ank Saudara Hang Dgn Iklas Hati…Insya,Allah Rezeki X Pernah Putus Tau…Jgn Sesekali Putuskan Silaraturahim…

Terdahulu,

“Jual ayam bukan sebab…” – Ali Puteh mahu tutup buku lama

REZEKI tak pernah salah alamat, itulah ungkapan sesuai diberikan kepada pelawak Ali Puteh yang kini merupakan duta pembekal ayam mentah jenama Red Grocer.

Namun disebabkan kontroversinya sebelum ini, pastinya ada kata-kata negatif yang dilontarkan kepadanya.
Tidak cepat melatah, Ali bagaimanapun menjelaskan keputusannya untuk menceburi bidang perniagaan adalah kerana minat.

Bukan seperti dakwaan ramai iaitu untuk membayar wang yang telah diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap bekas balu abangnya, Siti Nor Hidayah Mohd Ali.

“Saya hanya boleh cakap tak mengapa terima kasih banyak, sebab mahu memberikan fokus pada kerja dan perniagaan ini.

“Fokus perniagaan ini lebih kepada fardu kifayah, jadi saya akan gunakan peluang ini sebaik mungkin kerana saya juga ada perut yang perlu diisi iaitu keluarga saya.

“Orang boleh berkata apa sahaja namun saya tetap dengan pendirian saya untuk terus maju ke depan,” katanya ketika ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta di Kilang Red Grocer, Johor Bahru, baru-baru ini.

Mengulas mengenai perlantikannya sebagai duta, Ali menyatakan rasa syukur kerana diberi peluang dan kepercayaan oleh pihak Red Grocer untuk menjalankan tanggungjawab tersebut.

“Dunia baru Ali maknanya tutup buku lama dan saya ke depan dengan satu matlamat iaitu dengan fardu kifayah, ayam bersih, disembelih dengan cara yang halal dan mengikut syarak.

“Tutup buku lama, buka buku baru, terus maju ke hadapan. Jadi saya sangat merendah diri dan juga bersyukur dengan peluang yang diberikan.

“Berniaga tidak bermakna saya akan berhenti dari bidang seni, jika diberi peluang untuk bermain di pentas saya akan tetap dengan kerjaya saya sebagai anak seni.

Terdahulu, pada 18 Februari 2022, mahkamah telah memerintahkan Ali untuk membayar kos sebanyak RM60,000 kepada Hodayah kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan di akaun Instagramnya kira-kira dua dua tahun lalu.

Ali pada masa yang sama memaklumkan akan membuat rayuan di Mahkamah Tinggi berikutan terdapat beberapa fakta yang didakwa tidak tepat.

Sumber Hmetro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply