Anak perempuan Najib Razak, Nooryana Najwa hari ini berikrar untuk terus berjuang sehingga “keadilan ditegakkan”.
“Mungkin perjuangan kita belum cukup kuat. Mungkin kita letakkan kepercayaan penuh terhadap sistem keadilan kita.
“Mungkin kita percaya sepenuh hati kepada perjuangan dan matlamat kita, jadi kita tetap melawan selama empat tahun ini.
“Namun anda tidak dapat keadilan hari ini atau ada peluang untuk menang.
“Namun ‘bossku’ tidak berakhir di sini,” katanya di Instagram petang tadi.
Nooryana berkata dia, ibunya Rosmah Mansor dan adik-beradiknya tidak akan berhenti sehinggalah Najib pulang ke pangkuan mereka.
“Kami cukup bangga dengan kekuatan ayah.
“Saya akan pegang kata-kata hikmah ayah kepada saya setiap hari, ‘mereka boleh kawal segalanya tetapi mereka tak boleh kawal kekuatan minda dan emosi anda’…
“Terus cekal, Allah bersama ayah. Sentiasa bersama…,” katanya lagi.
Najib Tinggal Masej Di Atas Meja
Berikut pula nota terakhir yang di tinggalkan oleh Najib, yang di jumpai oleh anak beliau di atas meja
“Keluargaku,
“Anak cucuku.
“My family. My love.
“Dari tahun 1976 Daddy mula aktif dalam politik dan perkhidmatan awam sepenuh masa.
“Ke hari ini, 46 tahun lamanya.
“46 years is a long time.
Daddy memilih mewarisi legasi nenda, meneruskan usaha nenda.
Daddy memilih kerja.
Dunia politik dan perkhidmatan awam ada kelebihan dan kekurangannya.
Merancang pembangunan.
Menggubal dasar kebajikan.
Mengurus ekonomi.
Mengukuhkan hubungan antarabangsa.
Menyelesaikan krisis.
Cabaran-cabaran ini dengan hasilnya yang baik membawa senyuman kepada Daddy.
Adakalanya hasil yang diharapkan tidak sebaik yang diinginkan. Tetapi cuba lagi dan lagi.
Melihat kembali, ia satu pengorbanan besar.
Tahun-tahun dan masa-masa yang ada datang dan berlalu begitu sahaja.
Dari subuh ke larut malam, ada saja urusan yang perlukan perhatian.
“Masa makan pun bermesyuarat, berjumpa tetamu, tidak bersama you all.
“My years have gone by dedicated to people, public service, politics.
“A sacrifice I chose and I made.
“A journey that was joyous with your presence but unfortunately I overlooked and could not always be there for you.
“Satu perjalanan yang sedih sekali diserikan dengan kehadiranmu tetapi tidak terbalas oleh Daddy.
“My family. My love.
“Setakat ini sahaja yang Daddy dapat bersama.
“Daddy pegang teguh kepada ajaran agama Islam.
“Jika ditakdirkan ini perjalanannya dan dugaan Allah SWT.
“Apalah daya Daddy manusia dan hambaNya.
“Menanti keadilan dan penghakiman di mahkamah akhirat.
“Di dunia kita hidup sementara, dibangkitkan di akhirat, bersama-sama nanti kita bahagia semula di sana.
“Semoga Allah SWT melindungi dan merahmati keluarga kita sentiasa dengan kesihatan dan kesejahteraan berpanjangan.
“Love you all.
“Daddy
“(Mesej yang ditinggalkan daddy atas mejanya untuk kami sekeluarga)
Keputusan kes Rosmah 1 Sept ini
Dalam pada itu, Nasib ibunya, Rosmah pula akan diketahui pada 1 September ini apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menyampaikan keputusan terhadap perbicaraan rasuah berkaitan projek tenaga solar di sekolah pedalaman Sarawak berjumlah RM1.25 bilion.
Terdahulu hari ini, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap Najib berhubung kes SRC International berjumlah RM42 juta.
Dia dihukum penjara 12 tahun dan denda RM210 juta. Jika gagal menjelaskan denda tersebut, hukuman penjara akan ditambah lima tahun lagi.
Selepas mahkamah menyampaikan keputusannya, Najib terus dibawa ke Kompleks Penjara Kajang
Jatuh bangun Najib: Dari puncak kuasa ke penjara
Najib Razak, anak sulung kepada Tun Abdul Razak Hussein menggantikan Almarhum bapanya sebagai ahli parlimen Pekan pada 1976. Ketika itu dia baru berusia 23 tahun.
Bermula dari situ, dia dipersiapkan dan ditakdirkan untuk memegang jawatan tertinggi dalam pentadbiran negara.
Dia menjadi menteri besar Pahang ketika berusia 29 tahun. Dia memegang jawatan itu sehingga 1986 apabila perdana menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad melantiknya menjadi menteri kebudayaan, belia dan sukan.
Dia terus mendaki hirarki Umno dan kerajaan, memegang pelbagai kementerian kanan sebelum menjadi timbalan perdana menteri pada 2004.
Ketika itu, dia dikaitkan dengan pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu namun siasatan polis membersihkannya daripada sebarang penglibatan.
Pada 2009, Selepas Abdullah Ahmad Badawi dipaksa berundur susulan prestasi buruk BN dalam PRU 2008, Najib menjadi perdana menteri – dengan restu Mahathir – di usia 56 tahun.
Najib melakukan pelbagai usaha untuk meraih keyakinan rakyat dengan meletakkan dirinya sebagai seorang pemimpin inklusif dan liberal. Ia termasuklah dengan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) – satu tindakan yang mengundang kemarahan Mahathir.
Namun, walau dengan segala usaha itu, BN masih mengalami kekalahan teruk pada PRU2013 walau masih kekal sebagai kerajaan.
Pada 2015, skandal 1MDB pun meletup. Skandal itu mengubah seluruhnya nasib politik Najib dengan PRU 2018 menjadi kemuncaknya. BN buat pertama kali tewas dalam pilihan raya umum dan Mahathir kembali menjadi perdana menteri untuk kali kedua.
Jalan ke penjara
Pada 3 Julai 2018, dua bulan selepas PRU bersejarah itu, Najib ditahan polis.
Sehari kemudian, dia dibawa ke mahkamah dan dihadapkan dengan tiga pertuduhan pecah amanah jenayah dan satu pertuduhan salah guna kuasa berhubung dana RM42 juta SRC International.
Pada 8 Ogos, tiga lagi pertuduhan pengubahan wang haram dihadapkan kepadanya.
Mohd Nazlan Mohd Ghazali, ketika itu hakim Mahkamah Tinggi, mendengar kes tersebut yang bermula pada 3 April 2019 sehingga 11 Mac 2020, dengan 86 saksi dipanggil untuk memberi keterangan.
Seperti pendengaran kesnya yang lain, pendengaran kes ini ditangguh beberapa kali atas sejumlah sebab, termasuk jangkitan Covid-19 dan pernah sekali peguamnya, Muhammad Shafee Abdullah tidak dapat hadir ke mahkamah kerana cedera akibat digigit anjingnya.
Pada 28 Julai 2020, bekas perdana menteri itu didapati bersalah terhadap semua pertuduhan, dan dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.
Jika dia gagal melunaskan denda itu, hukuman penjara terhadapnya akan ditambah lima tahun lagi.
Namun, mahkamah membenarkan permohonannya agar hukuman ditangguhkan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.
Pada masa sama, dia kekal aktif dalam politik dan menjadikan media sosial sebagai medan utamanya untuk menyerang dan menyindir pembangkang dan malah berkempen untuk pilihan raya.
Pada 8 Disember 2021, dia menerima satu lagi “tamparan” apabila panel tiga hakim Mahkamah Rayuan selepas prosiding selama 15 hari menolak rayuannya dan mengekalkan sabitan dan hukuman terhadapnya.
Ketika itu, timbalan pendakwa raya V Sithambaram berkata keputusan itu telah membersihkan Nazlan, yang dipalitkan dengan dakwaan dan kritikan daripada pihak Najib.
Belum selesai buat Najib
Najib kemudian memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi pada hari sama. Dia juga sekali lagi mendapat penangguhan hukuman yang membolehkannya terus melibatkan diri dalam politik negara.
Pada 10 Jun lalu, Najib memfailkan usul untuk mendapatkan perbicaraan semula dengan mengemukakan bukti baru bagi menunjukkan Nazlan, kini bertugas sebagai hakim di Mahkamah Rayuan, perlu menarik diri daripada mendengar kesnya atas dakwaan konflik kepentingan.
Pada minggu lalu, Mahkamah Persekutuan menolak permohonannya untuk mengemukakan bukti baru. Peguam baru Najib juga gagal mendapat penangguhan pendengaran selama beberapa bulan, atas dasar mereka perlukan masa untuk membuat persediaan.
Susulan itu, Najib mengeluarkan kenyataan berkenaan bagaimana haknya untuk kebebasan dan mendapat perbicaraan yang adil telah dinafikan.
Pada 21 Julai lalu, permohonannya untuk menggunakan khidmat peguam diraja United Kingdom (UK) juga gagal apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan peguam tersebut, Jonathan Laidlaw untuk mewakili Najib.
“Saya dapati tiada bukti menunjukkan Laidlaw ada lebih banyak pengalaman berbanding peguam di Malaysia. Saya berpadangan peguam tempatan mampu untuk mengendalikan kes seperti ini di semua peringkat mahkamah di Malaysia.
“Ini tidak mengabsahkan keperluan agar Laidlaw diterima atas dasar ad hoc selaku ketua pasukan pembelaan untuk rayuan di Mahkamah Persekutuan,” kata hakim.
Namun, mimpi ngeri Najib di mahkamah belum berakhir.
Dia kini masih dibicarakan atas empat pendakwaan berkaitan menggunakan kedudukannya untuk mendapat rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram untuk jumlah yang sama.
kredit: fb najib razak, mkini
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.