Ramai Merungut Tiket Konsert Terlalu Mahal, Rupanya Ini Sebab Kenapa Harga Tiket Tinggi

KETERUJAAN peminat untuk menyaksikan konsert Datuk Seri Rossa iaitu Rossa 25th Shining Years Concert pada November depan terbantut apabila ramai terkejut dengan harga tiket yang ditawarkan sehingga mencecah RM5,000.

“Ku menangis… membayangkan. Tiket RM5,000 tu. Ada sesiapa perlukan pekerja part time?” Demikian antara ciapan pengguna di Twitter mengeluh tentang harga tiket konsert penyanyi diva Indonesia, Datuk Rossa yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada November ini.

“Ku Menangis.. Membayangkan!” - Ramai Mengeluh Tiket Konsert Rossa Mahal Sangat Sampai RM5,000?

Menjelaskan mengenai perkara itu, Rossa berkata, ia adalah bersesuaian memandangkan sebahagian daripada penjualan tiket akan diserahkan kepada badan amal iaitu Tabung Pendidikan Anak Bangsa (TAB) dan Tabung Kasih Prihatin.

“Harga tiket ditentukan oleh penganjur dan saya yakin semua sudah fikirkan sebaik-baiknya apatah lagi ia akan didermakan kepada dua badan amal.

“Tapi Alhamdulillah tiket bagi kategori satu dan dua sudah pun habis terjual dan ada kemungkinan kita akan jual tiket lebih rendah pada masa akan datang,” katanya.

Namun, ada yang beranggapan harga tiket RM5,000 itu hanya diperuntukkan beberapa kerusi sahaja untuk tujuan kebajikan, sama seperti kebanyakan konsert sebelum ini.

“Konsert dia bukan buat kat Stadium Shah Alam boleh terkinja-kinja. Harga beribu tu mostly corporate yang beli untuk charity. Tiket RM5,00 tu ada je orang beli.

“Dia mcm ni tau. Penganjur pun tengok artis dan tempat untuk buat konsert. Contoh Rossa ni. Standard dia kalau letak kat Planery or Istana Budaya, tiket mahal pun orang akan beli.

“Biasanya best seat with best view memang akan open untuk corporate & charity. Kalau letak nabila razali tiket RM5,000 orang fikir banyak kali nak beli,” ciap seorang pengguna.

Untuk rekod konsert Rossa 25 Shining Years pada 2 November 2022 di Plenary Hall, KLCC dijual mulai harga RM218, RM358, RM488, RM688, RM1,288, RM1,800, RM4,000 dan RM5,000.

Antara Komen Lain Netizen,

Ramai teruja untuk pergi konsert Rossa

‘Tengok harga pun tahu ni untuk Dato’, Datin semua’

Disebabkan itu, ada juga peminat di Twitter yang menganggap bahawa harga tersebut telah dikhususkan kepada golongan VIP yang bergelar Datuk dan Datin yang dijangka akan turut hadir untuk menyaksikan persembahan dari Rossa.

Sumber Prihatin Malaysia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply