“Kalau Nak Tahu Sajat Warisi Ilmu Silat Mat Kilau, Kalau Tak, Tak Lepas Ke Thailand”

Meskipun sudah 7 bulan berhijrah ke Australia, namun masih ramai netizen masih mengikuti perkembangan Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman.

Baru-baru ini, tular video Sajat ketika membuat Live di Instagram bersama pengikutnya. Sajat secara berseloroh berkongsi cerita bagaimana dia dapat meloloskan diri dari Malaysia.

Sajat berkata mempunyai ilmu bersilat Mat Kilau sehingga mampu mengaburi mata 250 anggota polis yang memburunya.

“Kalau nak tahu, Sajat mewarisi ilmu persilatan Mat Kilau, kalau tidak, Sajat tidak lepas ke Thailand. 250 anggota polis cari. Mana ada orang masa pandemik boleh lepas ke Thailand. Ilmu apa yang sajat pakai?

“Ini bunga dia… Nampak tak? Tolak sana, tolak sini, habis semua polis tak nampak. Tak masuk dalam sejarah sahaja, sebab saya merendahkan diri,” katanya.

Video Sajat itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur dengan kisahnya itu. Malah ada yang memintanya menyertai pertandingan komedi Maharaja Lawak.

Terdahulu, Sajat gagal dikesan pihak berkuasa selepas waran tangkap dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor pada 23 Februari tahun lalu.

Bagaimanapun, persembunyian Sajat terbongkar apabila dia ditahan pihak Imigresen Thailand pada 8 September 2021 di Bangkok atas tuduhan memiliki pasport tidak sah.

https://youtube.com/shorts/IBBbnRvdmLw?feature=share

Sajat Bakal Jadi Model Di Australia, Bakal Makan Pucuk Ubi Dan Lemon Saja Untuk Jaga Badan

Meskipun namanya kini tenggelam timbul kedengaran di media sosial, Nur Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 35, kini kembali menjadi perbualan ramai selepas dia memaklumkan bakal membuat debut sebagai model di Australia. Uishhh bukan main!

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Sajat memuat naik keratan emel yang memaklumkan bahawa dia telah dijemput untuk menghadiri sebuah raptai yang diadakan agensi modelling di Australia.

Raptai tersebut menurut emel berkenaan bakal diadakan pada 17 Julai ini dan kehadiran Sajat adalah penting untuk menempah tempat bagi acara peragaan tersebut.

“Macam tak caya yang saya lepas”

Sajat menerusi posting itu meluahkan rasa gembiranya akan pemilihan tersebut dan dia siap nak berdiet makan pucuk ubi dan lemon sahaja bermula hari ini. Haa tudia bersemangat Sajat!

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai komen daripada netizen yang mana rata-rata mengucapkan tahniah dan berharap Sajat berjaya dalam pemilihan model tersebut.

Uish bukan main bang jat. Kalau dah jadi model nanti jangan mudah lupa diri ye kat sana.

Antara komen netizen,

Mmg selayak nya,dia mmg kacak utk jd model antarabangsa..

Org kite realiti pun masih berlawak dan tak serius…apa2 pun tahniah…dikala sering menghibur makhluk bumi.

Baik Jat. Aku start makan pucuk ubi dari malam ni. Ye Jat. Kita sama-sama cantik. Aku yakin Kau dan aku akan sama-sama terkenal di Australia nanti Jat.

Semoga bang jat diberikan hidayah.. kembali la bang jat ke pangkal jalan.. belum masih terlambat utk brtaubat.. pintu taubat sentiasa terbuka buat hambaNya.

Betul ke berita ni? Kawan aku cakap dia ni bawa grab je kat sana. Mana satu nak percaya ni?.

Dia ni mmg di lahir kan utk jadi lucu ke?? suke kat dia ni sbb menghiburkan.

Sedikit info Sajat,

Nur Sajat (lahir 23 Februari 1985) ialah seorang usahawan transgender wanita Malaysia yang berasal dari Perak. Sajat merupakan ikon yang penting dalam isu hak transgender serta LGBT di Malaysia secara am.

Sumber:- rotikaya

Be the first to comment

Leave a Reply