Memetik laporan Berita Harian, saksi pendakwaan ke-17 kes penderaan Bella yang juga merupakan Pakar Psikiatri Hospital Selayang, Dr Wan Asyikin Wan Azlan mendedahkan remaja Sindrome Down itu sering menyebut ‘cili dan panas’ ketika ditemu bual.
Sesi soal balas peguam-saksi
Malah, Wan Asyikin turut memaklumkan bahawa Bella turut membuat pergerakan tangan seperti diikat selain menggosok matanya.
Sesi soal balas peguam Bainun dan Wan Asyikin (Saksi 17)
Nor Azizah: Doktor (Wan Asyikin) kata buat mental state examination (pemeriksaan keadaan mental), ada Doktor melihat keadaan Bella pada waktu itu dan apa pemerhatian Doktor?
Dr Wan Asyikin: Pada asalnya sangat pemalu hanya berpaut kepada Puan Hidayah (Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat) dan enggan berkomunikasi dengan saya serta dua lagi individu. Saya keluarkan kertas lukisan dan pewarna, Bella berminat dan setuju duduk di meja kecil di dalam bilik saya untuk mewarna bersama saya sambil saya tanya soalan kasual.
Nor Azizah: Adakah Bella boleh jawab?
Dr Wan Asyikin: Pada asalnya Bella tak jawab, hanya senyum dan terus mewarna. Kemudian saya bertanya mengenai keadaan Bella di rumah dan dia jawab boleh lakukan beberapa aktiviti. Bella sedikit pelat dan jawab satu patah saja tanpa struktur ayat.
Nor Azizah: Bella boleh berinteraksi atau tidak?
Dr Wan Asyikin: Selepas membina hubungan dengannya, dia boleh berinteraksi dengan saya tetapi perlu diingatkan penggunaan perkataan Bella adalah terhad iaitu menggunakan satu patah sahaja.
Nor Azizah: Doktor katakan Doktor ada membina hubungan dengan Bella dahulu, Kenapa perlu buat begitu?
Dr Wan Asyikin: Saya perlu membina sedikit hubungan dengan pesakit kerana seperti kanak-kanak secara asasnya takut apabila berjumpa doktor. Disebabkan Bella pemalu jadi saya gunakan mewarna untuk buat hubungan dan bercakap dengannya.
Nor Azizah: Doktor mengatakan ada bertanya keadaan Bella, jadi apa jawapannya?
Dr Wan Asyikin: Hanya sedikit saja Bella jawab, antaranya di rumah Bella pandai buat apa? Bella menjawab lipat baju, jemur baju, kemas barang, mengemop, menyapu, buat air. Kemudian saya tanya Bella pandai buat air panas ke sejuk dan Bella buat gesture (isyarat) kepada saya tunjuk tangan diikat serta cakap panas. Dia buat secara sukarela tanpa diminta berbuat demikian. Kami tanya siapa buat Bella dan dia sebut nama ‘Benon’.
Nor Azizah: Setakat mana Bella faham soalan Doktor?
Dr Wan Asyikin: Susah nak jawab dia faham atau tidak. Pada awalnya dia tak jawab soalan saya jadi susah nak kata sama ada dia faham ke tak. Apabila saya tanya dia jawab Benon, selain buat pergerakan dan tunjuk mata guna perkataan cili.
Respon Bella ditanya pasal Bainun dan Rumah Bonda
Selain itu, saksi turut memberitahu bahawa Bella menggelengkan kepalanya ketika ditanya sama ada mahu berjumpa dengan Siti Bainun dan balik ke Rumah Bonda.
Menurut saksi, biarpun Bella menjawab apa yang ditanya, namun remaja itu mempunyai ketidakupayaan intelektual.
Malah, Bella masih boleh menguruskan diri sendiri dan bersosial.
Sumber Redaksi
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.