Siapa tak kenal dengan individu ini. Pelawak dan pengacara terkenal Nabil Ahmad dikatakan menjadi pengacara yang mendapat bayaran tertinggi dalam negara.
Berdasarkan hantaran video dimuat naik pengguna di aplikasi TikTok dengan tajuk Top 7 Bayaran Pengacara Selebriti Termahal, Nabil yang juga pengacara program Gegar Vaganza selama sembilan musim dibayar RM40,000.
Malah, jumlah itu jauh meninggalkan enam pengacara lain seperti Zizan Razak (RM30,000); Datuk AC Mizal (RM28,000); Datuk Aznil Nawawi (RM25,000 hingga RM28,000); Awal Ashaari (RM25,000); Raja Azura (RM23,000) dan Fara Fauzana (RM20,000).
Nabil, 39, atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad berkata, dia tidak pernah mendapat bayaran setinggi itu. “Ya Allah, kalau dia letak itu nilai untuk saya, yang mana nilai mengacara yang mahal, mestilah gembira. Nilai di sini bukan sebagai duit, tapi nilai hos mahal iaitu ada standard tersendiri.
Namun, untuk harga tak pernah dapat bayaran macam tu. Kalau dikira mengikut kerja berepisod memanglah banyak. Tapi, untuk dapat satu harga, saya sendiri tak berani letak harga macam tu.
Terangnya lagi “Saya ni belajar semasa mengacara, nak klien puas hati dengan kita, puas hati dari segi mengacara dan harga. Sebagai contoh kalau saya buat acara korporat, kalau letak harga tinggi, jangkaan orang juga tinggi.
Kalau harga diberi sederhana, klien pun okay. Jadi, jika ada cakap mengacara biasa saja, ia sesuai dengan harga. Tapi, apabila letak harga okay dan orang memberikan maklum balas mengacara bagus, ‘best’, itu lebih bernilai pada saya,” katanya kepada Harian Metro.
Menurut Nabil, sepanjang 14 tahun terbabit dalam bidang seni, apa yang menjadi keutamaan adalah menjalin hubungan baik dalam jangka masa panjang dengan semua pihak yang pernah bekerjasama dengan dirinya.
“Kalau dapat klien berulang, kita tahu dia suka dengan harga, mengacara, cara ‘PR’, maksudnya kita di jalan betul. Bagi saya, tidak ada jaminan jika meletakkan harga tinggi boleh memuaskan hati semua tetamu yang datang. Hakikatnya, tidak boleh.
“Kita kena sedar tak boleh puaskan semua hati. Pasti akan ada yang cakap tak ‘best’ pun. Lebih baiklah harga sederhana saja. Saya lebih suka hubungan jangka masa panjang,” katanya.
Tambah pengacara rancangan MeleTOP ini, dia sering beringat untuk selalu merendah diri kerana kerjaya bermula dari bawah.
“Sebelum berada di kedudukan sekarang, saya hanya seorang penghantar surat. Saya pernah berjaya dalam bidang ini dan berada di kedudukan teratas, saya juga pernah jatuh dan kini bangkit semula.
“Kenapa saya harus meninggi diri? Saya pernah menerima tawaran untuk menjadi pengacara tanpa bayaran di sebuah acara yang dianjurkan di stesen minyak.
“Stesen minyak itu terletak di kampung dan saya mengenali pemiliknya semenjak saya bekerja sebagai ‘despatch’ lagi. Dia memang baik dengan saya.
“Jika acara itu melibatkan organisasi besar, takkan saya mahu meletakkan harga murah pula? Secara peribadi, soal meletakkan harga, semuanya mengikut keadaan dan boleh dibawa berbincang,” katanya lagi.
Dalam perkembangan terbaru, Nabil kini sedang sibuk menggalas tugas sebagai pengacara untuk rancangan Ceria Megastar.
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.