Ramai Tanya Mana Kekasih, Sekali Ruhainies Beri Jawapan Yang Mengejutkan Ramai Orang

PELAKON Ruhainies dilihat kini kurang berkongsi foto mesra bersama kekasihnya yang mahu dikenali sebagai Mr E di media sosial.

Kata Ruhainies, dia ingin mengurangkan cerita peribadi selepas ini dan enggan mengulas lanjut mengenai status hubungannya itu.

Ini kerana dia tidak mahu peminatnya lebih tertumpu kepada kisah peribadi berbanding perkembangan kerjayanya.

“Apabila sudah semakin meningkat usia ini, saya memilih untuk kurang mendedahkan kepada umum mengenai hal peribadi.

Harap semua maafkan Zul' - Ruhainies

“Sebab orang terlalu berminat mengenai kisah peribadi saya berbanding karier ketika ini.

“Jadi perkara ini seolah-olah menutup karier saya, kalau boleh saya nak menyerlah daripada segi bakat, minat dalam industri ini.

“Apa yang saya boleh beritahu kalau ada jodoh tidak ke mana, sekarang ini belum tahu lagi jodoh saya dengan siapa.

“Saya tidak boleh komen banyak sangat mengenai perkara ini sebab saya pun belum terikat dengan sesiapa lagi.

Idam karakter 'perkasa'

“Bila waktu yang sesuai dan tepat saya akan kongsikan khabar gembira ini kepada semua, tunggu okay!” katanya.

“Tolong hormat, sekurang-kurangnya minta kebenaran!” – Ruhainies berang wajah kekasih tersebar

PELAKON Ruhainies berang apabila sekeping foto mendedahkan wajah kekasihnya yang dikenali sebagai Elf Johan disebarkan oleh individu tidak bertanggungjawab di laman sosial, baru-baru ini.

Ruhainies atau nama sebenar Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas berkata tindakan yang dilakukan individu itu salah dan melanggar hak privasi orang lain.

“Saya tak faham kenapa ada orang tak boleh nak hormat privasi orang lain, semua tahu saya tak pernah post dia (kekasih) di media sosial.

Orang awam atau peminat pun hormat, kalau nampak saya di luar atau nak bergambar mereka akan crop gambar dia!

Dalam pada itu, Ruhainies turut memuji tindakan peminat dan wartawan yang menghormati permintaan untuk tidak mendedahkan identiti bakal suaminya itu.

Malah, segelintir peminat mengambil inisiatif memotong (crop) gambar kekasihnya itu sebelum memuat naik di media sosial.

“Orang awam atau peminat pun hormat, kalau nampak saya di luar atau nak bergambar mereka akan crop gambar dia.

“Wartawan yang pernah jumpa dia pun tak pernah post atau masuk dalam surat khabar,” ujarnya.

Menerusi laporan mStar pada Mei lalu, Ruhainies memberitahu dia belum bersedia untuk berkongsi wajah mahupun nama sebenar kekasihnya itu.

Ruhainies bimbang kehidupan sebagai seorang selebriti yang sering menjadi perhatian ramai akan membuatkan kekasihnya itu berasa tidak selesa.

Sedikit info Ruhainies

Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas (lahir 27 Julai 1992) atau lebih dikenali sebagai Ruhainies ialah seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Beliau mula dikenali ramai menerusi drama bersiri Hello, Mr. Perfect! yang mana beliau memegang dua watak, sebagai Alya Adriana dan Nurul Ain. Selain pelakon dan model, Ruhainies juga merupakan seorang pengacara, ahli perniagaan dan jurucakap produk. Beliau merupakan adik kepada pelakon Risteena Munim. Selain itu, wajahnya agak seiras dengan pelakon Nora Danish.

Ruhainies spends RM2,000 monthly on beauty care | The Star

Ruhainies dilahirkan pada 27 Julai 1992 di Kepala Batas, Pulau Pinang dan merupakan anak ketiga daripada lima beradik kepada pasangan Zainul Ilyas Zainul Abidin dan Che Bunga Salleh. Kakaknya, Nur Risteena Munim juga seorang pelakon yang mula mencipta nama menerusi siri drama Playboy Itu Suami Aku, bersama Fattah Amin. Sama seperti kakaknya, Ruhainies juga menuntut di Universiti Teknologi MARA (UiTM) di mana beliau melanjutkan pelajarannya dalam bidang pelancongan.

Pada tahun 2018, Ruhainies telah mengikat kontrak selama setahun sebagai duta produk kecantikan popular Korea Selatan, Guerisson selepas aktor Lee Kwang-soo dan diangkat sebagai duta Guerisson di Malaysia. Beliau merupakan selebriti Malaysia pertama yang dilantik sebagai duta produk kecantikan popular Korea Selatan.

Ruhainies minta maaf jika gimik dengan Zul Ariffin guris hati segelintir pihak

Ruhainies turut melibatkan diri dalam bidang perniagaan dengan mengasaskan produk kecantikannya iaitu Ruhainies Rosysecret. Namun, beliau dikatakan sudah memperlahankan pengeluaran dan promosi produk kecantikannya itu. Beliau juga turut mengusahakan produk makanan ringan Canchy yang diasaskannya pada Jun 2021 dan mendapat sambutan yang luar biasa dalam tempoh dua minggu selepas dilancarkan.

Cepat claim voucher terhad 50% diskaun Shopee di sini

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply