Penampilan Terbaru Adibah Noor Buat Ramai Terkejut, Netizen Tak Sangka Smp Blh Jadi Mcm Tu

Pengacara dan pelakon terkenal Adibah Noor bukanlah nama yang asing dalam industri hiburan tanah air, dia selalu mewarnai kaca televisyen kita dengan pengacaraan yang profesional dan lakonan yang bersahaja.

Tidak kurang dengan itu, Adibah Noor juga merupakan seorang penyanyi yang pernah memenangi Anugerah Juara Lagu dengan lagu hit, Terlalu Istimewa.

PENAMPILAN terbaharu penyanyi Adibah Noor yang dilihat semakin kurus berbanding sebelum ini mencuri tumpuan ramai.

Adibah, 52, yang berkongsi foto terkini di Instagram pada petang Rabu menerima pelbagai respons netizen yang kagum dengan imej baharunya itu.

Adibah atau nama penuhnya Adibah Noor Mohd Omar bagaimanapun enggan mendedahkan berapa berat badannya sekarang ini termasuk jumlah kilogram yang berjaya diturunkan dalam tempoh dua bulan mengamalkan cara tersebut.

“Sudah tiba masanya saya menjaga kesihatan sebab faktor usia.

“Kalau dahulu boleh makan nasi lemak tiga bungkus sekarang hanya satu sahaja. Mula-mula memang susah nak amalkan, namun sekarang sudah biasa.

“Saya juga amalkan senaman ringan berjalan-jalan sekitar kawasan rumah sahaja,” ujarnya kepada mStar.

Berkongsi amalan permakanannya, Adibah berkata, dia hanya mengambil enam suapan setiap kali makan untuk mendapatkan bentuk badannya seperti sekarang ini.

“Saya jauhkan minuman bergula dan hadkan makan enam suap sahaja setiap kali makan.

adibah noor 2

Adibah elak mengambi makanan diproses.

“Selain itu saya tidak mengambil makanan yang diproses. Sebagai contoh kalau beli burger di tepi jalan, saya akan cari gerai yang membuat dagingnya sendiri dan bukan telah diproses.

“Saya akan cari makanan yang dimasak segar dan tidak menggunakan makanan yang diproses atau dalam tin,” katanya.

Difahamkan, foto yang dikongsi Adibah itu diambil ketika dia bertugas mempengerusikan sebuah majlis baru-baru ini.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji Adibah semakin langsing dan cantik.

“Makin cantik lah Kak Diba”

Adibah Noor sering membahasakan dirinya ‘Dak Debok’, tetapi disebabkan gambar yang dimuat naiknya itu, ramai netizen yang mengakui dia bukan ‘Dak Debok’ lagi. Ruangan replies juga dipenuhi dengan pujian kepada pelakon tersebut.

Dalam pada itu, ramai yang mendoakan agar Adibah diberikan kesihatan yang baik serta dipermudahkan urusan.

Cerita berkaitan,

‘Dulu Dia Lagi Cantik’ – Komen Tranformasi Kurus Adele, Adibah Noor Disalah Erti

Penyanyi, Adibah Noor, memberi pendapatnya mengenai perubahan berat badan penyanyi popular dunia, Adele. Menurut Adibah, sekiranya transformasi tersebut dibuat atas sebab kesihatan, dia akan menjadikan ianya sebagai satu inspirasi.

Namun, pendapat pelantun lagu ‘Terlalu Istimewa’ itu telah disalah erti oleh segelintir netizen. Mereka mendakwa penyanyi ini cuba menjatuhkan imej Adele.

Dulu dia lagi cantik

 

 

 

Menurut Adibah, dia mendakwa jika Adele menurunkan berat badan sebab ingin tampil cantik, penyanyi itu salah kerana sebelum ini penyanyi ‘Rolling In The Deep’ itu sudah kelihatan cantik. Pendapat Adibah itu telah mendapat perhatian seorang individu yang menganggap dia menjatuhkan semangat Adele. Walau bagaimanapun, Adibah menyuruh individu berkenaan membaca semula tweet tersebut dan memahaminya.

I chill je

 

 

Susulan daripada itu, rata-rata netizen turut menghentam individu berkenaan. Menurut netizen, kenyataan yang dikeluarkan Adibah tidak menjatuhkan penyanyi terkenal itu apatah lagi, mengutuk penampilan terbarunya.

Sumber Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply