Baru Je Shuk Pergi Tunaikan Umrah, Sekali Komen Fara Salleh Beri ‘Bunga’ Pula Jadi Perhatian

Pelawak dan pengacara Shuk Sahar memohon pengikut di Instagram untuk mendoakannya supaya dia boleh melupakan hal-hal dunia sepanjang keberadaannya di Mekah bagi menunaikan umrah.
Shuk juga berkongsi rasa syukur kerana dia akhirnya telah tiba ke Kota Suci itu untuk sama-sama dengan umat Islam lain dari seluruh dunia untuk beribadah dan mendekatkan diri kepada Allah.
“Alhamdulillah aku sampai.

Doakan aku dapat lupakan sekejap urusan dunia yang takkan pernah habis ya Allah,” tulisnya. Menerusi ruangan komen, ramai dalam kalangan rakan-rakan artis yang turut memberikan respons positif terhadap perkongsi Shuk itu. Antaranya termasuklah pelakon dan penyanyi Izzue Islam, Shuib Sepahtu, Ajak Shiro dan juga Azhan Rani.

Selain rakan artis, komen yang ditinggalkan Fara Salleh, iaitu wanita yang dikatakan mempunyai hubungan dengan Shuk juga menyorot perhatian netizen.

“Alhamdulillah, akhirnya,” tulis Fara pada ruangan komen. Shuk kemudiannya membalas: “Alhamdulillah, terima kasih.” Komen yang ditinggalkan oleh Fara itu menerima sebanyak 21 tanda suka dalam kalangan pengikut Shuk. Terdahulu, Shuk menafikan khabar angin mendakwa dirinya telah mengahwini Fara, sungguhpun status bersama isteri, Rosa Sera masih lagi menjadi tanda tanya.

Keretakan rumah tangga pasangan tersebut berlaku selepas berkali-kali Shuk didakwa berlaku curang terhadap isterinya terutama dengan seorang wanita bernama Fara Salleh.
Untuk info, Shuk dan Sera mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 5, dan Nur Assyifatu Aimi, 2.

Shuk Sahar akui rindu melawak macam dulu, mohon doa umrah dipermudahkan

Nama Shuk Sahar rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi. Kontroversi yang terpalit beberapa tahun kebelakangan ini telah meranapkan kerjaya seninya yang sebelum ini berada di puncak.

Walaupun krisis rumah tangganya masih lagi belum ada kata putus, namun dia seakan kembali bangkit apabila aktif semula di media sosial.

Mohon doa umrah dipermudahkan

Dia juga turut sibuk menguruskan perniagaannya disamping hadir di beberapa podcast serta konten-konten di media sosial yang lain.

Beberapa hari lepas, Shuk ada berkongsi gambar bersama rombongan jemaah umrah di lapangan terbang yang akan berleoas menuju ke beberapa negara timur tengah dan mungkin akan ke kota Mekah merujuk kepada kapsyen yang disertakan.

 

Dalam gambar yang disertakan pelawak berasal dari Penang ini, dia sempat memohon doa supaya perjalanan umrah mereka dipermudahkan.

Dia juga turut berkongsi gambar pas ‘jemaah undangan’ yang diberikan travel agency kepadanya dan akan dipakai sepanjang perjalanan tersebut.

Menjengah ke muat naik Insta Story miliknya, dia dan rombongan dilihat sedang berada di Istanbul dan melawati tempat-tempat bersejarah yang sememangnya menjadi daya tarik di sana.

Rindu nak macam dulu

Dalam pada itu, pemilik nama Mohammmad Shukri Mohamed Sahar ini telah berkongsi satu posting luahan rasa tentang kerjaya seninya yang pernah menjadi pendapatan utama sebelum ini.

“Ada orang tanya Shuk tak rindu ke nak melawak lagi? Shuk tak rindu ke nak hosting lagi? Shuk tak rindu ke nak buat comeback?…
Sumpah aku rindu…rindu nak melawak rindu nak hosting rindu nak bercakap dengan kengkawan dalam radio…” tulisnya.


Bangkit bro!

Muat naik  tersebut telah mendapat respon daripada kenalannya dan juga warganet yang pernah menonton Shuk  di kaca televisyen serta mendengar celotehnya ketika dia masih keudara di radio.

Mereka turut  menitipkan pesanan supaya selebriti berkenaan kembali bangkit dan berubah menjadi lebih baik. Tak hanya itu, warganet juga mendoakan agar dia mendapat umrah yang mabrur dan meninggalkan segala kontroversi yang pernah mencalarkan imejnya dahulu.

Jadikan Alif Aziz contoh

Moga pengalaman lepas jadikan pengajaran

Sumber: Instagram Shuk Sahar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply