Baru Je Dato Vida Datang Ziarah, Sekali Ust Kazim Bongkar Sesuatu Tentang Dato Vida Buat Ramai Tak Sangka

Penyanyi dan usahawan kontroversi, Datuk Seri Vida meluahkan rasa sedih apabila dirinya terus menjadi bahan kecaman netizen di media sosial.

Perkara tersebut dikongsikan penyanyi lagu I Am Me itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di platform TikTok miliknya.

Menurut Vida yang juga Presiden Netizen bagi program Big Stage 2022, dia berasa hairan mengapa setiap apa yang dilakukannya akan menerima kecaman netizen.

“Apa lagi salah saya. Kenapa tak boleh terima setiap apa saya cuba lakukan.

“Kebiasaan balik dari hotel baru saya akan buka telefon untuk melihat komen dan maklum balas netizen.

“Tetapi, setiap minggu saya masih dikecam dan bermacam kata, sedangkan saya sudah jadi sebaik mungkin dengan kata-kata,” katanya di TikTok.

Mengulas lanjut, usahawan terkenal itu berkata mungkin orang sekeliling melihat dirinya nampak gembira, namun di sebalik itu hanya tuhan sahaja yang tahu.

“Buat macam mana pun masih dibenci dan dikecam netizen. Sedih hati saya.

“Depan orang saya nampak suka dan gembira. Tetapi sebaliknya Allah sahaja yang tahu segala kesedihan dan kesusahan saya hadapi,” ujarnya.

Pemerhatian Utusan Malaysia mendapati, ruangan komen dibanjiri pelbagai reaksi netizen buat usahawan sensasi itu.

“Datuk Seri sebiji macam mak saya, orang nasihat tak mahu dengar. Bila sudah kena, baru nak rasa sakitnya terngadah itu. Penat lihat Datuk Seri,” komen seorang warganet.

“Datuk, maaf ya. Pendapat saya sahaja, mengapa tidak Datuk fokus perniagaan sahaja. Datuk sangat hebat dalam bidang itu,” komen juga seorang pengguna.

“DSV sudah ada segalanya cuma perbaiki adab dan sopan. Insya-Allah jaga itu sudah lengkap DSV sebagai wanita hebat. Bukan meraih tular dan cakap bukan-bukan. Netizen pun bijak,” tulis lagi seorang pengguna.

Ini pendedahan Ustaz Kazim Elias Tentang Dato Sri Vida..

Dalam kehidupan Dato vida yang seringkali menerima kecaman, ada di antara netizn yang tidak melihat kebaikan yang pernah dilakukan oleh beliau. dalam video ini ustaz kazim ada jelaskan semua jasa dan pengorbanan Dato vida yang ramai tak sangka. lihat video di bawah..

Komen Netizen:

Hidup kena sentiasa bersangka baik. Semoga Dato Vida diberi taufik dan hidayah. Semoga beliau diberi penghujung hidup yang baik.

Jangan kita mencela kesilapan, kelemahan orang di media sosial. Kalau niat nak menegur sebaiknya jumpa beliau sendiri.

Benda baik kita puji. Yang suka bersangka buruk itu belajar mengenali diri. Aku x minat pun Dato Vida. X minat artis selebriti.

Tapi bukan hak kita maki hamun orang di media sosial. Biar golongan pemimpin, tok guru, ustaz , ulama atau pakar2 dalam satu bidang menegur. Jangan kita tergolong dalam Namimah (batu api / pengadu domba) . Teguran untuk saya sendiri dan sahabat semua.

Alhamdulillah, semuga kedua nya terus berjaya, dlm bidang masing masing…sukses selalu…Aamiin

Teruskn usaha Ustaz Kazim biarlh manusia2 mghukum.Allah lbh mengtahui, semuga maju jaya dn bertambah rezeki utk anak 2 Tahfiz.Aamiin YaRabbalalamin

Terdahulu,

Sakit Ustaz Kazim bukan gimik

Tindakan pendakwah selebriti, Datuk Mohd Kazim Elias berkongsi penyakit misteri dihidapi di Facebook (FB) mengejutkan sehingga ada peminat mendakwa aksi itu tidak lebih daripada gimik mempromosikan filem Zim Zim Ala Kazim yang sedang dalam pembikinan.

