Lama Diamkan Diri, MK K-Clique Tampil Jelaskan Isu Pegang Tangan Seorang Wanita, Sampai Ada Pihak Yang Salah Faham

SELEPAS lama mendiamkan diri, penyanyi MK K-Clique akhirnya tampil menjawab persoalan mengenai video tular memperlihatkan dia sedang berpimpinan tangan dengan seorang wanita dikenali sebagai Hajar Siti pada Mei lalu.

Tiada sebarang niat menayang untuk kemesraan secara terbuka, MK atau Muhammad Hairi Amin Hamdan, 26, menjelaskan ketika kejadian mereka sedang mengejar masa kerana sudah terlambat untuk menghadiri jemputan majlis rumah terbuka Aidilfitri.

“Isu pegang tangan ini sebenarnya ada sesetengah pihak salah faham. Tetapi ketika itu, dalam keadaan yang huru-hara, kelam kabut, kami betul-betul dah terlambat.

“Kami cuma nak cepat… Benda itu (berpegang tangan) berlaku secaara automatik. Depan saya ada kakak, tepi adik-beradik saya. Nak tunjuk mesra, (kami) belum boleh mesra,” katanya kepada mStar.

Video yang tular,

MK berkata demikian ketika beliau ditemui pada sidang media filem 7 Minggu Sebelum Kahwin yang diadakan di Dadi Cinema Pavilion Kuala Lumpur pada Selasa.

Sebelum ini, ramai peminat patah hati apabila melihat beberapa keping gambar MK dengan wanita itu yang dimuat naik di laman Instagram penyanyi itu sekitar April lalu.

MK K-Clique

Foto yang dimuat naik MK K-Clique pada April lalu.

Ramai membuat spekulasi Hajar Siti adalah teman wanitanya apatah lagi bila MK menulis kapsyen menggunakan panggilan ‘Sayang’ pada foto yang dimuat naik.

Tidak cukup dengan itu, penularan video MK dan wanita itu memakai pakaian sedondon sambil berpegangan tangan turut menambah ‘luka’ dalam kalangan peminat wanita.

Sementara itu, apabila diusik mengenai soal perkahwinan, pelakon drama The Hotel itu memberitahu akan berkongsi berita gembira itu kepada umum apabila sampai waktunya.

“Tidak, saya tak akan diam-diam (berkahwin). Benda ini kena diwar-warkan. Insya-Allah, jika dah sampai seru, saya akan kongsi,” katanya.

Terdahulu,

Ramai patah hati MK pimpin tangan kekasih… Netizen siasat siapa identiti Hajar Siti, dakwa anak orang ternama dari Pahang

ADA yang patah… bukan kayu tapi hati! Itu antara kata-kata yang dimuat naik peminat yang kecewa apabila video memperlihatkan penyanyi rap popular MK (K-Clique) berjalan sambil memegang tangan seorang wanita.

Menerusi video yang dikongsi seorang pengguna TikTok @sugardoll.finie, penyanyi lagu Pulang itu kelihatan hadir di sebuah majlis rumah terbuka bersama kekasihnya dengan memakai baju sedondon berwarna hitam.

MK atau nama sebenarnya Muhamad Hairi Amin Hamdan, 26, turut mengulang siar beberapa posting daripada netizen yang merakam aksi romantik itu.

Malah, nama wanita yang dikenali sebagai Hajar Siti pula mendapat perhatian dan menjadi carian paling popular di laman Facebook.

Rata-rata netizen wanita meluahkan rasa kecewa apabila mengetahui penyanyi yang juga pelakon itu sudah berpunya.

Malah, ada yang mendakwa gadis berkenaan daripada keluarga ternama yang berasal dari Kuantan, Pahang.

“Sedihnya crush saya dah ada awek”

“Penat saya hafal lagu-lagu awak, last-last dah ada awek”

“Hajar ni cantik tau, lemah lembut. Low profile walaupun emak bapa dia orang ternama dia punya low profile kawan-kawan saja yang tahu.

“Dulu Hajar post dengan close friend je. Sekarang dah tak payah close friends” ujar beberapa netizen.

Pada 25 April lalu, MK memuat naik foto bersama seorang wanita dengan kapsyen romantis dan memberitahu hatinya sudah dimiliki.

Dia turut meletakkan pautan akaun Instagram @hajaarsitii pada gambar tersebut.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply