Pelakon Puteri Sarah, 37, menyifatkan lakonannya dalam drama Sabarlah Duhai Hati di TV3 tahun lalu menjadi langkah permulaan dirinya sebagai pelakon semakin dikenali dan terus mendapat tempat dalam industri hiburan. Puteri Sarah berkata, selama bertahun-tahun menjadi pelakon sebelum ini, baru sekarang bakatnya benar-benar orang lihat dan tidak lagi hanya dilabel tampil cantik saja.
“Selepas enam tahun berehat lama, dari tahun lepas sampai sekarang, Alhamdulillah saya sangat aktif berlakon. Sejak drama Sabarlah Duhai Hati di slot Akasia TV3 bersama Amyra Rosli dan Saharul Ridzwan itu, baru orang nampak (bakat lakonan). “Selama ini, rupanya orang nampak Sarah cantik saja. Saya sebenarnya memang nak orang nilai dan terima bakat lakonan saya.
Alhamdulillah, peluang saya berlakon Ayat Dari Langit dengan Rashid Sibir itu, orang semakin nampak lagi. “Jadi, sekarang saya nak kembangkan bakat lakonan ini dan tiba-tiba ada rezeki untuk berlakon teater pula dan memang saya nak. Walaupun mulanya saya terfikir ingin berehat dari kerja seketika,” katanya. Puteri Sarah berkata, sejak pulang dari mengerjakan umrah Mei lalu, hingga kini dia tidak putus-putus mendapat tawaran berlakon.
TONTON KLIP PENUH
“Tawaran berlakon yang saya terima ‘back to back’ tak berhenti sampai sekarang. Alhamdulillah, rezeki anak-anak. Walaupun saya bercadang nak bercuti pada Oktober nanti, tapi ada rezeki teater pula,” katanya. Puteri Sarah bakal terbabit dalam teater Maduku Terpaling Kalut yang sudah memulakan latihan sejak 1 September lalu yang turut dijayakan Azrel Ismail, Anna Jobling dan ramai lagi.
Puteri Sarah Aman Penyondol Tak Boleh Ganggu Hidupnya
Didakwa menganggu rumah tangga pelakon Puteri Sarah dan suaminya, pengarah Syamsul Yusof, Ira Kazar dipanggil ke pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
Memetik Kosmo, Puteri Sarah mengesahkan anak kepada pelakon veteran Kaza itu sudah dipanggil oleh Jawi untuk memberi keterangan minggu lalu.
Menurut Puteri Sarah lagi, pihaknya tahu tentang perkara itu namun tidak dimaklumkan lebih terperinci mengenainya serta meluahkan rasa syukur segalanya berjalan lancar.
“Saya hanya boleh sahkan ketika ini, dia sudah beri keterangan kepada pihak Jawi minggu lalu. Urusan kes ini akan ambil masa panjang dan masih lagi dalam siasatan tetapi saya syukur semuanya berjalan dengan baik,” katanya.
Mengharapkan kemenangan berpihak kepadanya, Puteri Sarah turut meluahkan rasa lega kerana kes tersebut menunjukkan progres meskipun perlu menunggu lama.
“Saya lega kes ini berjalan dengan baik dan harap ada kemenangan. Semua ini dilakukan demi saya dan anak-anak.
“Ada dua aduan dibuat iaitu satu di mahkamah syariah untuk dakwaan orang ketiga, manakala di mahkamah sivil untuk dakwaan melakukan gangguan. Tak kisah menunggu lama tetapi asalkan semuanya berjalan, alhamdulillah,” katanya.
Ditanya adakah dia masih diganggu pihak ketiga, Puteri Sarah mengatakan hidupnya kini aman kerana tiada lagi gangguan.
“Setakat ini tidak ada lagi gangguan yang saya terima memandangkan pihak sana sudah menerima arahan injuksi. Sekarang hidup saya lebih aman dan tenang,” katanya.
Sumber :- Hmetro
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.