Aliff Syukri Mengaku Tidak Bersalah. Ini Kata Kata Aliff Syukri Sebelum Masuk Mengadap Mahkamah

USAHAWAN sensasi Datuk Aliff Syukri mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi video bersifat sumbang di Instagram pada April lalu di Mahkamah Sesyen Sepang pada Khamis.

Aliff, 35, yang tiba di Mahkamah Sesyen Sepang kira-kira pukul 8.30 pagi membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Ahmad Rizki Abdul Jalil selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah.

Aliff Syukri mengaku tak bersalah muat naik, hantar video bersifat sumbang di media sosial

Mengikut pertuduhan, Aliff didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi video bersifat sumbang dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain pada 13, 15, 17 dan 21 April lalu, yang dilihat pada 24 April di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia di Cyberjaya.

Kes ini didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya, dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan.

Aliff yang tiba di mahkamah memakai baju putih sempat bertegur dengan media sebelum dilihat memasuki ke dewan perbicaraan.

“Hari ini amat bermakna buat hidup saya. Saya akan ke mahkamah. Jadi doakan yang terbaik untuk saya,” katanya.

Netizen minta padam MV 'Kelepok Raya'… SKMM tiada kuasa sekat video kontroversi Aliff Syukri - Sensasi | mStar

Aliff sebelum ini telah dipanggil memberi keterangan di Suruhanya Komunikasi & Multimedia (SKMM) bagi membantu siasatan berhubung video lagu raya berjudul Kelepok Raya kerana dikatakan mengandungi unsur bertentangan dengan norma dan budaya tempatan.

Video yang memaparkan aksi beberapa lelaki berpewatakan lembut menari itu juga telah menerima banyak kecaman dalam kalangan netizen dan Aliff sendiri telah tampil dengan konsep video muzik baharu.

Sumber : MSTAR ONLINE.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply