Dengan Dua Kali Lafaz, Wany Hasrita Sah Bergelar Isteri Kepada Mohd Al-Adib Fahmi, Rupanya Suami Wany Hasrita Bukan Calang2 Orangya

Dengan dua kali lafaz, penyanyi popular Wany Hasrita, 30, sah bergelar isteri kepada Mohd Al-Adib Fahmi Harun, 30, yang berasal dari Kuching, Sarawak di Damansara Perdana, di sini, jam 9.11 malam, hari ini.

Pasangan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan Hasbullah Hassan, 56, dengan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan Qariah Masjid Al Mukarramah, Daerah Petaling, Mat Syaharuddin Al Rasyid Mat Isa.

Pada majlis itu, Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah menerima mas kahwin sebentuk cincin berlian, manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan serta tidak ada dulang hantaran daripada kedua-dua pihak.

Wany yang popular menerusi lagu Menahan Rindu berkata, dia bersyukur majlis yang dirancang berjalan lancar dan berterima kasih kepada keluarga, rakan dan peminat yang sentiasa mendoakan yang baik-baik buat dirinya.

“Alhamdulillah, saya bersyukur majlis pernikahan ini berjalan lancar dan dipermudahkan Allah SWT. Terima kasih kepada mak, ayah, keluarga, rakan-rakan, pihak media dan peminat yang tanpa jemu menitipkan doa yang baik-baik buat saya tidak kira untuk kerjaya mahu pun peribadi.

“Insya-Allah, ini adalah fasa baharu buat saya dan suami. Perjalanan kami masih panjang. Tanggungjawab menjadi isteri dan dalam masa sama bergelar anak seni akan saya cuba berikan yang terbaik. Cuma, selepas ini tentu saja keluarga menjadi keutamaan saya.

“Saya berdoa agar semoga segalanya dipermudahkan. Paling penting juga, saya mohon untuk semua mendoakan yang terbaik buat saya dan suami dalam melayari bahtera perkahwinan ini,” katanya.

Berkongsi mengenai lelaki yang berjaya menambat hatinya yang juga bekerja dalam industri penerbangan di Kuching, Sarawak itu, Wany berkata, hubungan mereka mula rapat sejak 2019.

SUAMI Wany Hasrita, Mohd Al-Adib Fahmi Harun.

“Kalau diikutkan saya sudah kenal Adib sejak 2010 lagi. Ketika itu saya mengenalinya melalui rakan baik saya yang juga sepupunya. Kenal macam tu saja. Waktu itu pun saya belum menjadi penyanyi lagi. Cuma, pada 2019 barulah kami mulai menjadi rapat. Jadi, kami mengikuti antara satu sama lain di Instagram dan banyak berhubung di situ. Ada satu hari dia melawak mengenai kartun Thomas & Friends dan saya pun boleh layan. Sejak itu, kami terus ‘ngam’ dan saling memahami dalam banyak perkara.

“Tidak ada istilah ‘declare’ menjadi kekasih dalam perhubungan kami. Masing-masing saling memahami perasaan dan hati dan akhirnya memutuskan untuk membawa perhubungan ini ke fasa yang lebih serius,” katanya.

Menurut Wany yang juga pemenang Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH 31 pada 2018, dia dan Adib memilih untuk bertunang pada 26 Februari lalu sebelum mengakhiri perhubungan mereka di jenjang pelamin hari ini.

“Apabila sudah rapat, kami terus fikir dan rancang ke fasa seterusnya. Apatah lagi ketika itu (2019) masing-masing sudah berusia 28 tahun. Selama ini saya tidak terlalu ‘looking forward’ untuk berkahwin. Tapi selepas rapat, semuanya ‘ngam’ dan serasi dari segi semua perkara.

“Malah, dari mula perhubungan ia bukan lagi untuk cuba-cuba tapi memang nak berkahwin. Dia pun sama juga begitu. Itu yang kami ambil keputusan untuk bertunang terlebih dahulu pada 26 Februari lalu di sebuah hotel di Sepang, Selangor, yang mana hanya dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat saja.

“Kalau diikutkan perancangan nak berkahwin dibuat lebih awal, tapi disebabkan jarak kami yang mana dia bekerja di Kuching, masa dan komitmen kerjaya, jadi kami ambil keputusan untuk cari waktu paling sesuai untuk kedua-dua pihak. Ditambah pula kita sudah masuk fasa endemik, jadi kami fikir ini waktu yang tepat,” katanya.

Majlis pernikahan itu dihadiri kira-kira 300 tetamu terdiri daripada keluarga kedua belah pihak, rakan terdekat dan media.

Busana kedua mempelai pula mendapat sentuhan pereka Altelia Amani. Majlis kesyukuran bagi meraikan pasangan pengantin baharu ini akan diadakan Ahad ini di Cheras, Kuala Lumpur.

Video Suami Wany Hasrita,

Ucapan Tahniah Netizen,

Tahniah…tlg jaga baik2 wani utk kami….yg single terus kan usaha lgi…

Harap Wany tak menyesal tak pilih Abang sebagai Arjuna Wany.

Tiara, menggamis kenangan zaman persekolahan…..

Semoga yang terindah dan bahagia buat @wanyhasrita dan pasangan, Dibawah lindungan Allah SWT selalu I’m so happy for you Adik Masha Allah

Congratulations sweet girl you deserve happiness and so much love, May Allah bless your next chapter and always in His Mercy and Protection , May everything will be ease every step of the way, Selamat Pengantin Baru

Alhamdulillah….masyaa allah….tabarakallah kany…lancar trus ya smpai hari H…salam dri saya sumatera utara…fans berat kamu

“Tiada niat nak rahsia..” – Bercinta dengan juruterbang, Wany Hasrita kunci mulut

Penyanyi Wany Hasrita memilih untuk mengunci mulut apabila disoal mengenai gerangan jejaka yang berjaya menambat hatinya kerana kurang selesa berkongsi selagi belum mempunyai ikatan sah.

Menurut laporan BH Online, pemilik nama Nurshazwany Hasrita Hasbullah itu juga menjawab spekulasi kononnya akan berkahwin dengan jejaka tersebut yang juga seorang juruterbang dalam beberapa bulan lagi.

“Saya mohon maaf, jika boleh saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara ini.

“Sejujurnya, setakat ini, tiada apa yang boleh dikongsikan kerana belum perancangan rasmi. Kad kahwin pun belum ada lagi.

“Namun, jika pasti dan tarikh perkahwinan sudah ditetapkan, saya akan berkongsi dengan anda semua,” kata penyanyi berusia 29 tahun itu.

Penyanyi lagu Canggung itu berkata, dia mengakui bukan soal bimbang jika teman istimewa dirampas orang lain kerana bertindak merahsiakan identitinya namun hanya belajar daripada kesilapan sebelum ini.

“Selain itu, saya menjadikan kisah cinta rakan artis sebagai iktibar. Bagi saya, biarlah soal cinta menjadi misteri, buat masa ini.

“Apabila semuanya sudah pasti, barulah saya akan buka mulut kerana kita tidak tahu apa yang akan terjadi sepanjang perhubungan yang terjalin,” ujarnya.

Sumber: Harian Metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply