“Silakan Sayang..” Penyampai Berita ‘Gugup’ Sampai Tersasul Depan TV, Rupanya Ini Hubungan Mereka Berdua

Apabila kita melangkah ke alam pekerjaan, dah jadi satu kelebihan apabila kita dapat bekerja di satu tempat yang sama bersama pasangan kita.

Bukan sahaja boleh berjumpa setiap masa, bahkan banyak perkara boleh kita jimatkan tau seperti pergi dan balik ke pejabat bersama-sama, makan bersama-sama dan macam-macam lagi.

Penyampai berita sampai tersasul sebut sayang?

Tular di Tiktok, satu video memaparkan keadaan pembaca berita yang merupakan pasangan suami isteri, Nazrie Fahmie dan Samsia Samsi yang berpeluang bertugas bersama-sama secara langsung.

Nazrie yang merupakan penyampai berita utama pada sesi tersebut perlu menyerahkan tugas kepada isterinya, Samsia untuk menerangkan satu laporan dengan lebih terperinci.

Namun, apa yang menarik perhatian netizen ialah Nazrie seakan-akan tersasul menyebut ‘silakan sayang’ ketika menyerahkan tugas tersebut kepada isterinya.

Cuma tersasul nama sahaja

Akan tetapi, Samsia menjelaskan bahawa Nazrie tidaklah menyebut perkataan ‘sayang’ seperti yang disangka warganet.

Difahamkan, suaminya itu tersilap menyebut namanya sahaja kerana terlalu gementar selapas diusik rakan-rakan lain kerana bertugas bersamanya.

Video cuit hati netizen

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut disamping ada juga yang mengatakan bahawa pasangan penyampai berita ini begitu serasi bekerja bersama.

 

Nasib awak tak cakap terima kasih abang…Mesti kalau ada selisih faham manja tenang je kan, suara halus

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen akui seakan-akan terdengar panggilan sayang pula dalam rakaman tersebut. Dalam pada itu, ramai yang teruja selain tidak menyangka kedua-dua pembaca berita ini adalah pasangan suami isteri. Belum pun 24 jam dimuat naik, video berkenaan telah pun meraih lebih 1 juta jumlah tontonan.

BERTEMU JODOH DI ANGKASAPURI – NAZRIE FAHMIE & SAMSIA SAMSI SELAMAT DIIJAB KABUL [4 MAC 2018] - YouTube

 

Dapat Peluang Baca Berita Dengan Isteri, Penyampai Tersasul - “Silakan Sayang”? 3

 

Dapat Peluang Baca Berita Dengan Isteri, Penyampai Tersasul - “Silakan Sayang”? 4

Kredit: TikTok samsiasamsi | OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply