“Saya Tak Pernah Tutup Hati”, Shila Amzah Dedah Sesuatu Tentang Hubungan Dia Dan Sharnaaz Selepas 4 Bulan Bercerai

EMPAT bulan membawa status ibu tunggal, penyanyi Shila Amzah sering menerima usikan peminat yang mendoakan agar dia kembali menjalinkan hubungan istimewa dengan bekas kekasihnya Sharnaaz Ahmad.

Menerima gurauan dengan hati terbuka, Shila, 32, mengakui hubungannya dengan aktor itu masih baik namun keakraban tersebut hanya sebagai seorang kawan.

Tambahnya, mereka pernah melalui fasa bercinta dan menolak untuk kembali bercinta seperti dahulu.

“Saya dan Sharnaaz dah melalui jalan ini (percintaan) dan we are not happy in a relationship. Saya tidak nampak cara untuk meneruskan atau sambung kembali hubungan yang kita tahu jalan dia tak best.

“Secara peribadi saya tiada masalah dengan dia. Cuma saya rasa tak selesa nak bekerjasama, saya tak mahu netizen cakap benda yang tak perlu.

Shila bahagia dengan kehidupannya kini sebagai ibu tunggal.

“Semoga netizen doakan yang baik-baik kebahagiaan kami masing-masing,” katanya ketika ditemui di lokasi penggambaran montaj drama Cinta Hilang Kata baru-baru ini.

Untuk rekod, Shila Amzah bercerai dengan Haris Idraki Elias pada Februari lalu selepas empat tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Seth Uwais yang kini berusia setahun.

Berkongsi tentang kehidupannya sebagai ibu tunggal, Shila berkata, ia bukan satu fasa yang mudah untuk dilaluinya namun menganggap ia bukan pengakhiran buat dirinya.

Ketika ditanya soal jodoh dan keinginan untuk berumah tangga kembali, Shila berkata dia tidak menolak sebarang kemungkinan untuk berkahwin semula sekiranya sudah ditakdirkan.

Shila Amzah tak tutup pintu hati.

“Saya tak nafikan kehidupan sebagai seorang ibu tunggal ni bukan satu perkara yang mudah. Ramai ibu tunggal di luar sana berkongsi inspirasi untuk kekal kuat dan tabah dan saya yakin ini bukan titik pengakhiran. Saya rasa ini fasa yang terindah untuk hidup saya.

“Saya tak pernah tutup saya punya hati atau dah tak nak ada relationship. Saya rasa itu terlalu negatif.

“Seandainya ada jodoh yang baik untuk saya, boleh menerima baik saya dan anak saya hati saya terbuka untuk memulakan kehidupan yang baharu. Tapi of course bukan dalam masa terdekat ni,” ujarnya.

Antara komen-komen netizen prihatin,

Dulu setahu aku bekas ex wife Sharnaz ni mintak dinaikkan nafkah diri dari $500 kpd 1 nilai yg lebih lagi,tapi shahnaz x mahu turuti, sbb itu nabila tuntut fasakh….maksudnya shahnaz ni dr segi nafkah boleh bagi setakat apa yg dia mahu bagi walaupun nabila kata dia berkemampuan tuk bagi lebih dr itu,…jadi Sheila dah boleh baca sikap shahnaz ni mcm mana,dan biarkan dia sj yg buat keputusan, klau berkahwin pun dia yg nak sehidup dgn shahnaz.

Dah tak best buat apa,orang cari jantan bodo buat suami baru la bhgia ke tua.Jangan cr toxic nanti kite lari,die makin kejar lame lame muncul perangai baran,laki kongkong.kang dah kena tampar dulu Buat apa nak ulang.seks ganas tidak menjanjikan bhgia baliknya sikap bodo seorang lelaki yang buat pasangan bhgia.

Bercinta tak best takpa..yg penting perkahwinan kekal..ni bercinta bagai nak rak..last last berceraiiiiiii

Prinsip Zaman Dara Otomatik Kn Brubah Bila Da Jandz, Jngnlah Salahkn Shila,Itu Smua Bab Belaian,,Angpa Apa Tauuuu, Tngok Tok Bida, Kn Mkn Diri Tuuuu.

Semoga Shila membuat pilihan dengan tepat.

Sumber Mstar/RJ

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply