Selebriti Wanita Yang Memiliki ‘Body Goal’.. No 5 P4ling Wow

Menjadi selebriti zaman sekarang tidak hanya bergantung pada bakat dan wajah semata-mata.

Penampilan yang menawan juga menjadi daya tarikan. Tak hairanlah kebanyakkan selebriti rela melakukan apa sahaja demi memiliki tubuh ideal.

Gara-gara punyai tubuh yang seksi, deretan selebriti Malaysia di bawah ini kerap dianggap sebagai ‘body goals-nya’ para wanita masa kini.

Gambar untuk korang 10 selebriti yang dirangkumkan. Mana satu korang rasa paling sesuai dilabel ‘Body Goal’…

1.Kila Fairy

1. Nama penuhnya, Syakila Nisa binti Jahangir Khan. Popular sebagai Kilafairy.

2. Dilahirkan pada 17 Mei 1992 di Kuala Lumpur kepada pasangan Rohana Jalil (ibu) dan Jahangir Khan (bapa).

3. Berusia 30 tahun.

4. Ibunya, Rohana Jalil yang juga pemilik nama sebenar Dara binti Abdul Jalil merupakan penyanyi veteren popular yang pernah dinobatkan juara Bintang RTM pada 13 Januari 1980. Antara deretan lagu hitsnya seperti Rayuanku, Naluri Cinta dan Jangan Main Mata.

5. Merupakan pelakon dan penyanyi yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2010.

6. Kemunculan sulungnya sebagai pelakon menerusi drama Mistik Alam Hitam yang bersiaran di kaca televisyen pada 2010, diikuti drama berkonsep muzikal berjudul Hotel Mania.

7. Lain-lain drama dibintanginya seperti Saiful Nita, Cinta Agra, Hanya Satu, Dan Hati Pun Berkata, Pengembaraan Jason Murad, Nafas dan Ajari Playboy Itu.

8. Termasuk telefilem Pengancam Perkahwinan, Beranak Dalam Kubur, Mencari Indah, Haji Rock, Mek Kelate, Gedebe dan Jodoh Ayam Golek Tergolek.

9. Pembabitannya di layar perak menerusi filem Karak, Hoore! Hoore!, Bo-Peng dan Blok 404.

10. Sebagai penyanyi yang memperjuangkan genre Pop dan R&B, dia pernah merakamkan single Pasti, Warna Cinta (duet bersama Aliff Aziz) dan Setia.

2.Izara Aishah

1. Pemilik nama penuh Izara Aishah binti Hisham. Nama komersialnya, Izara Aishah.

2. Kelahiran Kampung Bakar Batu, Johor Bahru, Johor pada 28 September 1992. Kini berusia 30 tahun.

3. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.

4. Anak sulung daripada tiga orang adik-beradik.

5. Bekas penuntut Sekolah Kebangsaan Seafield 3 dan Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Indah, sebelum meneruskan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Cochrane dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Hartamas.

6. Memiliki Diploma dalam jurusan Seni Persembahan daripada Universiti Sunway di Bandar Sunway, Selangor.

7. Merupakan pelakon dan model yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2011.

8. Bakatnya dikesan daripada pertandingan Dewi Remaja 2009/2010 yang meletakkannya di kedudukan naib juara. Turut bersaing dalam edisi program itu ialah pelakon Neelofa (juara), Anzalna Nasir, Syatilla Melvin, Azar Azmi dan Ramona Zamzam.

9. Antara drama dibintanginya seperti Keranamu Laila, Vanilla Coklat, Oh My English, Cinta Masam Manis, Jodoh-Jodoh Annisa dan Ombak Rindu The Series.

10. Termasuk telefilem Hantu Gigi, Alamak 7 Hari Lagi, Hajah Heathrow, Amnesia Pelamin Erina, Baby Bro dan banyak lagi.

11. Kemunculannya di layar perak, antaranya menerusi filem KL Zombi, Chikaro, Pilot Cafe, J Revolusi, Kau Yang Satu dan Balun.

12. Penglibatan dalam dunia teater menerusi pementasan Tok Rimau pada tahun 2005.

13. Pernah menjayakan iklan McDonald’s, Fair & Lovely, Burger King dan Veet.

14. Pemegang trofi Selebriti Harapan Pilihan di Anugerah Stail EH! 2012 dan Selebriti Paling Fotogenik di Anugerah Stail EH! 2017.

15. Mendirikan rumah tangga pada 17 November 2017 dengan anak tiri penyanyi Dato’ Sri Siti Nurhaliza iaitu Adib Khalid, yang juga merupakan anak kepada usahawan Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa.

3.Sharifah Sakinah

 

1. Pemilik nama penuh Sharifah Nurul Sakinah binti Syed Abu Bakar Al-Khaired. Dikenali sebagai Sharifah Sakinah.

2. Kelahiran Kuala Lumpur pada 28 Mei 1989.

3. Merupakan pelakon, pelawak dan pengacara yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2010.

4. Dua kakaknya juga merupakan anak seni iaitu pelakon Sharifah Norazleenda binti Syed Abu Bakar Al-Khaired atau Sharifah Haslinda / Lynn dan pelawak Sharifah Shahirah.

5. Mula menempa nama selepas membintangi sitkom Hotel Mania pada 2010.

6. Antara drama dibintanginya seperti Dottie, Ana Lu’lu, Benci Vs Cinta, Yem Rempit, Isteri vs Tunang, Girlfriend Aku Dari Neraka The Series, My Coffee Prince, Selafaz Cinta dan Voice Note.

7. Termasuk telefilem Bimbi & Bonnie, Kubur Berdarah, Kulit, Wau Kasih, Fatonah Azali, Rumah No. 10, Rumah Hantu Sakit Jiwa, Bini Aku Dari… dan banyak lagi.

8. Pembabitannya di layar perak menerusi filem Ular, Pekak, Kimchi Untuk Awak dan Rise: Ini Kalilah.

9. Pemegang trofi Artis Lawak Wanita Popular di Anugerah Lawak Warna ke-2 pada 2014.

10. Mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Alif Adha Jamil pada 28 Mac 2015 selepas mengikat tali pertunangan pada 2014. Mereka menyambut kehadiran cahaya mata bernama Anais Adha pada 24 Mei 2017.

11. Terlebih dahulu, dia menjalinkan hubungan cinta dengan Ahmad Albab yang juga anak sulung kepada pengarah Badaruddin Azmi dan Erma Fatima, bagaimanapun terputus di tengah jalan.

4.Ainul Aisyah

Nama penuh: Ainul Aishah binti Azizun

Nama popular: Ainul Aishah

Tarikh lahir: 16 April 1985

Umur: 33 tahun

Kelahiran: Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Malaysia

Pekerjaan: Pelakon, model dan ahli perniagaan

1. Anak kedua daripada empat adik-beradik.

2. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Multimedia Kreatif di Universiti Multimedia.

3. Berkawan rapat dengan pelakon Nadia Brian.

4. Asalnya merupakan seorang model yang akhirnya terjun ke bidang lakonan.

5. Lakonan pertamanya menerusi watak Siti Hajar dalam filem Nana Tanjung arahan sutradara A. Razak Mohaideen pada tahun 2006.

6. Diikuti filem-filem popular lain seperti Otai, Nana Tanjung 2, Histeria, Skrip 7707 dan Untuk 3 Hari.

7. Telefilem lakonannya ialah Surat Buat Bakal Isteriku, tidak terkecuali penampilan menerusi teater Putera La Galigo. Manakala antara drama dibintanginya seperti Spa Qistina, Cinta Balqis, Begitukah Cinta, Akadku Yang Terakhir, Lara Aishah dan Seribu Rindu.

8. Dicalonkan dalam kategori Pelakon Harapan Wanita menerusi filem Nana Tanjung di Festival Filem Malaysia ke-20 pada 17 dan 18 Disember 2007, membawa watak sebagai Awan.

9. Pernah suatu ketika iaitu sekitar tahun 2010, beliau menghilangkan diri daripada dunia hiburan kerana sibuk memberi fokus terhadap francais perniagaan keluarganya, Tutti Frutti sambil mendalami ilmu bisnes.

10. Manakala sejak 2013, beliau mula menguruskan perniagaan biskut A Cookies.

11. Kini, Ainul kerapkali berkongsi foto-fotonya bersenam di gim, sekaligus menarik perhatian ramai terhadap perubahan tubuhnya yang makin langsing.

12. Dalam pada itu, Ainul yang memiliki kulit gelap secara semulajadi itu mengakui berbangga dengan warna kulitnya, selain tidak pernah berhajat untuk melakukan rawatan pemutihan kulit.

5.Rozita Che Wan

1. Nama penuhnya, Rozita binti Abu Bakar. Mesra disapa Rozita Che Wan atau Che Ta.

2. Kelahiran Alor Setar, Kedah, Malaysia pada 9 Mac 1973. Kini berumur 49 tahun

3. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.

4. Selain pelakon, Che Ta memegang peranan sebagai model, ahli perniagaan dan pengacara.

5. Anak kedua daripada tujuh beradik. Adiknya, Ayu Raudhah juga merupakan pelakon.

6. Sebelum berkecimpung dalam arena seni, beliau berkhidmat sebagai pramugari selama tiga tahun di Penerbangan Malaysia (MAS) sejak 1992. Seterusnya terbabit dalam bidang peragaan selama enam bulan.

