Pelakon Ashraf Muslim yang kini genap 41 tahun memuat naik foto indah sekitar kejutan sambutan hari jadi yang dibuat dua isterinya, Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Ahmad Saburi berkata.
Perkara tersebut dikongsikan Ashraf di dalam sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram yang dikemas kini.
“Happy birthday to me! Cerita semalam plan pergi berkelah jer. Gigihlah pagi-pagi semua orang bangun nak pergi berkelah.
“Ingatkan sebab nak bawak anak-anak pergi mandi manda yer lah kan cuti sekolah. Angkatlah barang-barang semua gigih naik tangga. Duk cakap dalam hati apa yang beriya sangat sampai macam-macam barang dibawanya,” tulis Ashraf.
Bintang drama 3 Nota Cinta ini bagaimanapun terkejut apabila perkelahan tersebut sebenarnya adalah kejutan bersempena ulang tahun kelahiran.
“Haa.. sampai je kat atas ‘setup’ tempat makan dan terkejut AM (Ashraf) bila mama ibu ‘setupkan’ semua ni untuk AM. Terima kasih mama ibu kerana meraikan birthday AM ke 41 ni. Dah tua dah.
“AM doakan semoga mama ibu sentiasa dimurahkan rezeki, diberkati dunia dan akhirat. Maafkan ayah salah silap selama ini. Jika ayah pergi dulu jagalah anak-anak dengan baik. I love you all,” tulisnya.
Ruangan komen pada hantaran tersebut juga sarat dengan dedikasi ucapan selamat hari jadi dan rata-ratanya mendoakan yang baik-baik buat Ashraf Muslim seisi keluarga.
Ashraf Muslim Akhirnya Dedah Rahsia Berpoligami, “Kalau Kita Asyik Nak Beritahu Pada Orang, Kadang-Kadang Kita Buka Aib Kita. Kita Terlupa Tu.”
“Jangan kita mengecam. Sebaliknya doa, cakap dan balas dengan benda yang baik-baik.”
Demikian pandangan pelakon, Ashraf Muslim selepas ditanya mengenai komen-komen keterlaluan netizen di media sosial berhubung konflik rumah tangga membabitkan mana-mana selebriti.
Ashraf, 40, yang kini menjalani kehidupan harmoni bahagia bersama dua isteri, Dr Noor Dayana Lokman serta isteri keduanya, Wan Sakinah Ahmad Saburi berkata, adalah lebih baik untuk beri teguran secara rasional supaya tidak menyakiti hati mana-mana pihak.
“Saya berkata begitu sebab kita tidak tahu, kadang-kadang apa yang dikatakan itu boleh jadi satu doa juga. Bimbang akan terpalit kepada kita balik. Kadang-kadang kita lupa benda yang begitu.
“Jadi, kita kena sentiasa fikir positif sebab saya sendiri pernah alami situasi ini. Senang cerita, doa yang terbaik. Kalau nak menegur, tegur dengan cara berhemah jangan sampai menyakitkan hati.
“Supaya mereka yang terlibat berfikir ada lagi orang yang sayangkan mereka, boleh buat keputusan yang baik,” katanya.
Ditanya pengalaman sendiri pada peringkat awal proses poligami, Ashraf akui ia bukan sesuatu yang mudah.
“Susah… Kena tenang, sabar. Buat keputusan betul-betul. Kalau tidak tenang, tak sabar akan buat keputusan yang tak betul,” katanya.
Bapa kepada empat cahaya mata ini berkata demikian ketika ditemui sejurus Sesi Tayangan Filem Musyrik: Api Neraka Menantimu! Bersama Artis & Media di TGV One Utama, Petaling Jaya, pada Rabu.
Mengakui isu membabitkan keluarga adalah sesuatu yang privasi, Ashraf berpandangan soal tersebut sebaiknya tidak terlalu dikongsikan di media sosial.
“Bagi saya benda-benda macam ni… fasal keluarga, simpan untuk kita sahajalah. Kalau kita asyik nak beritahu pada orang, kadang-kadang kita buka aib kita. Kita terlupa tu.
“Jadi senang ceritalah… kebahagian diri kita, kesusahan di dalam keluarga kita, apa sahaja hubungan dalam kaum keluarga kita, tak payah beritahu orang lain.
“Biarlah kita simpan, selesaikan masalah kita. Sebab takut nanti ada masalah lain pula yang timbul, yang kita tak tahu,” katanya lagi.
Ikon Poligami
Dilabel sebagai ‘ikon p0ligami’ oleh netizen gara-gara statusnya yang beristeri dua, pelakon Ashraf Muslim sebaliknya enggan bermegah dengan gelaran itu.
Menyedari isu poligami cukup sens1tif untuk dibincang dan diperkatakan secara terbuka, si empunya diri ini mengakui hal berkaitan rumah tangga tidak harus dicampuri pihak luar, sebaliknya wajar diselesaikan dalam kalangan keluarga itu sendiri.
Terbuka berbicara mengenai perkara itu, Ashraf berkata, perkahwinan lebih daripada satu tidak perlu dijadikan 1su.
“Dalam Islam pun, tindakan p0ligami dibenarkan cuma ia sering menjadi isu kerana masyarakat belum boleh terima sepenuhnya.
“Biarpun saya boleh menjelaskannya secara terperinci, perkara berkaitan p0ligami sesuatu yang sen.sitif bagi orang kita.
“Jadi, apa yang boleh saya katakan, poligami akan jadi indah apabila suami mampu memimpin dengan betul,” katanya.
Ashraf pernah mengejutkan industri hiburan tanah air apabila bernikah buat kali kedua dengan wanita pilihannya, Wan Sakinah Ahmad Saburi, 34, di Thailand pada 7 Julai 2013. Terdahulu, Ashraf bertemu jodoh dengan isteri pertama, Noor Dayana Lokman, 31, dan mereka bernikah di Tanah Suci Makkah pada 30 Ogos 2011. Hampir lima tahun melayari kehidupan p0ligami, Ashraf dikurniakan tiga cahaya mata.
Bersama Noor Dayana, mereka dianugerahkan seorang anak lelaki, Anas Ashraf dan dengan Wan Sakinah pula sepasang zuriat iaitu Sarah Ashraf dan Adam Ashraf
Menurut pelakon drama Cinta Hati Batu di TV3 itu, sebagai suami dia juga akan pastikan selalu solat bersama isteri-isteri termasuk menghadiri kelas agama bersama-sama mereka.
“Penting untuk suami membimbing isteri-isteri supaya reda, tenang dan jalani hidup bahagia.
“Selain itu, faktor komunikasi dengan isteri- isteri juga penting untuk merapatkan silaturahim.
“Apa yang pasti, dalam al-Quran sudah diberikan pelbagai petunjuk oleh Allah SWT untuk dijadikan panduan,” katanya.
Hampir sembilan tahun melayari kehidupan poligami, Ashraf bersama isteri-isterinya kini dikurniakan tiga cahaya mata. Malah, Ashraf juga dilabel ‘ikon poligami’ oleh netizen gara-gara status beristeri dua.
Sedikit info Ashraf
Muhd Ashraf Muslim (Jawi: أشرف مسلم; lahir 12 September 1981) merupakan pelakon lelaki Malaysia.
Beliau membuka satu klinik pengamal perubatan tradisional, Pusat Perubatan Darussyifa’ di Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor. Ia adalah perubatan Islam yang berlandaskan Al-Quran. Penawarnya melalui ayat-ayat suci yang dilafazkan kepada pesakit. Selama ini buat secara sambilan. Sekarang sudah ramai pesakit. Dia menjadi merupakan pengacara untuk rancangan perubatan, Syifa al Hidayah di Astro Oasis.
Selain itu Ashraf menternak 600 ekor kambing, ikan keli, ketam bercangkerang lembut atau keras dan lain-lain.
Ashraf dilahirkan pada 12 September 1981 di Teluk Mas, Melaka. Beliau merupakan anak sulung daripada 7 adik beradik dan mempunyai diploma di Kuala Lumpur Infrastructure University College dalam bidang Pentadbiran Perniagaan.
Ashraf Muslim mempunyai dua orang anak perempuan dan dua orang anak lelaki. Anak perempuan sulung beliau dilahirkan oleh isteri kedua beliau pada 5 April 2014 yang diberi nama Sarah Ashraf. Pada 10 Disember 2015, isteri pertama Ashraf iaitu Noor Dayana selamat melahirkan anak pertama mereka selepas lima tahun berkahwin. Bayi lelaki yang selamat dilahirkan pada pukul 2.58 petang itu diberi nama Anas Ashraf.
Dan pada 14 September 2015, beliau sekali lagi dikurniakan anak dari isteri kedua beliau iaitu Wan Sakinah yang selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Adam Ashraf.
Ashraf dan isteri Wan Sakinah selamat menimang cahaya mata perempuan seberat 3.07 kilogram sekitar jam 5.35 petang di Avisena Specialist Hospital pada 3 September 2018.
Pada 12 April 2020, Ashraf disahkan positif COVID-19 selepas kembali dari pengambaran drama bersiri Demi di Scotland, United Kingdom.
Sumber MH/Wiki
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.