Bapa Mertua Akhirnya Buka Mulut, Rupanya Tahu Sesuatu Apa Yang Menantu Dia Lakukan

TUMPAT: “Saya hanya tahu menantu pernah terbabit perniagaan rokok seludup, tetapi tapi kegiatan lain yang menyalahi undang-undang saya tidak tahu,” demikian kata bapa kepada Rosnazirah Mohd Naim, ejen jualan kosmetik yang dilarikan sekumpulan lelaki di sini, petang kelmarin.

Warga emas berusia 70 tahun itu berkata, berat hatinya untuk mempercayai bahawa menantunya yang berusia 36 tahun itu terbabit sindiket penyeludupan dadah, kerana lelaki itu banyak menjalankan perniagaan termasuk memelihara haiwan ternakan.

“Yang saya tahu, dia (menantu) ada jual rokok seludup sahaja, selain itu saya tak tahu, rasa susah nak percaya.

“Tapi kalau dia betul-betul terbabit, kenapa perlu libatkan anak saya, kenapa dia yang diculik,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Semat Jal, di sini, hari ini.

Ahli keluarga Rosnazirah ketika ditemui di kediamannya di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, Tumpat. - NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

Ahli keluarga Rosnazirah ketika ditemui di kediamannya di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, Tumpat. – NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

Lokasi Rosnazirah yang dilarikan tiga lelaki tidak dikenali. - NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

Lokasi Rosnazirah yang dilarikan tiga lelaki tidak dikenali. – NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

Dalam kejadian jam 5.10 petang kelmarin, ejen jualan kosmetik berusia 36 tahun dilarikan sekumpulan lelaki dari kediamannya di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, di sini.

Wanita itu dilarikan dengan menaiki kereta jenis Toyota Vios dan penduduk memaklumkan melihat mangsa dibawa menaiki bot ke Thailand, sebelum kereta terbabit ditemui jam 10 malam kelmarin di Kampung Kuala Jambu.

Siasatan awal pihak polis mendapati suami kepada mangsa terbabit dalam aktiviti penyeludupan dadah dan polis sudah menahan tiga individu berusia 25 hingga 47 tahun termasuk suami mangsa bagi membantu siasatan

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun (dua dari kiri) pegawainya melihat sebahagian dokumen siasatan berhubung kes pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan hari ini. - NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun (dua dari kiri) pegawainya melihat sebahagian dokumen siasatan berhubung kes pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan hari ini. – NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

Warga emas itu berkata, sehingga hari ini dia masih terkilan kerana gagal menyelamatkan mangsa pada petang Selasa lalu ketika sedang bergelut dengan dua lelaki yang mengheret anaknya itu masuk ke dalam kereta.

Katanya lagi, jika tidak difikirkan pistol yang ditunjukkan penjenayah itu, sudah pasti dia akan cuba menyerang demi menyelamatkan anak keenam dari 12 beradik itu.

Rosnazirah dilarikan sekumpulan lelaki dari kediamannya di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, Tumpat.

Rosnazirah dilarikan sekumpulan lelaki dari kediamannya di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, Tumpat.

“Saya rela mati demi anak dan ketika kejadian, saya diacu sebilah pisau oleh lelaki itu, namun masih cuba melawan sebelum terpaksa berundur apabila mereka mengeluarkan pistol,” katanya.

Ibu mangsa yang menghidap penyakit buah pinggang tahap lima pula berkata, sehingga kini rasa trauma masih dirasai dan sedikit sebanyak semakin menjejaskan tahap kesihatannya.

Sambil memohon orang ramai mendoakan keselamatan anaknya dan dipulangkan dengan selamat, dia merayu tidak ditularkan berita tidak benar mengenai keluarganya.

“Entah bagaimana nasib anak saya sekarang yang katanya sudah dibawa ke negara jiran, hidup atau mati kami tidak tahu…tapi jauh di sudut hati saya, mengharapkan anak ditemukan dengan selamat,” katanya.

Suami Mangsa Culik Kosmetik Ditahan, Akhirnya Polis Dedah Kenapa Ejen Jualan Kosmetik Kena Culik

Kota Bharu: Perselisihan antara ahli sindiket dad.ah dipercayai punca utama seorang wanita yang juga ejen jualan kosmetik dilarikan sekumpulan lelaki dari kediamannya di Wakaf Bharu, kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, siasatan awal pihaknya mendapati suami kepada mangsa dipercayai terbabit dalam aktiviti penyeludupan da.dah.

Susulan itu katanya, polis sudah menahan tiga individu termasuk suami mangsa dan wanita, semalam bagi membantu siasatan.

“Kita sudah memohon bantuan daripada pihak berkuasa Thailand bagi menyelamatkan mangsa berusia 36 tahun dan usaha ke arah itu giat dilakukan.

“Polis juga percaya mangsa mengetahui aktiviti yang dilakukan suaminya selain mengenali suspek yang melarikannya kelmarin,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Ejen kosmetik diculik lelaki bersenjata mungkin dibawa ke Siam.

Keluarga kepada seorang ejen jualan barangan kosmetik, Rosnazirah Mohd. Naim, 36, yang disyaki diculik dalam kejadian di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu di sini semalam tidak menolak kemungkinan wanita itu dibawa ke Thailand.

Seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, dakwaan tersebut berasas selepas kereta yang digunakan oleh kumpulan lelaki berkenaan ditemui berhampiran kawasan sebuah pangkalan haram di Sungai Golok dekat Pengkalan Kubor di sini.

“Tiada sebarang maklumat terbaru yang diterima oleh kami sebagai ahli keluarga.

“Saya berharap semua dapat mendoakan keselamatan Rosnazirah agar dia dapat ditemui dengan selamat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Kosmo! Online hari ini melaporkan, seorang wanita dipercayai ejen kosmetik hilang selepas dipercayai diculik sekumpulan lelaki di rumahnya di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.10 petang itu, mangsa disyaki dibawa lari dengan menaiki kereta jenis Toyota Vios.

Sumber :- Harian metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply