INI KATA KATA AKAK AIR BUAH VIRAL SELEPAS DIA SUDAH TIDAK LAGI DUDUK DEPAN TAPI HANYA DUDUK DI DAPUR

Pelayan restoran menjual air buah dikenali sebagai Darlene yang pernah mencetuskan kontroversi selepas dipeluk pelanggan lelaki menganggap kejadian yang berlaku pada bulan lalu menginsafkan dirinya.

Darlene, 31, berkata, disebabkan kejadian tular itu, dia kini lebih berhati-hati sewaktu be­kerja bagi mengelak insiden sama berulang pada masa hadapan.

adil kerana hanya saya dicemuh dan dikenakan tindakan perunda­ngan,” katanya ketika ditemui Kos­mo! di restorannya di Kampung Saujana di sini kelmarin.

Menurut Darlene, tindakan undang-undang juga harus dikenakan ke atas pelanggan lelaki yang memeluknya.

Mengulas lanjut, wanita itu memberitahu, bagi mengelak sebarang kontroversi, dia lebih ba­nyak melakukan kerja di bahagian dapur dan kaunter bayaran.

“Saya bimbang jika ada pihak yang tidak bertanggungjawab merakam gambar saya melayan pelanggan secara curi-curi sehingga menimbulkan salah faham di kemudian hari.

Lagipun kes sebelum ini yang disiasat Jabatan Hal Eh­wal Agama Islam Terengganu (JHEAT) masih berjalan dan dijangka di­sebut di Mahkamah Syariah Kuala Terengganu pada bulan hadapan,” katanya.

Begitupun, Darlene tetap bersyukur kerana operasi perniagaannya yang popular dengan air buah dan masakan panas tidak terjejas dan masih dipenuhi pe­langgan seperti biasa.

Kosmo! pada 5 Julai lalu me­laporkan sebuah video memaparkan dua pelanggan lelaki memeluk bahu dan pinggang pelayan restoran wanita tular dalam media sosial sekali gus mengundang kecaman masyarakat.

Susulan kejadian tular itu, JHEAT menyerbu premis tersebut dan menjalankan siasatan mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001.

Siasatan awal JHEAT mendapati premis makanan itu berada dalam pemerhatian pihak berkuasa itu ekoran dakwaan perlakuan kurang sopan melibatkan wanita terbabit.

Terdahulu,

VIDEO tular memaparkan aksi tidak sopan sekumpulan pelanggan lelaki yang bergambar mesra dengan seorang pelayan wanita mengundang kemarahan ramai di media sosial.

Lebih parah, pelayan wanita yang bertudung itu selamba membiarkan dua lelaki merangkul pinggul serta bahunya ketika bergambar.

Malah, mereka juga kelihatan ketawa sesama sendiri, seolah-olah tidak malu dengan perbuatan yang dilakukan secara terbuka di kedai berkenaan.

Untuk rekod, pelayan wanita itu pernah tular beberapa tahun lalu kerana aksi tidak sopan ketika melayan pelanggan di kedainya.

Wanita bertudung itu juga sering memakai pakaian ketat sehingga menunjukkan bentuk payudaranya dengan jelas.

“Aku ni baik tu tak lah. Tapi mengucap panjang juga tengok video ni. Perempuan tu famous sebelum ni sebab suka tayang aset dia dekat media sosial.

“Dia ada kedai jual air buah. Tu kedai dialah tu. Kau tengoklah lelaki-lelaki yang datang tu buat apa dengan dia. Dunia makin parah,” tulis @Anepppppppppp yang berkongsi video itu ke Twitter.

Rakaman berkenaan sehingga kini meraih lebih 600,000 tontonan dan dihujani dengan pelbagai kecaman netizen.

Malah, rata-rata netizen turut mengecam sikap murahan pelayan berkenaan yang dipercayai berniaga di sebuah kedai di negeri Terengganu.

Pernah pergi minum kat situ. Masa tu tak tahu. Tengok kak tu ambil order, kami yang perempuan pun naik segan.

PELANGGAN

“Tengok perempuan tu geli, tengok lelaki tu semua lagi geli, kalau isteri mereka tengok mesti sedih.

“Boleh jamin yang bergambar dengan perempuan ni yang dah kahwin, maybe ada anak.

“Mana maruah dia? Tayang sana sini badan dia tapi bertudung. Dibiarkan ramai lelaki pegang-pegang dia. Seramnya.

pelayan2

Tangkap layar video tular itu.

“Selekehnya, monyet pun tak menggeletis macam tu. Tapi perempuan tu rela je,” tulis beberapa netizen.

Dalam pada itu, seorang lagi individu yang pernah berkunjung ke kedai tersebut turut meninggalkan komen pada posting berkenaan.

“Allah la. Pernah pergi minum kat situ. Masa tu tak tahu. Tengok kak tu ambil order, kami yang perempuan pun naik segan.

“Bila sembang dengan orang kawasan situ, mereka cakap tu port laki gatal. Tu la first dan last kami pergi,” tulis @ReikaAtikah.

Dalam pada itu, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) kini sedang menjalankan siasatan berhubung video tular di kedai tersebut.

Memetik laporan Harian Metro, Pesuruhjaya JHEAT M Rozi Bidin berkata, pihaknya akan melihat tindakan yang boleh diambil mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001.

“Premis (kedai makan) ini memang dalam pemantauan kita sebelum ia tular lagi dan dakwaan mengatakan JHEAT tak beri perhatian… itu tak betul sebab premis ini sedang dalam pemantauan.

“Kita tak akan biarkan benda-benda atau perkara yang tidak baik, perlakuan tak senonoh dan kita akan tengok mengikut bidang kuasa yang ada.

“Tiada kompromi dalam hal sebegini kerana ia bukan hanya mencemarkan agama Islam itu sendiri tetapi bertujuan membendung gejala atau kelakuan tidak bermoral dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Sumber :- K! Online

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

 

Be the first to comment

Leave a Reply