“Alahai Comelnya Cl0ud Sibuk Nak Jaga Bunga Ya”- Sekali Lagi Perkongsian Sheila Rusly Raih Perhatian Ramai

BERUNTUNG betul anak kepada pelakon Elisya Sandha iaitu Bunga ElHaq apabila mendapat seorang nenek yang sangat penyayang, siapa lagi kalau bukan pelakon, pengarah dan juga produser, Sheila Rusly.

Mana tidaknya, dalam satu perkongsian menerusi Instagram Sheila, isteri kepada pengarah Jinggo itu begitu asyik mendodoikan cucu sulungnya itu di balkoni rumah sambil menyanyikan lagu You Are My Sunshine yang telah diubah liriknya khas untuk si cucu.

Nampak begitu jelas Sheila sangat menyayangi Bunga sehingga caranya mendodoikan bayi itu menarik perhatian netizen. Rata-rata menyifatkan Bunga sungguh bertuah.

Bergelar cucu kepada Sheila Rusly pun dah beruntung, apatah lagi diberi kasih sayang sebegitu besar. Walaupun luaran Sheila nampak garang dan tegas, namun sebagai nenek, ketara sungguh sisi kelembutan ibu kepada dua orang anak itu.

“Masya-Allah. Alhamdulillah untung menantu dapat mentua yang penyayang dan prihatin. Kasih yang tidak berbelah bahagi. Semoga Bunga membesar dan menjadi anak yang solehah,” kata seorang netizen.

“Untung dapat menantu seperti mentua begini,” kata seorang lagi pengguna Instagram.

“Beruntung Bunga lahir dalam keluarga penuh kasing sayang,” kata seorang lagi pengikut Sheila.

Apa-apa pun Diva doakan semoga Bunga membesar dengan sihat dan cantik seperti ibunya nanti.

terdahulu,

“Saya mimpi nama bakal cucu ketika usia kandungan Elisya baru tiga bulan,” kata penerbit dan pelakon terkenal Sheila Rusly yang mana nama bakal cucu pertamanya diambil daripada mimpinya dan dipersetujui oleh menantu juga pelakon, Elisya Sandha.

Sheila, 51, berkata, dia juga orang pertama yang membelikan barang dan kelengkapan cucu perempuannya yang dijangka dilahirkan pada 16 Jun ini.

“Saya cakap pada Elisya, rasanya anak dalam kandungan adalah perempuan. Saya mimpi dia lahir dan dia perempuan dan terus bagi nama. Saya akan gunakan nama itu. Insya-Allah, nama itu akan dikongsikan Elisya dan suaminya selepas dilahirkan nanti.

Apabila dia lahir kelak, suasana lebih meriah. Saya orang pertama beli barang bayi, memang teruja dan gembira. Macam suami cakap, semoga Allah panjangkan umur saya, bagi saya peluang, nafas untuk saya tengok kebahagiaan rumah tangga anak-anak. Dapat pula tengok cucu. Allah hantar terlalu banyak kepada saya pada usia ini, saya rasa sangat bertuah dan bersyukur,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam masa sama, Sheila teruja apabila Elisya bakal menjalani proses berpantang di rumahnya.

“Kehadiran Elisya mengubah kitaran hidup saya. Lain bila ada suri dalam rumah. Saya ada kawan di dapur, ada orang yang saya boleh bercakap mengenai fesyen, masak dan apa saja boleh berkongsi dengan dia. Mungkin sebab minat kami sama, sebab itu kami sangat rapat.

“Apabila dia memilih untuk berpantang 44 hari dengan saya, saya terharu. Bukan semua orang nak dengan mak mentua kan. Insya-Allah akan turut ‘confinement lady’ atau penjaga pantang. Dia nak duduk dengan saya. Saya bangga juga, walaupun dia tak cakap selesa, tapi dengan keputusan itu saya dapat rasa dia selesa dengan saya, itu dah cukup buat saya,” katanya.

Shiela yang tidak dapat menahan sebak dan tangis ketika berkongsi perasaannya berkata, selama ini dia hanya menumpang kasih pada mereka yang ada anak atau cucu perempuan.

“Saya tak boleh kawal. Ini bukan berlakon, bukan saja-saja nak keluar air mata, air mata bukan boleh rancang nak keluar. Saya rasa sebak, sebab keluarga saya kecil, tidak ada anak perempuan. Macam saya cakap, bertahun-tahun saya menumpang kasih. Setiap kali pelakon bekerja dengan saya anggap mereka anak, mereka panggil saya mama, saya anggap macam anak sendiri.

“Bila Allah hantar bakal cucu perempuan, yang mungkin ambil alih tempat saya dan ambil aura, saya dapat rasakan. Walaupun masih dalam perut, saya selalu cakap pada Elisya, cucu saya ini akan ikut jejak langkah saya, saya tahu dia kuat,” katanya.

Elisya, 23, berkahwin dengan anak Sheila iaitu Uzair Haqimy, 26, pada 21 Ogos tahun lalu dijangka bersalin bayi perempuan pada 16 Jun ini.

“Cloud Pun Sibuk Nak Jaga Bunga Ya”- Sekali Lagi Perkongsian Sheila Rusly Raih Perhatian Ramai

Lihat video:

Sumber: Viral.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply