Baru Beberapa Hari Kahwin, Bekas Rakan Sekerja DDNK Tampil Dedah Apa Jadi 4 Tahun Lepas.

Bukan setakat dilemparkan pelbagai kritikan, bahkan netizen juga sanggup ‘menggali’ semula status Datuk Dr Mohd Nazri Khan (DDNK) yang dakwa dirinya pernah menganggur sekitar 4 tahun lepas. Meskipun dilanda ujian, namun beliau tetap bersyukur kerana masih ditemani anak serta pasangan (kini bekas isteri) yang sanggup hidup susah senang bersama.

Saja nak ‘habaq’, masa tu dia bukan menganggur betul weh…itu gambar masa dia quit daripada jawatan Ketua Penyelidikan Runcit. Bimbang orang ramai salah faham terhadap kapsyen foto lama yang kembali viral tersebut, kenalan rapatnya tampil dedahkan cerita sebenar. Menurut Izzuddin Yussof, ketika itu DDNK baru sahaja melepaskan satu jawatan besar di sebuah bank terkemuka. Malah tagline terkenal beliau pun tidak wujud, gara-gara syarikat saham miliknya juga belum dibangunkan lagi.

Dalam pada itu, saudara Izzuddin juga akui berasa ralat selepas menyaksikan respon kebanyakan netizen terhadap isu tular yang menimpa sahabatnya selepas mendirikan rumah tangga kedua baru-baru ini. Dalam soal isu rumah tangga orang lain, dia berpendapat pihak bekas suami mahupun isteri tidak wajar dihukum sedemikian rupa.

Tak faham macam mana benda tu dibuat begitu terbuka…kita bukan tahu punca mereka berpisah, sekadar dah 20 tahun hidup bersama. Tambahnya, soal jodoh dan takdir pertemuan sudah ditentukan sejak azali lagi. ” Nak judge siapa baik siapa salah. Nak judge siapa setia siapa tidak. Nakjudge macam mana layanan dan pengorbanan setiap pasangan etc Seriously, no one, has the right”.

Oleh itu, tiada seorang manusia pun mampu mengubah ikut kehendak masing-masing. Memandangkan pakar pelaburan saham itu sudah bergelar duda, maka bagi Izzuddin tiada salahnya jika beliau memilih untuk berkahwin dengan wanita lain. Sebaliknya, tindakan mengumpat proses yang sudah ‘halal’ jauh lebih menyimpang daripada ajaran agama.

Orang lain kahwin, orang lain panas – Adik DDNK

KZG_3413-1-681x454

Adik kepada pengurus kewangan bertauliah dan penganalisis ekonomi, Datuk Dr Mohd Nazri Khan Adam Rasol Khan yang popular dengan panggilan (DDNK) mempertahankan abangnya yang berkahwin dengan Datin Tuan Nor Ernie Rossmeris Tuan Zahari dalam majlis penuh mewah baru-baru ini.

Menerusi media sosialnya, Dr Nadirah hairan apabila netizen mengecam abang sulung dan kakak ipar baharunya tanpa mengetahui hal sebenar.

Katanya, ramai yang ‘panas’ melihat perkahwinan abangnya sehingga ada yang sanggup melemparkan fitnah.

Nadirah berpendapat komen-komen yang dibuat di media sosial seolah-olah netizen tinggal serumah dengan abang dan iparnya dengan pelbagai cerita ditokok tambah.

Dia turut meminta netizen yang tidak tahu hal sebenar mendengarnya dari kedua-dua belah pihak kerana bimbang terjadinya fitnah.

Pada masa sama, Nadirah memberikan kata-kata semangat kepada iparnya dengan meminta wanita itu terus bersabar dan yang paling utama keluarga mereka bersatu serta berharap dapat menjaga abangnya dengan baik.

Malam Sabtu lalu, resepsi perkahwinan DDNK dengan Tuan Nor Ernie Rossmeris telah menjadi sorotan media selepas majlis dilangsungkan dengan tema Beauty and The Beast serta menelan belanja melebihi RM500,000.

Isteri DDNK Nafi Kahwin Dengan Suami Sebab Duit

Baru-baru ini berlangsungnya majlis perkahwinan pengurus kewangan bertauliah dan penganalisis ekonomi, Datuk Dr Mohd Nazri Khan (DDNK) bersama pasangannya, Datin Nor Ernie Rossmerie.

Difahamkan, isteri DDNK merupakan pelajarnya sendiri serta jarak usia kedua mereka 22 tahun. Susulan itu, ada yang mendakwa Ernie berkahwin dengan DDNK kerana duit.

Memetik Astro Gempak, wanita berusia 22 tahun itu berkata pada awalnya dia tidak mengenai siapa suaminya serta menafikan menerima DDNK kerana statusnya.

“Lucunya, masa mula-mula kenal saya memang tak tahu dia siapa. Dia tak mengaku pun dia DDNK, sampailah saya mulai cari di Internet siapa dirinya sebenar.

“Orang akan cakap saya dekat dengan dia sebab dia sudah stabil, tapi tak, bukan sebab dia popular, bukan sebab tagline dia. Tapi kerana dia tak berputus asa sampai sanggup berjumpa dengan orang tua saya dan pandai ambil hati saya,” katanya.

Ernie berkata meskipun pernah menolak suaminya sebelum ini namun DDNK bukan seorang yang putus asa dan menerima suaminya meskipun ketika itu ramai yang bercakap buruk tentang dirinya.

“Saya tolak dia pun tak putus asa, jadi lama-kelamaan saya terima dia. Tipikal komen netizen, kata saya pilih sebab duit, saya dah sedia… Sebenarnya sejak mula berkawan lagi pun dah ada orang bercakap-cakap.

“Orang kata saya mata duitan, nak yang dah semua siap. Tapi lama kelamaan kawan-kawan saya mulai menerima hubungan kami tapi paling penting rakan-rakan baik saya yang sentiasa menyokong pilihan saya,” ujarnya.

“Tipikal komen netizen, kata saya pilih sebab duit, saya dah sedia… Sebenarnya sejak mula berkawan lagi pun dah ada orang bercakap-cakap,” katanya.

Sementara itu, menerusi temubual bersama majalah Pesona, Ernie berkata dia suka lelaki yang kelakar dan DDNK mempunyai ciri-ciri idamannya.

“Saya suka dia sebab dia kelakar. Saya tak boleh, saya suka. Saya suka orang kelakar. Setiap kali kita berborak dia mesti buat ‘loyar buruk’ dia tu,” katanya.

Sumber – FB Nazri Khan & Izzuddin Yussof, viralnewsupdates

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply