Selebriti popular, Nor Neelofa hampir mendedahkan wajah penuh anaknya, Muhammad Bilal dalam sebuah video.
Video yang dimuat naik ke Instagram(IG) Stories miliknya itu telah menjadi tumpuan selepas pemilik akaun peminatnya @lofa.world memuat naik kembali ke akaun IG mereka.
Dalam video itu, Bilal sedang menepuk meja dengan kedua-dua tangannya selepas dipercayai diberi makan.
“First fingger food! Habis dia penyek dengan tangan sado dia,” tulis isteri kepada PU Riz dalam video itu.
Menerusi video itu Neelofa hanya menutup wajah Bilal dengan gambar ‘sticker’ IG kecil tetapi dalam masa yang sama mendedahkan wajah ankanya lebih banyak dari biasa yang dikongsikan.
Dalam pada itu juga dalam video berkenaan jelas menampakkan rambut lembut bayinya berwarna keperangan.
Rata-rata mula memuji wajah Bilal yang dibayangkan seorang anak lelaki kacak.
“Nampak sipi-sipi pun dah handsome,” puji salah seorang pengikutnya.
“Rambut pun perang comel sangat,” kata salah seorang warga maya.
“Kulit macam mat salih,” komen salah seorang netizen.
Dengan video terbaharu itu, rata-rata turut mengatakan Neelofa seperti sudah tidak sabar menunjukkan wajah anak lelakinya.
“Macam Jayden masa kecil nampak dari tepi,” kata salah seorang warga net
“Neelofa tak sabar nak tunjuk sebenarnya,” komen salah seorang pengikutnya.
“Tak lama lagi penampakan Bilal akan muncul,” syak salah seorang netizen.
Tutup wajah Bilal, Neelofa elak anak kena kerumun… Risau kesihatan mental terjejas
TETAP dengan pendirian, selebriti terkenal Noor Neelofa menganggap mana-mana pihak yang mengkritik tindakannya menutup wajah anak seperti tidak mempercayai kewujudan penyakit ain.
Neelofa, 33, menjelaskan dia dan suaminya iaitu pendakwah Haris Ismail atau PU Riz tetap mahu mengutamakan kesihatan anak mereka, Muhammad Bilal biarpun dikecam netizen.
“Jika ada yang mempermainkan mengenai perkara itu, seolah-olah mereka main-mainkan kewujudan ‘ain’ la. Bukan mereka sindir saya sebenarnya.
“Malah hal itu di dalam hadis sahih pun sudah ada. Saya tidaklah arif sangat mengenai perkara ini, tapi perkara itu mungkin boleh melangkaui takdir.
Neelofa dan PU Riz masih tidak tunjuk wajah penuh anak mereka.
“Saya tetap akan buat (tutup wajah anak) walau orang kecam macam mana sekali pun, kami fikir mengenai kesihatan serta kesejahteraan anak,” kata Neelofa kepada mStar.
Bekas pengacara program MeleTOP itu ditemui di majlis pelancaran Disney X Naelofar Alice In Wonderland di IOI City Mall, Putrajaya, pada Khamis.
Bukanlah nak sorok atau tak mahu bagi orang tengok, tidak.
Sebelum ini, Neelofa mengakui dia lebih berhati-hati dan belum bersedia untuk berkongsi wajah penuh Bilal bagi mengelakkan penyakit ‘ain (gangguan yang disebabkan pandangan).
Dalam pada itu, Neelofa memberitahu dia juga mahu anaknya membesar seperti kanak-kanak lain dan akan berkongsi wajah putera sulungnya apabila tiba masa yang sesuai.
“Tunggu bagi dia besar sikit. Bukanlah nak sorok atau tak mahu bagi orang tengok, tidak. Kalau boleh saya mahu dia membesar seperti kanak-kanak normal yang lain.
“Beri masa dia untuk kuat sikit, barulah kita akan bawa dia keluar dan sebagainya,” ujarnya.
Neelofa akan kongsi gambar anak bila waktu sesuai.
Meski ada yang mengencam pendirian tersebut, terdapat segelintir yang menyokong apa yang dilakukan usahawan itu.
“Macam Elly Mazlein sendiri pernah berkongsi. Dia melihat anaknya lebih ceria dan gembira ketika di sekolah, orang tidak kenal dia anak siapa.
“Jadi ia untuk kesihatan mental kanak-kanak. Mungkin kalau pergi mana-mana, kena kerumun atau ambil gambar nanti kasihan pada mereka juga,” katanya lagi
Terdahulu, Neelofa dan PU Riz menyatakan pendirian mereka untuk tidak mendedahkan wajah anak mereka sehingga tiba waktu yang sesuai.
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.