“Muka daddy n nenek!!” Gambar Terbaru Bunga Elhaq Tarik Perhatian Ramai

PELAKON, Elisya Sandha yang selamat melahirkan cahaya mata pertama pada 18 Jun lalu tampil anggun dalam busana berona putih sempena majlis aqiqah anak sulungnya, Bunga Elhaq.

Kata Elisya, tahun 2022 menjadi tahun pengorb4nan paling besar buat dirinya sebagai ibu dan suami, pengarah Uzair Haqimy.

“Pengorb4nan daddy you bangun setiap malam untuk tukar pampers dan susukan you. Pengorb4nan ramai orang untuk jayakan majlis aqiqah you today.

“Masha-Allah anak mummy ini sangat bertuah. Ramai orang sayang. When you grow up, you can read this message (apabila besar nanti, harap Bunga akan baca pesanan ini),” katanya.

Untitled design (28)

Elisya bersama anak perempuannya, Bunga Elhaq yang dilahirkan pada 18 Jun lalu.

Elisya berkata demikian sebagai ucapan istimewa buat anaknya itu di Instagram selain turut menitip nasihat buat tatapan apabila Bunga dewasa kelak.

“Ingat pesan mummy, jagalah hati orang yang sayang Bunga, hargai pengorb4nannya, terimalah kekurangannya jangan sia-siakan keikhlasannya sebab you tak tahu Bunga betapa untungnya you di mata orang lain kerana you memilikinya,” terangnya.

Elisya dan Uzair berkahwin pada 21 Ogos tahun lalu.

Dalam pada itu, Elisya turut berkongsikan gambar sambutan aqiqah Bunga Elhaq di Instagram rasmi miliknya anaknya.

Menarik perhatian, bayi berusia kurang sebulan itu memiliki hampir 50,000 pengikut di Instagram.

Untitled design (29)

Instagram Bunga Elhaq yang memiliki hampir 50,000 pengikut.

Pengguna media sosial turut mengucapkan tahniah dan memuji Bunga sebagai ba.yi yang comel.

KOMEN NETIZEN :

“Masha-Allah comelnya Bunga. Semoga menjadi anak yang solehah, berbakti kepada kedua orang tua kelak.

“Alahai comel betul Bunga. Betul kata Fasha macam muka Aisha. Semoga membesar menjadi anak yang solehah dunia akhirat, amin,” antara komen netizen.

Antara anak selebriti lain yang turut memiliki akaun rasmi di Instagram ialah Lara Alana dengan empat juta pengikut, Yusuf Iskandar (2.7 juta pengikut), Aisyah Dhia Rana (35,000 pengikut), Alisa Aisyah (1.3 juta pengikut) Lila Amina (194,000 pengikut) Syeriv Samheizy (841,000 pengikut) dan Aqeef Anaqi (687,000 pengikut).

Sumber:mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply