“Shila Amzah Bagi ‘Hint’ Sudah Berpunya” – Dedah Dah Buka Hati Utk Seseorang Tapi Ada Cakap Sesuatu Tentang Bermadu

Pelakon dan penyanyi, Shila Amzah menjawab soalan panas para peminat mengenai kisah peribadinya, sewaktu berkongsi pautan NGL (Not Gonna Lie) di Instagram miliknya.

Dalam soalan itu, ada yang bertanyakan adakah dirinya baik-baik sahaja dan okay jika diambil sebagai isteri kedua dan hidup bermadu.

“Are you okay kalau diambil sebagai isteri kedua dan hidup bermadu?-Soal peminat tersebut

Mahu Elakkan Diri Dari Bermadu

Shila kemudian memberitahu peminat bahawa seboleh-bolehnya dia mahu mengelakkan diri daripada hidup bermadu.

“Setakat ini my answer is no, saya tak tau la masa depan macam mana. Tapi kalau saya boleh elak saya akan sebolehnya elak.”-Jawab Shila

“Saya Telah Menambahkan Individu Baru Dalam Senarai”

Tambahnya lagi, Shila juga dilihat memberi ‘hint’ seakan-akan sudah berpunya ketika disoal oleh peminat tentang individu kegemarannya.

“Selain dari anak lelaki saya, saya telah menambahkan seorang individu baru dalam senarai. Tetapi saya tidak boleh memberitahu anda sekarang.”-Jelas Shila

Sudah Terbuka Hati Untuk Berkahwin

Dalam pada itu, peminatnya di Instagram turut bertanya padanya adakah dia sudah terbuka hati atau belum untuk berkahwin semula.

“Dah terbuka tapi bukan sekarang.”-Kata Shila

Terdahulu, Murai MY telah melaporkan Shila yang memaklumkan bahawa dia telah sah bercerai dengan suaminya. Dedah Shila, pada Disember tahun lalu, ketika itu dia beritahu sudah dua bulan tidak tinggal sebumbung dengan bekas suaminya, Haris Idraki Elias.

Disoal Peminat Adakah Sudah Berbaik Dengan Sharnaaz Ahmad, Tak Sangka Ini Respon Shila Amzah!

Penyanyi, Shila Amzah tampil menjawab soalan peminat mengenai hubungannya dengan pelakon dan bekas kekasih, Sharnaaz Ahmad sewaktu berkongsi pautan Ask Me A Question di Instagram miliknya.

Dalam persoalan itu, ada yang bertanyakan adakah dirinya dengan Sharnaaz sudah berbaik atau tidak.

Disoal Peminat Adakah Sudah Berbaik Dengan Sharnaaz Ahmad, Ini Respon Shila Amzah!

“Secara jujur hanya nak tahu, dengan sharnaaz korang masih berbaik?”-Soal peminat tersebut.

Masih Belum Berbaik

Shila atau nama sebenarnya Norshahila Amir Amzah kemudian memberitahu bahawa rupanya dia masih belum berbaik dengan Sharnaaz setelah apa yang sudah berlaku sebelum ini.

“After apa yang dah berlaku lately, sejujurnya tidak..”-Jelas Shila

Bersikap Profesional Jika Terlibat Projek Yang Sama

Walaubagaimanapun, Shila turut menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai mas.alah dan masih boleh bersikap profesional jika dia dan Sharnaaz ter.libat dalam projek atau program yang sama.

“Tapi kalau ada pro.gram sama ke apa i don’t have any problem and can keep things professional.”- katanya.

Terdahulu, Murai MY melaporkan Shila memaklumkan telah sah bercerai dengan suaminya. Dedah Shila, pada Disember tahun lalu, ketika itu dia sudah dua bulan tidak tinggal sebumbung dengan Haris.

Sumber : Murai

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Be the first to comment

Leave a Reply