“Mungkin Tak Ada Majl1s Tunang..” Syafiq Kyle, Mimi Lana N1kah Tahun Depan

Pelakon Syafiq Kyle mengumumkan dirinya bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi dengan kekasih hatinya yang juga seorang selebriti, Mimi Lana.

Syafiq atau nama sebenarnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak berkata, dia sudah bersedia untuk bergelar seorang suami dan majlis pernikahan tersebut dijangkakan bakal berlangsung pada tahun depan.

“Sebenarnya, saya sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga pada usia begini,”ujar aktor berusia 30 tahun ini.Dalam pada itu, Syafiq mendedahkan mereka mungkin tidak akan mengadakan majlis pertunangan kerana mahu terus bernikah dan melunaskan perkara wajib seperti tuntutan agama.

Dikesempatan itu, Syafiq menafikan khabar angin yang mengatakan mereka berdua bakal bernikah sekitar tahun ini.

“Bagaimana nak nikah pada hujung tahun jika tiada persiapan dilakukan? Saya belum ‘tempah’ tok kadi pun untuk majlis tersebut
“Setakat ini, kami masih ada tarikh yang tetap kerana perlu menyelesaikan beberapa komitmen kerjaya sendiri terlebih dahulu.
“InsyaAllah, kami tak akan berahsia apabila tarikh sudah ditetapkan nanti,” ujarnya.

Terdahulu, pasangan popular itu dikhabarkan bercinta selama lima tahun sebelum dikatakan putus pada Mei 2020.

Namun, mereka dilihat seolah-olah kembali menjalinkan hubungan cinta menerusi beberapa perkongsian di laman Instagram masing-masing.

Didakwa sudah putus dengan Mimi Lana, Syafiq Kyle tak nak buang masa layan gosip cinta

HUBUNGAN cinta dengan aktres Mimi Lana dikatakan sudah berakhir, pelakon Syafiq Kyle menegaskan dia enggan melayan gosip atau pertanyaan tanpa asas berkenaan kehidupan peribadinya itu.

Menganggap perkara tersebut tidak mempunyai kepentingan dan membuang masa, Syafiq atau Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak tetap bersyukur hubungan mereka masih dalam fasa baik.

“Kadang-kadang kalau jadi macam ni, bukan saya tak nak jawab tapi saya jadi malu. Kita bukan bercinta umur 12 tahun. Esok lusa nak kahwin dah ni, lepas tu nak layan benda-benda macam tu lagi.
Hubungan Syafiq dan Mimi masih baik.

“Mungkin lima tahun lepas saya boleh layan benda macam ni tapi sekarang dia jadi cringe. Tapi selagi kami berada dalam hubungan yang baik, Alhamdulillah.
“Kita akan update benda yang lebih baik. Untuk benda-benda kecil tu, I don’t give a damn sebenarnya sebab benda tu buang masa saya juga,” katanya kepada mStar.

Pelakon drama siri popular Nur itu berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis memperkenalkan dirinya sebagai duta aplikasi myIOU di GSC cinema IOI City Mall, Putrajaya pada Jumaat.

Saya berharap agar peminat dapat mendoakan kelancaran karier saya.

SYAFIQ KYLE

PELAKON

Syafiq diminta untuk mengulas mengenai komen netizen di salah satu foto terbaharu di Instagram Mimi yang mendakwa aktres itu kini mempunyai teman lelaki baharu.

Sebelum ini, hubungan cinta pasangan itu pernah dikatakan putus pada Mei tahun lalu selepas lima tahun menyulam cinta.

Biarpun tidak menyatakan secara rasmi kembali bersama, namun menerusi beberapa perkongsian Mimi di laman Instagram tahun lalu bagaikan mengesahkan cinta bertaut semula.
Dalam pada itu, pelakon filem Pusaka ini turut memberitahu bahawa peminatnya juga tidak gemar untuk mengambil tahu hal-hal remeh seperti yang digembar-gemburkan oleh netizen.

Syafiq 1


Syafiq harap peminat doakan kelancaran kariernya.

“Jujurnya, fans saya tak pernah bertanyakan tentang hal perhubungan seperti ini kepada saya. Sepanjang saya mengenali mereka hanya nak tahu benda-benda yang saya buat dari segi karier,” ujar Syafiq lagi.

Syafiq turut memohon agar orang ramai mendoakan kelancaran kariernya bagi memudahkan dirinya untuk berganjak ke fasa hidup yang seterusnya.

“Saya berharap agar peminat dapat mendoakan kelancaran karier saya supaya ia memudahkan saya untuk menyusun perancangan seterusnya (kahwin) pada masa akan datang,” katanya.

kredit: OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply