Hampir sebulan menghilang, Pencetus Ummah (PU) Azman akhirnya muncul dengan memuat naik sekeping foto di Instagram yang memaparkan dia menghadiri sebuah acara kenduri pada Selasa. Menerusi foto berkenaan, PU Azman atau Azman Syah Alias, 41, dilihat sedang berdiri bergambar dipercayai bersama beberapa ahli keluarganya. Namun apa yang menjadi perhatian pengikutnya, susuk tubuh pendakwah bebas itu yang memakai kemeja-T berwarna biru gelap dan berkopiah hitam kelihatan agak cengkung daripada kebiasaan.
“Alhamdulillah, jarang dapat kumpul, semua lengkap,” tulisnya pada kapsyen gambar tersebut. Sementara itu, menerusi ruang komen hantaran berkenaan, pengikutnya menyambut baik kemunculan semula pendkwah itu selepas kali terakhir memuat naik posting di Instagram pada 3 September lalu. Malah ramai peminat meluahkan rasa rindu dengan gurau senda dan tazkirah serta perkongsian ilmunya di radio.
Komen warganet:
“Lama tak nampak… lesu nampak muka Cik Man. “Alhamdulillah, lama Cik Man tak update. Rindu gurau senda Cik Man dekat Suria FM. “Cik Man okay? Semoga baik-baik sahaja untuk Cik Man. Lama menyepi,” antara komen warganet.
Sebelum ini juara program Pencetus Ummah musim kedua itu dikaitkan sebagai pendakwah bebas yang ditahan r.3man bagi membantu siasatan terhadap beberapa kes amang sksval. Sejak kes itu menjadi perhatian ramai, warganet mula mny.rang Instagram miliknya bagi mendapatkan kepastian adakah dia individu yang dimaksudkan. Malah peminat turut tertanya-tanya mana menghilangnya PU Azman selepas dia juga tidak muncul menerusi segmen agama di Suria FM yang seterusnya menguatkan lagi khabar angin berkenaan. Sumber, Awattsyeikh.com
Program PU Azman Telah Bertukar Tangan, Sekali Ramai Yang Rasa Pelik Dan Buat Tanda Tanya Orang Ramai
Selepas lebih tiga tahun segmen kerohanian kendalian pndkwah bebas, PU Azman iaitu Cik Man Nak Cakap bersiaran di stesen radio Suria FM, kini segmen itu dilaporkan sudah ‘bertukar tangan’. Difahamkan, segmen kerohanian yang dibawakan setiap Jumaat itu kini menampilkan segmen bersama Ustazah Asni Mansor dalam program Morning Morning Suria kendalian Ajak, Shuib dan Suraya.
Segmen bersama Ustazah Asni Mansor itu bakal bersiaran esok selama satu jam bermula 8 pagi hingga 9 pagi. Penggantian segmen itu bagaimana pun masih menjadi tanda tanya kerana pembabitan Azman sudah sebati dengan stesen radio berkenaan yang cukup mengiburkan hati pendengar. Malah, segmen Cik Man Nak Cakap itu turut berjaya memberi pencerahan kepada setiap persoalan yang dibangkitkan pendengar setiap minggu. Sementara itu, cubaan Harian Metro menghubungi Pengurus Besar Suria FM, DJ Lin bagi mendapatkan komen setakat ini tidak berjaya.
Ustaz Elyas Beri Pesanan Buat Golongan Suami Antara Ayat Yang Boleh Guriskan Hati Isteri, Sekali Rupanya Ramai Luah Pernah Alami Macam Ni
Ustaz Elyas menasihati golongan suami agar hindari menggunakan ayat-ayat yang boleh menyakiti hati isteri. Pendakwah dan penceramah tanah air, ustaz Elyas Ismail menitipkan pesanan dan kata-kata nasihat buat kaum adam terutamanya bagi golongan para suami menerusi muatnaik terkini di media sosialnya.
Menyakiti Hati Isteri
Menjengah ke Instagram ustaz Elyas, penceramah ini berkongsi beberapa ucapan atau ayat yang boleh menyebabkan hati para isteri terguris menerusi rakaman video ringkas yang dimuatnaiknya. ”Tiga ayat jangan sesekali guna khususnya terhadap para isteri kita. Jangan. Pertama sekali iaitu jangan kita katakan.. ‘Dia duduk di rumah dengan anak-anak senang.. Berguling, meniarap, tidur, makan, tengok tv. Yang penat kita ni kerja, siang sampai ke malam kerja.’ Jangan macam tu.
Isteri kalau pun dia suri rumah atau duduk di rumah sekali pun. Berat tanggungjawab dia menguruskan anak-anak pening. Kita suami duduk sekejap di rumah pun dah rasa huru-hara. Yang kedua, jangan sesekali kita melemahkan semangat dia kalau dia ada usaha yang sedang dia buat. Contoh dia tengah usaha nak menurunkan berat badan. Jangan sesekali kita merendah-rendahkan semangat dia. ‘Em dah dua tiga bulan dah makan produk tu nampak sama je. Lepas tu nampak semangat jogging pun macam tu je nampak.’ Jangan. Kecil hati, pedih hati isteri kita.
Dan yang ketiganya adalah jangan sesekali membanding-bandingkan. kalau isteri kita masak dia tanya.. ‘Macam mana bang okay tak’.. ‘Okaylah tapi tak boleh lawan yang kedai tomyam tu lah’. Lailahaillah.. Banding kedai tomyam pula dah. Kalau isteri tu tak masak, marah. Dah masak, cakap kita membanding-bandingkan dia macam tu macam ni.
Janganlah. Kita hargai. Kita berikan penghargaan yang membuatkan dia rasa bersemangat lagi untuk dia nak berbakti nak buat yang terbaik untuk suami dia ni. InsyaAllah.” Ujarnya menerusi muatnaik tersebut, ustaz Elyas menulis coret menasihati golongan suami agar mengelak dari menyebut ayat-ayat sebegitu kerana ia boleh menyakiti hati para isteri. “Tolonglah jangan sebut ayat-ayat macam ni terhadap isteri kita. Isteri gembira hidup bahagia..!” Coretnya
Para Isteri Setuju
Melihat pesanan yang dikongsikan di Instagram ustaz Elyas, rata-rata ramai para isteri yang menyatakan mereka bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh penceramah tersebut. “Betul sangat ustaz”.“Betul ustaz..”.“Betul sangat…” Komen mereka. “Setuju ustaz.. Yang nombor 2 tu ramai yang habaq depa cepat putus asa nak turunkan berat sebab tak ada sokongan dari suami.. Terima kasih banyak-banyak ustaz perkongsian info dan ilmu.”.“Terima kasih ustaz.”.“Betul sangat ustaz.” Komen mereka lagi. Jika para suami amal dan ikuti apa yang dipesan ustaz Elyas, tak mustahil rumah tangga dan hubungan antara suami isteri akan jadi lebih erat. InsyaAllah!
Sumber :- Awattsyeikh.com
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.