Awie Beritahu Ada Kawan Kawan Artis Dia Beli Rumah Harga Rm500 Ribu Dgn Hanya Bayar Rm10. Ini Kata Kata Awie Kepada Mereka

Datuk Awie hairan dengan sikap segelintir penggiat seni yang mudah terpedaya dengan tawaran mengarut yang menjurus kepada penipuan.

Awie yang juga penyanyi Wings berkata, dia menyedari isu yang hangat diperkatakan dalam industri seni tanah air sekarang iaitu Skim Rumahku Syurgaku yang berharga RM10.

“Saya tergelak sendiri kerana ada kawan-kawan saya yang ada dalam itu bijak pandai, tapi boleh bersetuju dengan skim ini. Kalau ikut hukum, logiknya di mana?

Awie tergelak dengar Skim Rumahku Syurgaku

“Bayar RM10 boleh dapat rumah berharga RM500,000. Logiknya tiada di situ. Selepas itu saya tengok hantaran

di media sosial berkenaan individu wanita pengarah syarikat perumahan ini. Caranya bercakap macam terdesak sangat. Saya ingat pihak berkuasa kena pergi buat ujian air kencing dia,” katanya.

Awie yang juga Duta Anti-Scam Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan penggiat seni agar jangan mudah terpedaya dan menyiasat sehingga ke akar umbi sebelum bersetuju bekerjasama.

BERNAMA - Awie nasihat 'scammer' cari kerja lain, henti tipu orang ramai

“Benda ini terpaksa dilakukan sebab kita jangan bersekongkol dengan penjenayah. Mereka yang senang-senang dapat duit, kita jadi bahan. Untuk apa kita jadi bahan? Berhati-hatilah. Saya kasihan dengan artis-artis senior yang mengharapkan sesuatu. Mereka ini bertahun-tahun dalam industri seni kadangkala tak dapat pembelaan yang betul.

“Tiba-tiba dapat benda ini dan berharap. Tapi kena tipu pula lagi. Kalau betul ini satu penipuan, wanita itu patut dihukum,” katanya.

Awie kesal kerana wanita terbabit mainkan perasaan banyak pihak seperti golongan artis veteran dan ramai lagi.

“Sebelum ini saya dengar juga kononnya dia nak bantu kru produksi dapatkan rumah. Dia dah jadi macam satu pertubuhan pula untuk bantu mereka.

PDRM lantik 104 duta Anti-Scam - Sinar Harian

“Kau nak jadi pemaju atau pertubuhan? Kalau pemaju, semua nakkan keuntungan, nak keluarkan modal. Ini boleh pula dengar cerita kalau bayar RM10,000 kau boleh pilih pemaju yang kau nak.

“Macamana ini? Bagusnya rangkaian dia. Saya rasa logik tiada di situ. Macamana orang boleh terpedaya dengan dia,” katanya.

Menurutnya, dia merasa pelik kenapa dirinya tidak dijemput sama terbabit dalam skim ini.

“Sekali pun tiada jemputan sedangkan saya nak juga pergi. Saya pun antara ‘senior’ juga dah hampir 40 tahun jadi artis dan layak menyertai skim ini,” katanya berjenaka.

Sifatkan Dirinya Juga Mangsa Keadaan, Kak Ani Jelaskan Dia Tiada Kena Mengena Dengan Skim Rumahku Syurgaku

Penyanyi terkenal, Noraniza Idris menafikan terbabit dalam kemelut yang melanda projek Skim Rumahku Syurgaku (RKSK) anjuran pihak pemaju MRF Consultant (M) Sdn. Bhd.

Tegas Noraniza yang turut mesra disapa Kak Ani, dia tidak dilantik secara rasmi sebagai duta projek terbabit kerana tiada sebarang perjanjian hitam putih antara pihaknya dengan syarikat pemaju tersebut.

Sifatkan Dirinya Juga Mangsa Keadaan, Kak Ani Jelaskan Dia Tiada Kena Mengena Dengan Skim Rumahku Syurgaku

“Seingat saya, perkenalan kami adalah sekitar Ramadan lalu di sebuah majlis berbuka puasa. Saya diperkenalkan oleh rakan kongsi dari NIPV Management Sdn Bhd dengan individu daripada syarikat itu yang berminat untuk mempelawa saya untuk menjadi duta program kebajikan.

“Saya terbuka hati untuk menerima pelawaan itu secara lisan memandangkan saya sekian lama aktif dalam kerja-kerja kebajikan. Hasrat saya cuma nak tolong rakan-rakan artis veteran yang susah, tiada kerja dan tiada rumah,”katanya.

Noraniza berkata demikian ketika ditemui pada sidang media khas yang diadakan di Hotel Royal Chulan, di ibu kota, malam ini.

Selain itu, Noraniza menyifatkan dirinya sebagai mangsa keadaan lantaran kerana perkenalan itu dibuat oleh rakan kongsinya.

Sifatkan Dirinya Juga Mangsa Keadaan, Kak Ani Jelaskan Dia Tiada Kena Mengena Dengan Skim Rumahku Syurgaku

“Selepas isu ini tular, saya yang berusaha mendapatkan penjelasan sebenar daripada pihak pemaju itu bagaimanapun ‘digugurkan’ daripada ‘perjanjian’ tersebut,”katanya.

Tambah penyanyi ini lagi, dia turut mengingatkan selebriti yang berminat dengan projek tersebut supaya mendapatkan maklumat terperinci skim itu supaya tidak ada perkara berbangkit di kemudian hari.

Sumber : HMETRO ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply