“3 Org Ini Yg Patut Kita Puji..”-Reaksi Muka Rakan Sebelah Ketika Penguatkuasa Jatuh Kawad Tarik Perhatian

KASIH ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa.

Pepatah itu yang sesuai bagi menggambarkan kasih sayang seorang bapa terhadap anaknya sebagaimana kisah yang dikongsikan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Alexander berkongsi kisah penuh meruntun jiwa di mana seorang bapa sanggup berlari ke tengah padang kawad sebaik melihat anak lelakinya jatuh pengsan ekoran cuaca panas.

Kejadian tersebut berlaku sewaktu sambutan Hari Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di Maktab Penjara Kajang, Selangor, pada Khamis.

3 orang yang patut kita puji

“Member yang sebelah budak yang pengsan tu semangat menahan sebak didada, sampai moncong mulut dia, mahal gambar ni”

Ketika dihubungi mStar, Nik Mohamad Adhar Nik Ismadi, 22, menceritakan semula tentang kejadian yang mendapat perhatian ramai itu.

“Saya anggota kadet platun Alpha. Pada waktu majlis itu berlangsung keadaan cuaca memang agak panas.

“Tiba-tiba penglihatan saya jadi kabur dan tak lama lepas tu terus gelap dan hitam. Saya cuba bertahan dan mengawal diri untuk duduk dengan perlahan-lahan. Kemudian saya terus baring.

“Waktu baring tu saya rasa macam terpinga-pinga. Pening kepala, gelap mata dan telinga saya jadi berdengung. Hanya sayup-sayup saja dapat dengar ucapan daripada menteri,” katanya.

Ujar Nik yang kini bertugas sebagai anggota polis di Tawau, Sabah, dia mendengar suara rakan-rakan dalam barisan memberi sokongan kepadanya untuk bangun ketika kali pertama dia jatuh.

Momen sewaktu Nik cuba bangun semula daripada pengsan.

Bagaimanapun Nik yang merupakan anak bongsu daripada empat adik beradik itu tidak berdaya bangun setelah tumbang di padang kawad.

Susulan itu tetamu yang hadir pada majlis berkenaan menyaksikan seorang lelaki berusia berbaju Melayu berwarna merah jambu berlari ke tengah padang kawad tanpa berkasut dan kemudiannya memapah Nik untuk berdiri semula.

Momen penuh bermakna itu sempat dirakamkan lensa kamera.

Saya sedar abah datang membantu saya terus kekal berdiri semula… abah peluk dan suruh saya bangun dan kuatkan semangat sambil menangis.

“Ketika kali pertama jatuh saya dengar suara kawan-kawan beri sokongan untuk bangun. Mengikut peraturan kawad, anggota skuad tidak boleh membantu rakan yang jatuh. Kali kedua jatuh saya masih tidak lagi berdaya bangun dengan sendiri.

“Setelah lama baring akhirnya abah datang tolong sehingga saya dapat sedarkan diri dan terus berdiri sehingga saya jatuh untuk kali ketiga dan setelah itu saya sudah tiada daya lagi.

Nik (tengah) bersama ibu dan bapanya.

Saya sedar abah datang membantu saya untuk terus berdiri semula. Abah peluk dan cakap suruh saya bangun dan kuatkan semangat sambil menangis. Abah bantu dengan memapah saya untuk terus kekal berdiri sampailah saya betul-betul okey,” imbas Nik yang terharu dengan tindakan spontan lelaki yang dianggap seperti bapa itu.

Jelas Nik, lelaki bernama Abdul Aziz Ya’acob yang sudah berusia 60 tahun itu merupakan bapa saudara yang membesarkannya sejak berusia tiga bulan lagi.

“Saya anak yatim piatu. Abah seorang yang kelakar tetapi ada masanya dia serius. Saya memang rapat dengan dia dan mak, Rosmawati Ismail walaupun hakikatnya mereka adalah bapa dan ibu saudara.

Kelihatan Abdul Aziz (baju merah jambu) berlari berkaki ayam masuk ke padang kawad untuk membantu anaknya.

“Saya tak sangka momen tu boleh jadi viral. Saya ada tengok dekat Facebook. Saya tahu fasal ni pun setelah kawan-kawan kongsikan pasal posting tu dekat WhatsApp.

“Pesanan saya selagi ada insan bergelar ibu dan ayah, sanjunglah, sayangilah, jagalah, kayakanlah, bergaul dan hargailah kerana jika tiada mereka, tiada kita di dunia ni.

“Jika kita derhaka, nescaya nerakalah tempat mu,” ujarnya menutupi kisah.

Berikut rakaman menggunakan dron dari atas. Kelihatan si bapa menolak tawaran untuk anaknya di usung keluar dari

Lihat video dibawah:

Sumber: mstar dan limauasamboi

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply