“Kita Tak Boleh Judge A Book By Its Cover”, Mk K-Clique Jadi Perhatian Selepas Apa Yang Dia Buat Semasa Balik Kampung

Selebriti yang memulakan kerjaya sebagai penyanyi dan kini sedang aktif berlakon, MK K-Clique atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin bin Hamdan sering menjadi perhatian warganet lebih-lebih lagi peminat wanita.

Dengan imej ‘bad boy’ namun dekat dengan keluarga membuatkan personaliti MK terserlah dan terus digilai ramai gadis tanpa menenggelamkan bakat seni yang ada pada dirinya.

Balik Sabah jenguk ibu kurang sihat

Baru-baru, kakak kepada selebriti berkenaan telah berkongsi momen pulang ke kampung halaman di Sabah di akaun TikTok @wawa .evs bersama adik-beradik yang lain bagi menjenguk ibu mereka yang kurang sihat.

Sama2 pimpin bacaan zikir

Apa yang menarik perhatian ramai adalah tindakan MK yang mengaji bersama-sama dengan keluarga yang lain serta menjadi imam membuatkan ramai gadis kembali ‘cair’ dengan apa yang dilakukan olehnya.

Kita tak boleh judge a book by its cover

Dalam video tersebut juga, dia yang sedang mengetuai bacaan zikir bersama ahli keluarga yang lain turut tidak segan meminta bantuan ibunya dalam memperbetulkan apa yang dilakukan.

Justeru itu, ruangan komen TikTok @wawa.evs telah dipenuhi dengan pujian dan rasa tidak sangka MK merupakan seorang yang cukup berbeza dengan penampilan yang biasa kita lihat.

Lelaki idaman gadis2

Ada yang tawar diri jadi menantu

Anak yang bertanggungjawab

Semoga ibu MK segera sembuh

Walau bagaimanapun, mereka juga tidak lupa mendoakan agar ibu kepada MK segera sembuh dan masing-masing diberi kesihatan yang baik pada masa akan datang agar dapat sama-sama berkumpul seperti itu lagi.

Sedikit info MK,

Muhammad Hairi Amin bin Hamdan atau lebih dikenali sebagai MK adalah merupakan seorang penyanyi dan pelakon kelahiran dari Tawau, Sabah dan beliau juga adalah merupakan salah seorang daripada ahli kumpulan K-Clique.

Nama sebenar beliau ialah Muhammad Hairi Amin bin Hamdan yang dikenali umum sebagai MK (K-Clique) dan nama panggilannya di kalangan rakan-rakan ialah Hairi dan Mat.

MK K-Clique pernah jadi penarik kereta - Kosmo Digital

Dilahirkan pada 27 Julai 1996 di Hospital Besar, Tawau, Sabah. Kediamannya terletak di Tanjung Batu Tengah, Tawau.

Beliau juga merupakan anak ketujuh daripada lapan orang adik-beradik. Mempunyai enam orang kakak dan seorang adik lelaki.

Dua orang daripadanya telah meninggal dunia. Beliau berkelulusan dalam jurusan Pengajian Perniagaan daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kota Kinabalu, Sabah.

Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi MK K-Clique | Iluminasi

Dia juga merupakan anggota kumpulan K-Clique yang antara lain disertai tujuh lagi ahli iaitu Noki, Tuju, Somean, KDeaf, FareedPF, Gnello dan NastyNas yang mana kesemua mereka berasal dari Kota Kinabalu, Sabah.

Sumber: TikTok @wawa.evs

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply