Puteri Sarah Tidak Kisah Syamsul Pergi Kedai Emas Atau Tlg Bayarkan Saman Ira Kazar, Tapi Satu `Posting` Beliau Buat Ramai Setuju

Sebelum ini, Puteri Sarah memberitahu dia tidak kisah mengenai video viral di antara suaminya, Syamsul Yusof dan Kazar di sebuah kedai emas. Tambah Sarah, dia tidak berasa hairan sekiranya suaminya itu mahu membayar saman Ira Kazar.

Terbaru, pelakon drama ‘Dunia Anita’ itu memuat naik sebuah posting mengenai Istidraj di Instagram Story miliknya. Eh siapa pulak tu?

Berhati-hati dengan istidraj

Menerusi sebuah video di TikTok @Rghaikimbyeongho, Syamsul dan bapa kepada Ira iaitu Kazar Sanusi hadir ke sebuah kedai emas. Dalam rakaman tersebut, kedua pelakon itu seakan sekadar membuat ‘content’ sambil memegang beberapa perhiasan emas. Bagaimanapun, tindakan Syamsul dan Kazar itu kurang disenangi ramai memandangkan isu rumah tangga pengarah Mat Kilau itu dilihat masih belum berkesudahan.

Menerusi tinjauan OhBulan! Sarah kemudian dilihat memuat naik sebuah posting mengenai istidraj. Istidraj bermaksud pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Tidak dapat dipastikan perkongsian itu ditujukan kepada siapa, namun ramai beranggapan ianya merujuk kepada suaminya.

Di Instagram story

Terdahulu, peguam yang mewakili Puteri Sarah iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader memberitahu mahkamah sudah menetapkan tarikh 23 Ogos ini untuk pengurusan kes seterusnya.

Dalam pada itu, peguam juga memaklumkan mahkamah turut mengekalkan perintah interim injuksi. Defendan (Ira Kazar) diperintah berhenti mengeluarkan, menyebarkan dan menghantar sebarang kenyataan atau apa saja bentuk gangguan terhadap Puteri Sarah dalam media sosial sehingga kes perbicaraan penuh.

Puteri Sarah Tak Kisah Kalau Syamsul Nak Bayarkan Saman Ira Kazar

Isu rumah tangga pelakon, Puteri Sarah dan suaminya, Syamsul Yusof hangat diperkatakan sehingga hari ini. Isu tersebut bertambah panas apabila Sarah akhirnya mengambil tindakan undang-undang terhadap orang ketiga yang dikatakan mengganggu kehidupannya selama ini.

Terbaru, Sarah sempat meluangkan masa bersama anak-anaknya meskipun sedang sibuk menguruskan urusan mahkamah bersama peguamnya.

Today mama cuti

Today mama cuti. Outing day with anak-anak.

Di Instagram, anak-anak Sarah iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah kelihatan sangat gembira ketika keluar bersiar-siar bersama ibu mereka. Menurut Sarah, hari cutinya digunakan sebaik-baik yang mungkin untuk menggembirakan hati anak-anak.

Namun perhatian peminat lebih tertumpu kepada gambar keluarga tersebut tanpa kehadiran bapa kepada anak-anak Sarah iaitu Syamsul Yusof. Walau bagaimanapun, netizen yakin Sarah seorang wanita yang kuat dan mampu membahagiakan anak-anak meskipun tanpa kehadiran suami di sisi.

Ujian Allah

Terbaru, seorang individu bertanya kepada Sarah sama ada dia sudah melihat ataupun belum video viral di TikTok berhubung Syamsul dan Kazar di sebuah kedai emas. Menurut Sarah, dia tidak kisah mengenai video tersebut. Tambahnya, dia tidak berasa hairan sekiranya suaminya itu mahu membayar saman Ira Kazar. Ujar Sarah, kes saman ini akan diteruskan dan ianya dikategorikan sebagai kes jenayah.

Tak kisahlah Syamsul nak bayar saman Ira Kazar ke tak, janji saman tetap saman dan masuk kes jenayah.

Terdahulu, Sarah nekad untuk meneruskan saman terhadap pihak ketiga ketika dia sedang menunaikan ibadah umrah pada bulan lalu. Ujar Sarah, sepanjang empat tahun ini rumah tangganya sering diganggu dan maruahnya tercalar berikutan ‘penyondol’.

Sumber: Puteri Sarah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply