“Dia Duduk Atas Paha Saya Sebab…” – Video Peluk Ber1ba Wanita Dalam Kereta Tular, Ini Jawapan Coki!

Selepas tular video memangku dan memeluk seorang wanita dalam sebuah kereta, personaliti media sosial, Coki tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.

Coki atau nama sebenarnya Muhammad Danish Daniel mengakui perbuatan tersebut salah dan menjelaskan dia tiada sebarang hubungan dengan wanita tersebut.

“Saya minta maaf atas kesalahan saya… saya pun dah minta maaf pada pihak sana. Saya dah minta maaf pada keluarga saya juga dan semua yang terlibat dengan kes ini.

Biodata Coki (Danish Daniel) Bintang TikTok & Instafamous Malaysia - OH HIBURAN

“Menggigil saya… saya nak minta maaf kepada semua orang. Saya mengaku salah saya dan minta maaf sangat. Saya dengan Irdina pun tak ada apa-apa hubungan.

“Saya jumpa dia dekat kedai makan. Waktu itu kejadian berlaku di depan Menara U,” kata Coki menerusi IG Live.

Menerusi video yang tular di TikTok, Coki bersama wanita itu yang duduk di kerusi bahagian belakang dilihat cuba menutup muka dari dirakam.

Berkongsi cerita sebenar disebalik video itu, Coki menjelaskan wanita itu hanya duduk di atas pahanya untuk beberapa saat disebabkan kelam kabut mencari tempat letak kereta.

“Kalau perasan dalam video yang viral tu, dia duduk atas paha saya. Sebab apa, kami parking di tepi jalan, dekat Menara U banyak kereta parking dan kami double park.

“Kami tunggu satu lagi kereta untuk ambil kami yang ramai. Bukan sebab saya berdua, ada perempuan dan lelaki. Keadaan jadi kelam kabut sebab kereta double park itu hon sebab marah.

“Jadi, semua masuk dalam kereta. Kalau perasan dalam video itu, ada kawan saya baju putih dah keluar kereta, waktu itu memang semua orang dah keluar kereta.

“Dia pun dah bangun dari paha saya. Hanya duduk dalam satu hingga empat saat saja. Serius tak lama… sumpah, tolong la,” kata Coki.

Malah, ada juga segelintir netizen yang mend4kwa Coki turut menc1um wanita itu.

“Kalau tengok betul-betul, saya tak c1um pun dia. Angle kamera nampak jadi lain,” jelasnya lagi.

Terdahulu,

Video Coki peluk wanita dalam kereta tular di TikTok… “Apa dah jadi?”

VIDEO memperlihatkan personaliti media sosial Coki bersama beberapa wanita di dalam sebuah kenderaan menjadi perbualan hangat netizen di aplikasi TikTok.

Menerusi video yang tular itu, Coki atau nama sebenarnya Muhammad Danish Daniel, 17, dilihat berpelukan dan meriba seorang wanita yang tidak diketahui identitinya.

“Apa jadi ni?” Tulis pemilik akaun berkenaan pada ruangan kapsyen.

Dalam video itu, Coki dan wanita berkenaan yang memakai baju hitam dilihat seakan-akan menyedari aksinya itu dirakam individu lain dalam kenderaan tersebut.

coki12

Netizen luah rasa tidak senang dengan tindakan Coki.

Menjengah ruangan komen, netizen meninggalkan komen meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan Coki yang disifatkan sebagai ‘culture shock’.

“Dah famous macam ni la. Payah la jadi artis.

“Apa ni Coki? Seat belakang tu duduk tiga orang pun boleh… kenapa nak kena atas riba juga.

“Macam culture shock! Okay ini bukan (video) edit.

“Ini bukan salah orang, dah terang-terang muka dia,” tulis netizen.

Video yang dimuat naik pada pagi Ahad itu menerima lebih sejuta tontonan dan lebih 2,000 komen netizen.

Usaha mStar mendapatkan komen daripada Coki masih belum berjaya apabila panggilan dan mesej dihantar tidak berjawab.

Video Ciium,

Sumber MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply