Pelakon dan pengarah, Ellie Suriaty mengakui anak-anak bimbang apabila bekas suaminya Azri Iskandar sering terpalit dengan dakwaan terkena ‘love scam’.
Menurut laporan BH Online, anak-anaknya prihatin kerana Azri sudah berpuluh tahun menapak dalam industri melalui jatuh bangun sebagai anak seni
“Saya tidak boleh cakap banyak sebab sudah menjadi orang luar dalam hidupnya. Dahulu, saya duduk dengan Azri, bercakap dan menyelesaikan masalah.
“Namun, sekarang saya adalah orang luar, saya tak boleh buat sebegitu. Azri juga sudah ada insan lain dalam hidupnya.
“Tetapi, anak-anak tetap ada hak untuk memeriksa kerana ia berkaitan dengan bapa mereka. Takkan pula saya tidak menghiraukan apabila anak-anak bercakap mengenai bapa mereka,” katanya.
Pemilik nama Ellie Suriaty Omar itu berkata, dia enggan bersikap seolah-olah tidak kisah apabila anak-anak meluahkan isi hati mereka.
Saya melakukan ini untuk kebaikan anak-anak
“Saya tak mahu kembali pada Azri, tetapi saya melakukan ini untuk kebaikan anak-anak. Kami sudah berpisah, tetapi saya tidak mahu Azri diperdayakan.
“Bukan selepas berpisah saya mahu ‘padankan’ muka Azri apabila diperdayakan. Saya hidup selama 19 tahun dengan Azri, pastinya saya ada perasaan simpati.
“Walaupun bercerai, saya tidak mahu hidup Azri jahanam. Azri nak kahwin, saya doakan yang terbaik dan mendapat wanita lebih baik dari saya.
“Sebab saya tidak sempurna, banyak kekurangan, tetapi saya terima kekurangan itu,” ujarnya.
Untuk rekod, pasangan itu menjalani rumah tangga selama 19 tahun sebelum berakhir dengan penceraian pada 17 Mei lalu.
Selepas beberapa hari berpisah, Azri mendedahkan bakal berkahwin dengan seorang penulis skrip, komposer dan novelis bernama Dr Azra Diera Abdul Hamid.
Namun begitu, identiti wanita berkenaan masih belum diketahui dan tiada sebarang maklumat mengenainya di internet.
‘Tunggu kami kahwin saja lah’ – Azri Iskandar
Azri Iskandar mengesahkan dia sudah bertunang dengan kekasihnya yang juga penulis skrip, Dr Azra Diera, 43, di Kangar, Perlis pada 29 Jun lalu.
Azri, 54, ketika dihubungi berkata, dia kini dalam fasa bahagia menjalani hubungan itu selain sudah merancang untuk berkahwin.
“Perancangan nak kahwin mestilah jadi. Kami sedang dalam fasa gembira sebagai pasangan yang sudah bertunang sekarang. Kami bertunang pada 29 Jun lalu di kediaman keluarga Azra di Kangar, Perlis.
“Kami akan bernikah di Kangar juga dan majlis di sini pun ada. Cuma, tarikh saja belum ada lagi. Mungkin masa cuti sekolah akan datang, insya-Allah,” katanya kepada Harian Metro.
Ditanya mengenai dakwaan mengatakan dirinya terkena ‘love scam’, Azri juga pelakon drama Cinta Hilang Kata yang ditayangkan di saluran Astro Prima menafikan perkara itu.
“Kepala otak mereka yang ada elemen scam. Hati tak baik, boleh ‘blah’,” katanya.
Dalam masa sama, Azri memohon maaf kerana tidak boleh berkongsi gambar majlis pertunangannya bagi menghormati permintaan keluarga Azra.
“Maaf, Ara (Azra) dan keluarga tak izinkan. Tunggu kami kahwin saja,” katanya.
Sumber: Gempak
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.