“Saya masih hidup,” demikian kenyataan Raja Gelek Malaysia, Datuk M Daud Kilau berhubung penyebaran berita palsu mengenai kematian yang tular, hari ini. Menerusi rakan baik, Syed Yusof Wafa Syed Nordin, penyanyi legenda itu memberitahu mengetahui penyebaran berita palsu berkenaan selepas isterinya, Datin Rohani Awang Ngah menerima ucapan takziah daripada teman-teman.
Syed Yusof Wafa berkata, dia baru saja pulang menziarahi Daud di Hospital Teluk Intan, Perak, petang ini. “Beliau memaklumkan kepada saya, isterinya menerima panggilan telefon tak henti-henti daripada rakan untuk mengucapkan takziah. “Alhamdulillah, keadaan beliau semakin baik dan beransur pulih,” katanya. Percaya dengan kuasa doa, Syed Yusof Wafa menyampaikan pesanan penyanyi lagu evergreen, Sirih Pinang dan Cek Mek Molek itu.
“Beliau mengharap peminat mendoakan agar kesihatan segera pulih dan juga kesejahteraannya,” katanya. Sebagai bukti, Wafa turut mengirimkan beberapa gambar keadaan terkini penyanyi veteran termasuk video menyaksikan M Daud membuat panggilan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Profesor Dr Md Nasir Ibrahim.
Enam tahun lalu, Daud pernah menjadi mangsa penyebaran berita palsu apabila ada mendakwa sudah meninggal dunia. Bagaimanapun, Daud memaafkan penyebar berita palsu itu. terdahulu, PENYANYI terkenal Datuk M Daud Kilau kini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas dimasukkan ke Hospital Teluk Intan, Perak pada malam Rabu. Menurut anaknya, Ahmad Zaini, penyanyi berusia 84 tahun itu dimasukkan ke hospital
Beritahunya lagi, ketika sampai di hospital, pasukan perubatan turut melakukan Bantuan Pernafasan Kecemasan (CPR) kepada M Daud selepas jantungnya terhenti buat seketika “Pada pukul 2 pagi (Khamis), doktor mengesahkan ayah kritikal kerana paru-paru berair. “Kami juga telah memberi kebenaran kepada pihak hospital untuk melakukan CPR dan memasukkan tiub bantuan pernafasan selepas jantungnya terhenti seketika.
Sumber:- Metro
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.