Umum mengetahui, pelakon berbakat besar, Sharifah Sakinah mendirikan rumah tangga keduanya bersama jejaka Sweden iaitu Michael Hansen.
Terbaharu, pelakon berusia 33 tahun itu mendedahkan mereka berdua masih belum mempunyai perancangan untuk mendapatkan cahaya mata dalam masa terdekat. Sakinah berkata, dia mengambil keputusan untuk tidak merancang hamil lagi memandangkan suaminya kini sudah tua.
Dan, jika dia hamil sekalipun, besar kemungkinan ia akan menjejaskan dirinya sediri kerana suka berada dekat dengan suami. “Secara logiknya, tak ada perancangan lagi untuk anak baru.
Sebab saya ini jenis suka berada dengan suami. Kalau saya mengandung, saya nak anak dan suami sentiasa ada dekat saya. Jadi perkara itu saya tak boleh dapat dalam kehidupan saya.”
“Saya membuat keputusan tak merancang untuk hamil lagi. Suami pun dah tua, maksudnya kalau umur dah 40 tahun ke atas tak nak anak masih kecil,” ujarnya.
Dalam masa sama, pelakon drama berjudul Isteri vs Tunang mengatakan dirinya tidak pernah rasa tertekan lebih-lebih lagi masyarakat di sana tidak pernah bertanya mengenai perihal zuriat seperti di sini.
Orang di sana tak macam kita. Mereka tak tanya pun bila nak dapat cucu. Di sana tak, tak ada tanya semua itu. Mereka macam biasa sahaja. Kadang-kadang bercakap atau tidak,”jelas ibu kepada seorang anak perempuan, Anais Adha,5.
“Saya rasa perlu menikmati masa sekarang ini dan kurangkan fikir masa depan dan masa lalu. Saya dah penat.”
“Walaupun saya ‘drama’, tapi dalam kepala saya tak pun sebenarnya. Kalau tak, saya layan netizen dan hidup menjadi sedih. Saya hanya mahu begitu dalam hidup. Saya bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang walaupun jauh.” luahnya.
Selain itu, Sakinah menafikan dakwaan ramai yang mengatakan dirinya mengambil keputusan mengikut suaminya tinggal di Sweden bagi melarikan diri daripada kecaman netizen Malaysia.
“Kalau kamu rasa netizen memberi masalah dalam hidup, jangan main media sosial. Bagi saya netizen tak beri langsung perkara itu. Kadang-kadang saya baca komen yang melampau, tapi itu adalah risiko kita. Kalau tak nak (kecam), jangan post,” katanya lagi.
‘Tiada istilah saya terus menetap di Sweden’ – Sakinah
“Memang penat ulang-alik, sangat penat.”
Demikian kata pelakon Sharifah Sakinah yang berulang-alik Malaysia dan Sweden selepas berkahwin dengan suami, Michael Hansen.
Sakinah, 33, atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired berkata, tiada istilah dia menetap atau berpindah ke Sweden seperti yang didakwa segelintir pihak.
“Memang saya tenang di sana tetapi tiada istilah saya terus menetap di Sweden. Sebelum ini saya cuma cakap pergi sekejap dan berulang-alik. Saya bukan jenis kacang lupakan kulit. Kehidupan saya kini tenang walaupun perlu berulang-alik begini.
“Mula-mula empat bulan sekali, lepas itu tiga bulan, jadi dua bulan, satu bulan dan sekarang ini dah jadi dua minggu sekali. Disebabkan anak dah pandai cakap dan dia tanya bila saya nak balik.
“Diakui ulang-alik ni sangat penat. Kos satu perkara, lepas itu ‘jet lag’ memang ambil masa seminggu sebab saya memang disiplin kalau bab tidur. Ia makin penat bila saya di sana tiba-tiba dengar ada kawan meninggal di sini, saya tak boleh,” katanya kepada Harian Metro.
Menurut Sakinah, kesempatan yang ada di Malaysia kini dimanfaatkan sebaiknya untuk bersilaturahim dengan keluarga dan kawan-kawan.
“Sekarang saya berada di sini selama sebulan. Saya anggap ia bulan bersilaturahim. Maksudnya, kalau orang ajak pergi acara, majlis hari jadi, saya akan datang. Dalam erti kata lain, saya tidak bekerja dan menjalani penggambaran.
“Sebab sebelum ini, kalau balik Malaysia saya akan terbabit dengan penggambaran. Waktu itu saya memang tidak ada masa dengan anak dan kawan-kawan. Jadi, bila balik sini macam tak balik. Sebab tu orang tak perasan kalau saya balik,” katanya.
Ditanya sama ada dia mempunyai perancangan untuk membawa anaknya, Anais Adha, 5, Sakinah berkata tindakan itu adalah tidak adil buat bekas suaminya.
“Saya tak boleh bawa duduk bersama sebab itu saja anak perempuan bekas suami saya dan itu saja cucu perempuan yang keluarga sana ada. Jadi kalau saya ambil memang biadaplah,” katanya.
Sumber: Harian Metro (Sudirman Mohd Tahir)
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.