“Ada yang berpuluh tahun kumpul duit nak pergi haji.” Itu antara luahan pelakon popular Mira Filzah berhubung isu seramai 380 jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akibat ditipu sebuah agensi pelancongan.
Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 29, mengakui berasa marah dengan perkara tersebut dan turut bersedih kerana bukan mudah untuk menyimpan duit berpuluh ribu bagi merealisasikan rukun Islam kelima itu. “Allahuakbar, marah dan sedih. Bukan semua orang hidup senang. Ada yang berpuluh tahun kumpul duit hendak pergi menunaikan haji,” katanya dalam satu perkongsian InstaStory hari ini.
Sedar berat mana memandang berat lagi bahu yang memikul, namun pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan itu tidak dapat membendung rasa kecewa dan kemarahannya terhadap agensi yang sanggup menipu bakal jemaah ke Tanah Suci. “Terdapat mak cik dan pak cik guna duit simpanan atau pencen yang sudah berpuluh tahun untuk ke Tanah Suci. Agensi boleh menipu? Tak ingat Tuhan ke mereka ini? Allahuakbar,” katanya lagi.
Hasrat seramai lebih 380 jemaah haji tidak kesampaian apabila terkandas di KLIA malam tadi berikutan dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan. Difahamkan, kesemua bakal jemaah yang berasal dari seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak terbabit gagal berlepas ke Tanah Suci selepas tidak mempunyai dokumen perjalanan lengkap seperti visa dan passport. Kesemua mereka yang berkumpul di Aras 5 Balai Kelepesan KLIA dipercayai menggunakan visa furada untuk menunaikan ibadah haji dan tidak melalui Tabung Haji (TH).
‘Tak Rasa Bersalah Ke Menipu Duit Orang Tua?’ – Michael Ang Bengang Agensi Pelancongan ‘Scam’ Jemaah Haji
Lebih 380 jemaah haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi berikutan dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan. Berikutan daripada itu, pengarah, Michael Ang meluahkan rasa simpati dengan nasib yang menimpa kesemua bakal jemaah haji berkenaan
Di ruangan komen, rata-rata rakan artis seperti Sharnaaz Ahmad, Janna Nick, Sheila Rusly dan Catriona Brian Ross bersetuju dengan posting Michael Ang. Ujar Catriona, dia berasa sedih apabila mengenang susah payah para jemaah untuk mengumpul duit demi ke Tanah Suci.
Terdahulu, usahawan terkenal
iaitu Noor Neelofa di Facebook turut meluahkan rasa simpati dengan nasib yang menimpa kesemua bakal jemaah haji berkenaan. Dia juga menitipkan doa agar urusan mereka dipermudah selain diberi peluang dan kesempatan untuk mengerjakan haji pada tahun akan datang.
Sumber:era kini
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.