7. Bekas peserta Dewi Remaja 1993/94 meskipun menarik diri di peringkat akhir kerana tuntutan kerja.

8. Ibu kepada dua cahaya mata lelaki, Ammar Effendy, 18, dan Aniq Ezzra, 16, hasil perkongsian hidup dengan juruterbang MAS, Azuar Effendy Zulkaply pada 26 Ogos 1995, sebelum bercerai secara sah pada 8 Mei 2003.

9. Che Ta sebagai janda selepas itu dikaitkan bercinta dengan penyanyi Shahir Zawawi.

10. Selepas berdepan kegagalan dalam perkahwinan, beliau

sekali lagi ke jinjang pelamin dengan pelakon Zain Saidin pada 13 Disember 2013 sebelum melahirkan bayi perempuan bernama Aaisyah Dhia Rania Zain pada 1 November 2014.

11. Pernah berlakon dalam filem Dunia Baru The Movie, Sifu dan Tongga, Jangan Tegur, 4 Madu, Kembar Siang, Misteri Dendam Balan Balan The Movie dan Adik Manja Returns.

12. Sementara itu, pembabitannya dalam drama menerusi Diari Ramadhan Rafique, Sesuci Cinta Sofiya, Jelatang, Manjalara, Susuk 2, Gerak Khas, Kiah Pekasam, Iparku Diva, Ummu Hani, Miss Octopus, Kak Marr dan Kisah Dari Mekah.

13. Juga telefilem Cinta Terhalang, Relung Kasih, Aku Bukan Buaya, Wasiat Fitrah, Cinta Si 3 Teruna, Rahsia Gambar, Masih Ada Harapan, Aku Janda Belum Kaya, Madu, Kiah Pi Jepun dan Oh Speak English Please .

6.Zahida Rafik

Nama penuh: Zahida Mohd Rafik
Tarikh lahir: 10 April 1975
Tempat lahir: Kuala Lumpur
Keluarga: Bongsu dari lima beradik
Kacukan: Melayu – Pakistan
Filem: Hingga Hujung Nyawa, Kuliah Cinta, Black Maria, Mami Jarum Junior, Mami Jarum, Anak Mami The Movie dan Senario The Movie
Drama: Tongkat Tok Ali, Bunga Kasturi, Di Sebalik Awan, Ejen 55, Sitkom 2+1

7.Anzalna Nasir

Nama penuh: Nur Anzalna Bte Md Nasir

Nama popular: Anzalna Nasir

Tarikh lahir: 9 Januari 1988

Umur: 31 tahun

Kelahiran: Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Malaysia

Pekerjaan: Pelakon dan model

Fakta Menarik
1. Anak kedua daripada lima adik-beradik. Kesemuanya perempuan. Dua lagi adiknya juga pelakon iaitu Mia Nasir dan Afifah Nasir.

2. Berdarah kacukan Melayu, Cina ,Punjabi dan Bugis. Bapanya berketurunan Cina, manakala ibunya pula Punjabi.

3. Mendapat pendidikan di beberapa sekolah, dalam dan luar negara kerana keluarganya sering berpindah-randah ketika beliau membesar iaitu di Coronation Elementary School, Sinclair Laird Elementary School, Bancroft Elementary School, SMK Munshi Abdullah, SMK Khir Johari, Brooks High School, Launceston dan Launceston College di Tasmania.

4. Bekas peserta Dewi Remaja 2009/2010 yang ketika itu turut disertai Neelofa, Izara Aishah, dan Syatilla Melvin.

5. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2010.

6. Beberapa filem dibintanginya ialah Sepah The Movie, Kahwin 5 dan Tyickoouns.

7. Pembabitannya dalam drama antaranya menerusi Suria di Cordoba, Gemersik Kalbu, Love You Mr. Arrogant, Buletin Cinta, Aku Isterinya, Memori Cinta Suraya, Dendam Aurora dan Mamu Mami Gosip.

8. Termasuk telefilem Ajaibnya Cinta, Cik Paris Diva Kampung, Salahkah Aku, Destinasi Cinta Sara, Cinta dari Syurga, Jauh dan Vlog Laura.

9. Pernah menjadi duta, model dan jurucakap produk-produk terkemuka seperti Celcom, Franch Oil, Ecpi, Safi Balqis, Qu Puteh dan Trenz (Indonesia TV).

10. Mendirikan rumah tangga dengan Hanif Zaki yang juga seorang ahli perniagaan pada 2016.

11. Pada 9 Januari 2019, beliau mendedahkan sedang hamil anak sulung. Kandungan itu sudahpun berusia empat bulan.

Sumber :- MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply