Bekas isteri Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila, akui terkejut apabila mendengar berita pelakon tersebut yang baru-baru ini terpalit dengan kes memukul seorang pengawal keselamatan di sebuah kondominum.
Menurut Nabila, dia tetap menyokong Sharnaaz bapa kepada anak mereka Jebat Jayden.
“Ketika mendengar khabar itu, saya terperanjat. Sudah pasti saya bertanya kepada Sharnaaz mengenai apa yang terjadi.
“Mengenai kes yang sedang berlangsung, saya tak nak komen lebih atau ulas lanjut sebab ia membabitkan siasatan polis.
“Walau apa yang jadi, Sharnaaz tetap bapa kepada anak kami, Jebat Jayden. Saya menyokong dia dan hubungan kami pun memang baik demi anak,” katanya.
Nabila ditemui di majlis pelancaran kolaborasi Naelofar x Disney Alice in Wonderland di IOI City Mall, Putrajaya sebentar tadi.
Kakak kepada Neelofa itu mendedahkan Sharnaaz menitiskan air mata apabila bertemu dengan anak selepas tiga hari direman.
“Sharnaaz hantar video dia bertemu Jayden kepada saya selepas kes itu. Dia menitiskan air mata ketika Jayden memeluknya. Saya beritahu Sharnaaz, apa pun yang terjadi, terus pandang ke hadapan dan esok adalah hari baru.
“Mengenali Sharnaaz, dia seorang yang tegas dan bertanggungjawab. Dia sangat sayangkan anak dan itu saya tak boleh nafikan,” katanya.
Noor Nabila percaya Sharnaaz Ahmad tak bersalah kes pukul – “Dia bukan orang macam itu”
SUSULAN kes pukul di sebuah kondominium, bekas isteri Sharnaaz Ahmad iaitu Noor Nabila percaya aktor itu tidak bersalah.
Menurut Nabila, dia juga sudah tahu perkara sebenar yang terjadi namun tidak dapat membuka mulut kerana perkara tersebut membabitkan pihak polis dan peguam.
“Mula-mula saya terkejut juga bila tahu berita itu, tapi saya terus bertanya pada Sharnaaz. Saya tahu apa yang jadi dan cerita sebenar saya.
“Apa yang diberitakan banyak yang telah ditokok tambah. Sebagai bapa kepada Jayden, saya sokong dia dan tetap berada di belakang… saya berpihak pada dia.
“Saya bagitahu dia untuk terus pandang ke hadapan dan menyatakan saya sentiasa akan menyokong dia,” kata Nabila kepada mStar.
Selain itu, Nabila juga berkata, Sharnaaz seorang yang bertanggungjawab dan selama ini telah menjaga anak mereka, Jebat Jayden, dengan baik dan penuh kasih sayang.
“Sharnaaz bukan macam itu. Dia bertanggungjawab dan sayangkan anak. Selepas keluar reman, saya berada di Phuket sedang bercuti.
Pada Sabtu, media melaporkan mengenai seorang pelakon iaitu Sharnaaz direman selama tiga hari oleh polis di kondominium di Segambut, Kuala Lumpur menjadi tanda tanya netizen.
Sharnaaz direman selama tiga hari sehingga Isnin selepas didakwa menumbuk dan menendang seorang penghuni kondominium.
Untuk rekod, Sharnaaz mendirikan rumah tangga Nabila pada 31 Mac 2017 namun disahkan bercerai pada 9 Julai 2020.
“Saya tak bodoh untuk buat begitu!” – Sharnaaz Ahmad beri penjelasan dakwaan tumbuk pengawal keselamatan
Ketika bertemu media di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 37, memberitahu dia selesai memberikan kerjasama terbaik dengan pihak polis bagi menjalankan siasatan dan masih menunggu tarikh untuk dakwaan kes di mahkamah.
“Sekarang ini saya sudah selesai siasatan polis. Apa kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini tidak benar. Saya akan buat penjelasan dalam masa terdekat. Belum tahu lagi bila pendakwaan akan dilakukan.
“Saya tidak boleh bercakap banyak. Pihak polis telah menjalankan tugas dengan baik,” katanya.
Sabtu lalu mStar melaporkan seorang pelakon direman oleh pihak polis kerana memukul pengawal keselamatan dalam satu kejadian pada Khamis lepas di kondominium di Segambut, Kuala Lumpur dan dia ditahan pada keesokkannya.
Dalam kejadian tersebut mangsa mendakwan Sharnaaz menumbuk dan menendang di muka, dada, perut dan belakang serta mengugut untuk membunuhnya.
Nama Sharnaaz yang sering disebut sebagai seorang memiliki sifat panas baran sebelum ini bagaimanapun menegaskan tindakan ketika itu dibuat kerana merasakan perlu.
“Saya tidak bodoh untuk melakukan sebegitu. Kepada sesiapa yang membuat spekulasi tunggu cerita sebenar.
“Panas baran sudah sinonim, tetapi sebenarnya tiada unsur panas baran. Saya buat apa yang dirasakan perlu.
Kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini bukan daripada saya. Jangan mudah menilai dari sebelah pihak sahaja
“Kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini bukan daripada saya. Jangan mudah menilai dari sebelah pihak sahaja,” ujarnya.
Cepat claim voucher terhad 50% diskaun Shopee di sini
Sumber Gempak/MStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.