“Alhamdulillah, jodoh kami masih kuat. Kami masih bersama. Doakan kami. Cuma, saya padam gambar bersama suami sebab merajuk.”Demikian kata usahawan yang juga kakak kepada selebriti Neelofa, Noor Nabila Mohd Noor mengenai tindakannya memadam gambar dengan suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin di Instagram. Disebabkan itu, timbul spekulasi mendakwa perkahwinan dibina pasangan itu sedang bermasalah.
Noor Nabila berkata, adat dalam berumah tangga ada pasang surut. “Biasalah dalam perkahwinan ada turun naik. Waktu itu saya tengah geram. Saya tak buang pun gambar, tapi ‘archive’ saja. Macam tulah. “Cuma bila kita jadi perhatian, perkara kecil pun menjadi besar. Padahal semua perempuan pun kalau gaduh perkara pertama dia akan buat (padam gambar). Saya merajuk lama tau,” katanya kepada Harian Metro.
Terdahlu, Noor Nabila dan suami hadir bersama pada majlis perkahwinan pakar pelaburan saham, Datuk Dr Mohd Nazri Khan Adam Rasol Khan dan Datin Tuan Nor Ernie Rossmeris Tuan Zahari di sini, malam tadi. Menurut Noor Nabila, dia sedar akan implikasi atas tindakannya itu hingga menjadi bualan dan sorotan pihak media. “Sebenarnya saya tahu implikasi itu. Macam Lofa dan keluarga bila dia menjadi perhatian, tempiasnya pun tetap kena pada saya juga.
Saya sepatutnya berhati-hati. Tapi kita manusia, perempuan dan berjiwa lembut. “Saya tak terkejut, tapi dapat rasa perkara ini dapat perhatian. Tapi sebab masa tu geram, jadi tak fikir. Kadang bila orang orang menilai, kita abaikan saja. Kita tak boleh puaskan hati semua orang,” katanya. Terdahulu, pada Julai lalu kisah rumah tangga pasangan ini menjadi teka-teki apabila Noor Nabila memadam semua foto di media sosial bersama suaminya.
Namun, Noor Nabila memuat naik hantaran video di TikTok yang memaparkan suaminya sedang menjadi imam solat di rumah mereka, bulan lalu. Kelibat Engku Emran dalam video itu jelas kelihatan ketika anak Noor Nabila, Jebat Jayden mengambil telefon bimbit yang digunakan untuk merakam aksinya sedang solat sebelum diletakkan di bahagian depan. Noor Nabila dan Engku Emran selamat berkahwin pada 19 Mac tahun lalu.
Sumber :- HarianMetro
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.