Wanita selamba salam, laga pipi dengan penyampai anugerah di pentas… VIP di sebelah berundur ‘seram’ jadi mangsa ciuman

AKSI spontan ‘terlebih mesra’ seorang wanita naik ke pentas mencium pipi seorang lelaki sebanyak tiga kali selepas bersalam menjadi perhatian warga maya.

Pelbagai reaksi di media sosial dapat dilihat setelah video itu tular, malah tetamu di majlis itu juga terkejut dengan adegan tak disangka yang dilihat di depan mata.

Aimi Iylia Md Sani, 32, memperincikan semula kepada mStar mengenai kejadian pada majlis Muqmeen Group National Annual Award Presentation Night (MGNAAPN), awal Jun lalu.

“Malam tu saya terima beberapa anugerah untuk pencapaian yang diperolehi bagi agensi bumiputera Prudential, kumpulan Muqmeen.

“Kebetulan untuk penyampaian salah satu anugerah, abang saya punya giliran untuk sampaikan kepada penerima MDRT (Million Dollar Round Table) dan nama saya juga dipanggil.

“Abang saya merupakan salah seorang Pengurus Kanan Agensi jadi masa naik pentas saya salam dan cium laga pipi dengan dia seperti dapat dilihat dalam video tu… sampai terkejut VIP lagi seorang tu,” imbasnya yang senang disapa Aimi.

Bercerita lanjut, tindakannya pada malam itu disaksikan lebih daripada 2,000 tetamu yang hadir.

Malah Aimi yang merupakan ibu kepada seorang cahaya mata ini berkata, seorang pengurus lelaki yang berada pada posisi kiri dalam video tersebut turut terkejut melihat ‘adegan cium’ itu lalu spontan berundur, mungkin bimbang dirinya juga menjadi ‘mangsa’.

Menurut Aimi, semua adik-beradiknya merupakan perunding takaful Prudential yang sudah lama berkecimpung dalam bidang yang sama.

Aimi bersama tiga abangnya yang merupakan ejen takaful.

“Semua adik-beradik saya merupakan ejen takaful Prudential dan hubungan kami memang rapat.

“Kalau berjumpa memang salam peluk cium. Ini bukanlah kali pertama kami buat sedemikian. Jadi, bila saya naik pentas abang terus sambut seperti kebiasaan dia jumpa adik bongsu dia.

“Lagi dua orang atas pentas tu senior agency manager juga tapi mereka tak perasan saya. Tu yang mereka terkejut tiba-tiba abang peluk saya atas pentas. Salah seorang pengurus tu sampai melompat sebab terperanjat, tapi memang dia bergurau saja.

Saya baca komen tu ada yang bertanya-tanyalah siapa VIP tu siap ada buat andaian sendiri, kata tu suami, bapa juga ada kata business kronilah.

AIMI ILYIA

“Tetamu lain saya tak pasti pula apa respons mereka sebab ada yang tahu, ada juga yang tak tahu kami adik beradik. Dalam dewan tu memang dipenuhi dengan ejen seluruh Malaysia,” kata Aimi yang kini menetap di Kepong, Kuala Lumpur.

Mengenai video yang dimuat naik sehingga meraih lebih 1.5 juta jumlah tontonan di TikTok, ia telah dihujani pelbagai komen netizen.

Aimi memenangi beberapa anugerah pada majlis tersebut.

Rata-rata daripada mereka memberikan komen berbentuk gurauan malah ada juga yang masih tertanya-tanya apa sebenarnya berlaku.

“Lari VIP tu takut kena salam.

“Takut dia (VIP) kena cium juga.

“Ini yang dinamakan Megah Holdings. Tahniah anak papa. Terkejut VIP lain. Tak adalah gurau saja,” kata netizen di ruangan komen.

Jelas Aimi yang merupakan anak bongsu dari empat beradik, kejayaan dicapai pada malam tersebut merupakan berkat usaha dan dedikasinya sejak zaman pandemik lagi.

Majlis dihadiri lebih 2000 ejen pada malam tersebut.

“Lepas saja-saja kongsi video tu tak sangka pula viral. Saya baca komen ada yang tertanya-tanya siapa VIP tu siap ada buat andaian sendiri, kata itu suami, bapa… ada yang kata bisnes kroni. Tapi ada juga yang kenal saya dan mereka terangkan lelaki tu ahli keluarga saya.

“Tapi saya berjaya capai ini semua bukanlah sebab abang-abang saya yang bagi sales, semuanya hasil usaha sendiri approach kawan-kawan doktor, kenalan dan stranger. Tapi tak dinafikan abang-abang saya memang mentor dan guide saya hingga berjaya,” ujar Aimi.

Sumber:- mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply