Misteri Kehil4ngan Zalina, Polis R4mpas Laptop, Rakam Keter4ngan

SHAH ALAM: Polis mengesahkan kontraktor yang terlibat dalam kerja-kerja pengubahsuaian rumah milik Zalina Azman tidak terkait dengan kehilangan bekas personaliti TV3 itu selepas 20 keterangan diambil kira-kira dua minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, susulan siasatan tersebut, beliau mengenal pasti tiga kontraktor yang tidak mempunyai kaitan dengan kehilangan Zalina atau nama sebenarnya Zalina Shaharah Azman, 58.

Menurutnya, ketiga-tiga kontraktor berkenaan termasuk ketuanya memberitahu, kerja-kerja pengubahsuaian banglo Zalina di Seksyen 3 di sini bermula kira-kira setahun selepas rumah tersebut dibeli pada 2018.

“Tetapi kontraktor berbincang dengan Zalina, kemudian Zalina setuju dan bayaran dibuat secara berperingkat. Bayar ‘A’ selesai ‘A’, buat ‘B’ selesai B’, akhir sekali bayaran yang diterima (kontraktor) pada Ogos 2021, selepas itu Zalina kata sudah tak ada duit.

“(Kerja pengubahsuaian) boleh dikatakan dalam 60 peratus (siap), ada lagi 40 peratus yang belum disempurnakan sebab kalau ikut harga asal quotation, RM320,000 dan jumlah bayaran dijelaskan adalah RM165,000 (pertama), kemudian RM75,000, bermakna ada baki bayaran dalam RM60,000,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Mohd. Iqbal menambah, kali terakhir bayaran dibuat kepada kontraktor berkenaan adalah RM20,000 pada Ogos 2021 dan kerja tersebut dihentikan atas permintaan Zalina sendiri selepas memaklumkan kehabisan duit.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, polis menggeledah banglo Zalina sebanyak dua kali iaitu pada November 2021 dan awal Julai lalu, namun tidak menemui sebarang petunjuk dalam pencariannya.

Zalina dilaporkan hilang pada 29 November tahun lepas selepas anaknya Mikhael Norman, 33, gagal menghubungi ibunya itu, polis kemudian menguar-uarkan kehilangan wanita itu pada 19 Julai lalu.

Dalam pada itu, Mohd. Iqbal memaklumkan polis merampas beberapa barangan dari banglo tersebut termasuk dokumen dan sebuah komputer riba yang sedang dianalisis oleh pasukan forensik selepas melakukan pemeriksaan kali ketiga pada 28 Julai lalu.

“Kita tak mahu ada ketinggalan sebarang bukti, ada beberapa dokumen kita rampas dalam rumah tersebut, kita buat rampasan komputer riba untuk membuat analisis di makmal forensik kita. Saya tak boleh dedahkan perinciannya, sebab rampasan itu masih dalam siasatan kita.

“Kita periksa, ada laptop, kemudian itulah kita ambillah, kemudian habis. Kalau hendak cari tubuh pun memang tak ada sebab anjing pengesan pun memang tak jumpa jejak dekat rumah tersebut,” jelasnya.

Berselerak & Tidak Terurus, Ramai Terkejut Lihat Keadaan Rumah Zalina Azman
Hasil tinjauan media di kediaman Zalina atau nama sebenarnya, Zalina Shaharah Azman mendapati rumah bekas personaliti tersebut berada dalam keadaan berselerak dan tidak terurus seperti sudah ditinggalkan beberapa bulan.

Mari kita lihat foto keadaan kediaman Zalina yang sempat dirakam oleh IMPIANA menerusi paparan Buletin Utama, TV3, pada Selasa.

Manakala, keadaan pagar rumah di kediamannya pula seperti masih dalam pembinaan.

Dalam pada itu, media melaporkan barang kepunyaan mangsa seperti kad pengenalan, kad kredit, kunci kereta dan wang tunai sebanyak RM600 masih berada di kediamannya.

Lantas, paparan rakaman video yang memaparkan keadaan kediaman milik Zalina telah mencuri perhatian dan pelbagai reaksi wargamaya.

“Seramlah kes Zalina Azman ni, tengok rumah dia pun dah macam qualified untuk shooting found footage horror movie. How on Earth someone could vanish just like that,” tulis seorang wargamaya.

“Tgk keadaan rumah mnyeramkn seperti dia tkprnh tinggal disitu atau dtg jengok sesekali. Mngkin dia ada rumah lain..mngkin dia hilang ingatan kluar rumah tnpa bwk kereta dn dokumen diri..pelik juga,” tulis lagi netizen lain.

20 November kali terakhir telefon bimbit aktif
Kali terakhir telefon bimbit bekas pembaca berita TV3, Zalina Shaharah Azman atau dikenali sebagai Zalina Azman, dikesan aktif adalah pada 20 November tahun lalu, empat hari sebelum anak lelakinya cuba membuat panggilan kepada wanita itu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata menerusi semakan dan siasatan dibuat, pihak polis berpendapat berkemungkinan Zalina hilang lebih awal daripada tarikh yang dilaporkan.

“Kalau anaknya tidak cuba telefon, kita pun tidak tahu dia hilang. Berkemungkinan Zalina telah hilang lebih awal, tapi tidaklah awal sangat sebab kita sudah semak dan pada 20 November didapati telefonnya telah dimatikan (tiada rekod panggilan keluar atau masuk).

Mohd Iqbal berkata, keadaan rumah Zalina Shaharah yang didapati tidak tersusun adalah disebabkan kediaman itu sedang dalam proses pengubahsuaian untuk menjadi sebuah galeri.

Sementara itu, dalam kenyataan beliau berkata, polis kini sedang mengesan pekerja yang pernah melakukan kerja pengubahsuaian bagi membantu siasatan kes kehilangan bekas personaliti televisyen itu.

“Kita masih menjalankan siasatan, kini sedang mengesan pekerja-pekerja yang terlibat dalam pengubahsuaian kediaman itu (rumah Zalina) yang mungkin boleh membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata setakat ini, seramai enam individu telah dipanggil dan dirakam keterangan sejak laporan polis mengenai kehilangan itu dibuat.

Sebelum ini, Mohd Iqbal dilapor berkata, Zalina dipercayai masih berada di dalam negara susulan tiada pergerakan keluar membabitkan wanita itu yang dikesan pihak berkuasa setakat ini.

Pihak polis menerima laporan mengenai kehilangan itu daripada anak lelaki Zalina Shaharah, Mikhael Norman, 33, pada 29 Nov tahun lepas yang cuba menghubunginya sejak 24 Nov 2021 bagi memaklumkan datuk pengadu telah dimasukkan ke hospital, namun wanita itu tidak dapat dihubungi.

Sumber: Bernama

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply