MENGENALI secara peribadi wanita yang ditahan kerana didakwa mendera kanak-kanak, pelakon Lufya Omar juga mendedahkan individu tersebut pernah berkongsi tentang masalah depresi yang dialami.
Lufya bagaimanapun berkata tekanan hidup wanita yang dikenali sebagai Myra itu bukanlah alasan untuk dia bertindak kejam melakukan penderaan terhadap anak angkat berusia empat tahun itu.
“Saya kenal Myra kerana dia pernah tawarkan kepada saya untuk mempromosikan produk. Namun saya tidak bersetuju kerana ada beberapa komitmen lain sebelum ini.
“Dia pernah mendedahkan masalah tekanan yang dialami. Saya boleh katakan itu adalah satu ujian kepada dia dan sepatutnya dia tidak boleh berjanji manis dalam perniagaan.
Walaupun dia tertekan, namun perbuatan dera itu sangat kejam. Masalah tekanan bukan alasan untuk melepaskan rasa tersebut terhadap seorang kanak-kanak,” katanya kepada mStar.
Meluahkan rasa terkejut dengan video penderaan yang mula tular sejak awal pagi Jumaat, Lufya menganggap ini adalah satu ujian buat Myra supaya dia cepat sedar dan menginsafi perbuatannya.
Dalam masa sama, Lufya berharap pihak berwajib mengambil tindakan tegas terhadap kes seumpama ini supaya ia tidak berulang lagi.
“Apa sahaja yang dia buat adalah cara Allah tunjukkan sayang kepadanya. Ini adalah ujian supaya dia menjadi lebih baik. Anak angkat juga adalah amanah Allah untuk kita jaga.
Memang saya terkejut apabila melihat video tersebut. Ada masa kita pun marah kepada anak tetapi tidaklah sehingga tahap yang brutal sebegitu.
“Mungkin disebabkan dia tidak melahirkan anak tersebut maka, dia tidak tahu keperitan seorang ibu. Cara dia itu salah,” jelasnya.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Zaid Hassan mengesahkan suspek wanita itu telah ditahan dengan pasangannya di sebuah rumah di Beranang, Selangor.
Mangsa merupakan kanak-kanak yang dikatakan hyper-aktif berusia anggaran empat tahun, merupakan anak kepada warganegara Indonesia yang mana kelahirannya tidak pernah didaftarkan dan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.
Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Bekas Pekerja Rakam Kanak-Kanak Didera, Dedah Siapa Sebenarnya Wanita Yang Pukul Kanak2 Tersebut
Tular video rakaman seorang kanak-kanak perempuan berusia lingkungan tiga tahun yang dikenali sebagai Alia didera oleh seorang wanita dan lelaki di media sosial.
Rakaman tersebut menjadi bualan hangat dikalangan warganet, dan ramai yang menyoal serta menyalahkan individu yang merakam kejadian tersebut kerana tidak melindungi kanak-kanak berkenaan sebaliknya menyebarkan video di media sosial.
Bahan Bukti Penderaan
Murai MY menjengah ke Instagram pemilik video viral tersebut, pemuda yang menyebarkan rakaman berkenaan dikenali sebagai Aqiel dan merupakan pekerja kepada majikan yang mendera kanak-kanak malang itu.
Pemuda ini mendedahkan rakaman video dan gambar yang diambilnya sewaktu dan selepas kejadian berlaku adalah sebagai bahan bukti untuk laporan polis.
“Kami terpaksa bawa Alia keluar untuk ambil gambar/rekod bukti untuk bantu siasatan dan mengukuhkan laporan polis. #justiceforalia” Tulisnya
Melihat di Instagram Stories Aqiel pula, pemuda ini bersyukur pihak polis memberi berkerjasama dengan baik untuk pihak Alia.
“Saya yang rakam video tu sendiri untuk bahan bukti report polis, alhamdulillah polis bagi kerjasama dengan baik untuk pihak Alia.” Coretnya
Pelaku Adalah Ibu Bapa Angkat
Murai MY meninjau pula di akaun TikTok Aqiel, pemuda ini baru saja memuatnaik penjelasan berkenaan kes penderaan Alia. Menurut Aqiel, bekas majikannya itu merupakan ibu bapa angkat kepada kanak-kanak perempuan tersebut.
Menurut Aqiel lagi, kejadian tersebut sering berlaku semasa waktu makan dan antara punca pasangan suami isteri tersebut bertindak ganas terhadap Alia adalah kerana lambat makan, tidak mahu makan ataupun sebab dah kenyang.
“Adakah saya yang merakam video tersebut? Jawapannya ya. Saya yang rakam video tersebut secara senyap-senyap tanpa pengetahuan majikan saya. Saya dan kawan-kawan saya empat orang duduk di rumah itu dan bekerja.
So, kami yang tak tahan bila kami duduk situ nampak Alia dipukul sebegitu setiap kali makan. Setiap kali makan ya. Bukan dipukul sebab nakal ke apa. Alia tu memang budak yang baik. Hampir setiap hari Alia hanya disebabkan makan lambat, taknak makan, kenyang.
So, saya dan kawan-kawan saya decide rakam video secara senyap-senyap apa yang telah terjadi untuk mendapatkan keadilan untuk Alia. Sebab Alia ni anak angkat dia. Dia ambil Alia tu bulan Februari tahun 2022.” Dedahnya
Murai mendoakan agar keadilan berpihak buat adik Alia dan pelakunya dijatuhkan hukuman yang setimpal. Syabas Aqiel, semoga dipermudahkan urusan.
Video,
Punca Sebenar Wanita Rambut Pink Pvkul Budak Dengan penyapu Di Dedahkan
POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menahan dua individu yang dikaitkan dalam kes dera seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun.
Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Zaid Hassan, mngsa juga telah diselamatkan selepas pihaknya menerima satu laporan pada awal pagi Jumaat.
“Pada 22 Julai 2022 jam 12.14 tengah malam pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang menerima satu laporan berkaitan kes penderaan dan menceder4kan kanak-kanak dan satu siasatan telah dijalankan.
“Selepas menerima laporan berkenaan, Polis Kajang pada 22 Julai 2022 jam 2.30 pagi telah bertindak menyelamatkan mngsa dan telah membuat tangkapan ke atas seorang perempuan Melayu dan seorang lelaki warganegara Singapura di sebuah rumah di taman perumahan Beranang, Selangor.
“Suspek berumur lingkungan 28 hingga 30-an. Tahanan reman dibenarkan selama tujuh hari sehingga 28 Julai 2022. Mangsa telah dibawa ke Hospital Kajang untuk rawatan, doktor mengesahkan mngsa mengalami keceder4an di beberapa bahagian badan,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Menerusi video yang dikongsi menerusi TikTok dan Instagram pada Jumaat pagi, wanita itu bertindak memukul kanak-kanak perempuan berkenaan dengan sebatang penyapu.
Wanita itu turut meletakkan batang penyapu ke leher kanak-kanak itu atas sebab yang tidak dapat dipastikan.
Aksi wanita itu disaksikan oleh seorang lagi wanita yang duduk bersama kanak-kanak berkenaan di meja makan sebuah kediaman.
“Tolong gunakan kuasa viral netizen bantu Aqil. Justice for Alia, shame on you,” tulis pemilik akaun The Aqil 7.
Menurut Aqil, dia merupakan pemilik video itu dan kini sedang berada di balai polis untuk tindakan selanjutnya.
“Saya yang rakam video tu sendiri untuk bahan bukti laporan polis. Alhamdulillah polis bagi kerjasama dengan baik untuk pihak Alia.
“Saya akan jelaskan lebih lanjut lepas semua reda sebab sekarang saya dekat balai dan masih dalam siasatan.
“Saya harap sokongan anda semua dan doakan untuk kami berjuang demi Alia,” ujar Aqil di Instagram Story.
Menerusi komen di posting Instagram, Aqil berkata wanita itu merupakan ibu angkat kepada Alia yang baru sahaja menjaganya dalam tempoh kurang setahun.
Video itu meraih lebih 200,000 tontonan di TikTok dan turut dihujani pelbagai komen netizen di Instagram.
“Kenapa tak ada yang tolong weh. Tak ada ke yang berani selamatkan budak tu?
“Kurang ajarlah perempuan ni. Ingat duit boleh buat segalanya. Tolong la yang ada kuasa ambil tindakan.
“Kau sabar la orang tua, melingkup kat dalam kena balasan nanti,” tulis beberapa netizen.
Video seorang kanak-kanak dipukul dengan penyapu tular pada Jumaat pagi.
Tambahnya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku disebabkan mangsa tidak suka makan nasi dan suspek memaksa kanak-kanak tersebut untuk makan sehingga termuntah.
Mngsa merupakan kanak-kanak yang dikatakan hyper-aktif berusia anggaran empat tahun, merupakan anak kepada warganegara Indonesia yang mana kelahirannya tidak pernah didaftarkan dan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.
Kesan lebam pada kaki kanak-kanak itu.
“Mngsa telah diserahkan kepada suspek untuk dijaga sejak April 2022 kerana ibu kandungnya tidak mampu menjaganya. Mangsa dikatakan dipukul oleh pasangan tersebut menggunakan penyangkut baju, kayu penyapu dan kadang-kadang dicucuh dengan pemetik api,” ujarnya lagi.
Sumber: Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.