Ketika perkara itu hangat diperkatakan, bukan sahaja netizen, malah selebriti meragui hantaran dimuat naik pendakwah berkenaan yang disunting Mawi untuk membintangi filem berkisar kisah hidupnya.

Namun, Mawi atau nama sebenar, Asmawi Ani menjelaskan, perkongsian Mohd Kazim berhubung penyakit dihidapi adalah betul.

“Memang Ustaz Kazim kena penyakit kulit. Apa yang dikongsi di laman sosial beliau semalam (kelmarin), adalah benar. Dengan keadaan kulit Ustaz Kazim begitu, kami jadikan sebagai jalan cerita untuk filem saya.

“Saya memang mengikut apa yang terjadi kepada Ustaz Kazim bagi menjadikan filem itu lebih realistik. Cuma kami memang ada menambah sedikit kesan solekan,” katanya kepada BH Online.

Hantaran dimuat naik Mohd Kazim mengenai keadaan kesihatannya itu tular apabila pendakwah terbabit berkongsi foto tangan kirinya yang ‘tumbuh’ ketulan kecil.

Melalui keterangan gambar, pendakwah terkenal itu merayu mana-mana pihak yang mampu mengubati penyakit misteri untuk membantunya yang sudah tidak tahan menanggung derita.

Namun, Mawi bersyukur Mohd Kazim masih mampu meneruskan penggambaran filem berkenaan biarpun dalam kesakitan.

“Dalam keadaan yang tidak berapa sihat, Alhamdulillah, Ustaz Kazim masih mampu memberi komitmen menyiapkan filem itu. Malah, beliau kuatkan diri untuk meneruskan penggambaran,” katanya.

Barangkali menyedari hantaran dimuat naik di FB menimbulkan tanda tanya sehingga ada yang menuduhnya sengaja mahu mempromosikan filem lakonannya, Mohd Kazim tampil membuat penjelasan.

Mohd Kazim mendakwa, beliau sengaja menyembunyikan perkara itu, selama ini.

Namun, selepas pelbagai usaha dilakukan sejak lapan bulan lalu, gagal, termasuk mendapatkan rawatan secara moden dan tradisional, Mohd Kazim tidak dapat menyembunyikan lagi masalah dihadapi.

“Ini keadaan wajah saya sekarang. Selama ini, saya sembunyikan melalui tampalan solekan apabila muncul di khalayak ramai.

“Luka itu bukan hanya pada wajah, sebaliknya, seluruh tubuh. Ia terjadi dengan sendiri sehingga mengeluarkan darah dengan tidak semena-mena.

“Saya tidak boleh siarkan keadaan (anggota badan lain) yang lain kerana malu dan rendah diri. Saya hanya siarkan bahagian lengan sebagai kiasan mengenai keadaan badan dan dengan harapan ada yang sudi membantu.

“Saya perlukan pertolongan siapa sahaja, baik doktor atau pakar perubatan alternatif bagi merawat saya,” katanya.

Jelas Mohd Kazim lagi, kulitnya bukan saja sakit dan gatal, malah turut dirundung emosi pedih dan gelisah.

Malah tidurnya turut terganggu sejak beberapa bulan lalu kesan daripada penyakit dihadapi.

“Saya bimbang keadaan itu akan menghilangkan saya dari dunia dakwah. Walaupun sakit, saya tetap menerima semua jemputan ceramah dan program.

“Kadang-kala saya masuk dan keluar dari tempat ceramah dengan tergesa-gesa kerana tidak dapat menahan kepedihan dan kesakitan yang ditanggung.

“Walaupun pernah dilabel sombong kerana tidak beramah mesra dengan pendengar seperti dahulu, saya tabahkan hati. Saya yakin orang ramai tidak tahu keadaan sebenar diri ini,” katanya yang turut memohon maaf sekiranya perkataan dan tingkah lakunya mengguris hati mana-mana pihak.

Penggambaran filem Zim Zim Ala Kazim sedang rancak dikendalikan di Ipoh, Perak dan sudah memasuki hari ke-10.

Filem mengangkat kisah hidup Ustaz Kazim menampilkan Mawi bersama Along Cham, Anas Tahir, Santesh, Zarina Anjoulie, Syanie Hisham dan ramai lagi.

Zim Zim Ala Kazim akan ditayangkan menerusi saluran Astro First, Oktober depan sempena Maulidur Rasul.

Sumber: Utusan dan youtube

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply