“Amboii Gebu Gebass” Akhirnya Kant0i Seorang Wanita Bernama Watie Kekasih Shuib? Ini Buktinya

Hangat di media sosial susulan khabar angin yang mendakwa, pelawak dan usahawan, Shuib didakwa sedang menjalin hubungan dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Watie Hanifiah. Ia susulan dakwaan netizen yang mendakwa keduanya mengenakan persalinan yang seakan-akan sedondon ketika menghadiri dua buah konsert sebelum ini meski tiada lagi kesahihan mereka hadir bersama.

Menerusi sebuah video TikTok yang dimuat naik menerusi akaun @farahana2506 yang kini tular, ia berkongsi imej Shuib dan Watie ketika menghadiri konsert Ziana Zain dan Anuar Zain pada 6 Ogos lalu dan konsert Dewa 19 pada Jumaat lalu. “Betul ke Shuib dengan Watie,” tertera pertanyaan pada kapsyen beserta lampiran foto mereka yang dikatakan hadir mengenakan persalinan dalam rona serupa.

Netizen mulai membuat spekulasi dan mendakwa Shuib sedang akrab dengan usahawan wanita terbabit. Malah, ada yang mendakwa Shuib kerap memberikan tanda suka (likes) terhadap foto yang dimuat naik Watie di media sosial miliknya. 

Kebetulan sama warna?

Terbaharu, netizen mula menghidu hubungan Shuib dengan seorang usahawan yang dikenali dengan nama Watie Hanifiah.

Menerusi sebuah video di TikTok, pemilik akaun @farahana2506 menggabungkan (compile) foto Shuib dan Watie mengenakan warna pakaian yang sama.

Pada konsert Anuar Zain & Ziana Zain Live In Kuala Lumpur 2022 yang diadakan Ogos lalu, Shuib dan Wanie dilihat sedondon mengenakan warna kuning mustard.

Tidak cukup dengan itu, Shuib dan Watie memakai jaket berwarna hitam ketika konsert Anniversary Tour 30 Years Of Dewa 19 pada Jumaat. Ada yang mendakwa kedua-duanya duduk bersebelahan ketika menonton konsert.

 

Dah ‘like’ gambar

“Saya dah few months perasan, semua post Watie ni, Shuib akan like. Pastu banyak tempat yang Shuib pergi, akan ada Watie kat situ cuma diaorang tak ambil gmbar sama,” ulas pengguna TikTok.

“Aku dah perasan lama dah. Aku stalk terus and im be like (emoji terkejut) takpela mana mana jela janji shuib happy kalau betol diorang bersama,” tulis seorang pengguna TikTok lagi. “Kan dia kata, bakal wife dia bukan artis. So ofcozlah kita x kenal,” 

“Mungkin tersuka masa main golf sebab Watie selalu main golf,” tebak pengguna TikTok. Video  menerima hampir sejuta tontonan disusuli lebih 14,500 tanda suka bersama ribuan komen.

Pada masa sama, ada netizen berkongsikan foto yang seakan-akan di lokasi sama sekitar Mei lalu berdasarkan latar belakang foto yang dimuat naik di Instagram. “Baru stalk, tengok post Watie 7 Mei & Shuib post picture background sama. Rumah lama Shuib di kampung,” dakwa seorang pengguna TikTok. 

Terdahulu, Shuib menerusi media mendedahkan dia sedang mengenali hati budi seseorang dan wanita itu merupakan pilihan ibunya dan orang biasa sahaja.

Sementara itu, hasil pemerhatian OhBulan!, pemilik nama lengkap Shahmira Muhamad dilihat ‘like’ beberapa hantaran di IG Watie.

Selain itu, Watie juga mengikuti akaun ibu tiri Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, Siti Fatimah Suberi.

Terdahulu, penyanyi Siti Sarah Raisuddin meninggal dunia pada 9 Ogos tahun lalu selepas melahirkan anak keempatnya, Ayash Affan dalam keadaan dijangkiti virus Covid-19.

Hasil perkahwinan bersama pada tahun 2011, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia setahun satu bulan.

Video,

Sumber Omedia 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply