Pengacara MeleTOP, Haji Ahmad Nabil Ahmad atau lebih dikenali sebagai Nabil Ahmad berkongsi saat terakhir bersama arwah bapanya sebelum menghembukan nafas terakhir pada Jumaat lalu.
Perkongsian tersebut mengundang sebak buat dirinya kerana ia merupakan kali pertama orang terdekat dalam hidupnya pergi menghadap Ilahi.
Sempat Jumpa Arwah
Menurut Nabil, ketika dia sedang bertugas di radio, dia menerima panggilan daripada adiknya yang mengatakan pihak hospital meminta waris pesakit segera ke hospital. Sejurus panggilan itu, Nabil bergegas ke hospital untuk melihat keadaan ayahnya.
“Saya dekat radio, adik saya call, dia cakap hospital suruh tengok abah, tapi pihak hospital tak nak bagitahu kenapa. saya bergegas keluar tinggalkan radio,” – kata Nabil ketika MeleTOP bersiaran.
Katanya juga, dia sempat berjumpa arwah ayahnya namun keadaan Allahyarham ketika itu sudah tidak boleh bercakap disebabkan paras oksigen sudah jatuh. Nabil juga akui bahawa dia tidak terfikir bahawa itu adalah kali terakhir dia melihat arwah ayahnya.
“Saya jumpa dia dalam keadaan dah oksigen level drop. kita dah tak boleh borak.
“Bila diorang kata nak ditidurkan dia, saya cakap dengan diri saya, kalau ditidurkan sekejap lagi dapat jumpa balik dan saya tak terfikir that was the last time saya jumpa dia,” katanya.
Nabil mengungkapkan rasa syukur kerana pengakhiran arwah ayahnya cukup baik. Dia mendoakan semoga perjalanan arwah di alam baru dipermudahkan.
“Saya rasa sukur sangat, pengakhiran dia sangat- sangat baik Lisa. Dia pergi hari Jumaat, dekat dengan bulan Nabi, lepastu dia dapat mengucap dengan baik. saya dan adik beradik mandikan dia dalam keadaan dia tersenyum. ramai orang hebat yang datang menziarahi dan solatkan jenazah. saya doa Allah mudahkan perjalanan dia dekat alam yang baru,” katanya sebak.
“Itulah Hadiah Sangat Besar Seorang Anak Buat Ayahnya”- Ebit Lew Ziarah Nabil
Setiap yang bernyawa, pasti akan pergi meninggalkan kita. Baru- baru ini, kita dikejutkan dengan pemergian bapa kepada hos Gegar Vaganza, Nabil Ahmad. Pendakwah bebas, Ebit Lew memuat naik video dia menzirahi Nabil selepas pemergiaan bapanya di laman instagram miliknya, ebitlew.
Tabah Atas Pemergian
Menerusi posting yang dimuat naik oleh Ebit, dia berharap agar Nabil sekeluarga akan tabah atas pemergiaan ayahndanya yang tersayang. Ebit juga mendoakan Allah mengampuni segala dosa arwah dan ditempatkan di syurga.
Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Semoga Haji @nabilzira sekeluarga tabah atas pemergian arwah ayah Hj Ahmad b Ismail. Ya Allah ampunilah Haji Ahmad b Ismail. Ampunilah dan hadiahkan syurga Firdaus buatnya. YaAllah berilah mak Haji Nabil sihat dan terus kuat.- tulis Ebit buat Nabil
Hadiah Besar Dari Seorang Anak
Ebit mengatakan alangkah gembiranya ayahnya menghadap ilahi ketika dia meninggalkan anak yang soleh dan itu merupaka hadiah terbesar dari seorang anak buat ayahnya. Dia juga mendoakan supa dia turut istiqamah di jalan Allah sehingga kembali kepadaNya.
Gembiranya seorang ayah pergi saat meninggalkan anak yang soleh buat usaha dakwah buat usaha atas iman. Itulah hadiah sangat besar seorang anak buat ayahnya. Semoga kita semua istiqamah sampai menemuinya.- tulisnya.
Sekadar info, Nabil merupakan anak ketiga daripada tujuh beradik, bapanya, Ahmad Ismail ialah seorang pemandu lori dan ibunya, Rohaizah Abdul Latiff ialah seorang guru tadika bahasa Inggeris.
Sumber Murai
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.